SEGALANYA MENGENAI MET GALA 2024
Tinggal satu hari saja lagi sebelum berlangsungnya Met Gala 2024, acara fesyen selebriti paling mengujakan dan ditunggu-tunggu setiap tahun.
Tiga bulan lalu, the Metropolitan Museum of Art mengumumkan bahawa Met Gala tahun ini akan dihoskan oleh barisan bintang hebat – Zendaya, Bad Bunny, Jennifer Lopez dan Chris Hemsworth.
Mendapat jolokan ‘Oscars of fashion’, ia merupakan acara mengumpul dana buat Costume Institute atau secara rasminya dikenali sebagai The Anna Wintour Costume Center — sempena nama Ketua Pengarang Vogue yang menjadi ahli pengerusi gala sejak 1995.
Setiap tahun acara itu menghimpunkan nama-nama terbesar dalam industri muzik, filem, TV dan fesyen. Tahun ini ia dijangka lebih meriah berbanding tahun-tahun sebelumnya.
GL kongsikan segalanya mengenai Met Gala 2024
Tarikh Dan Tema
Setiap tahun Met Gala diadakan pada hari Isnin pertama bulan Mei. Tahun ini ia jatuh pada tarikh 7 Mei 2024 dan akan berlangsung di The Metropolitan Museum of Art di New York City. Tema tahun ini diumumkan pada November tahun lalu iaitu ‘Sleeping Beauties: Reawakening Fashion’.
Pameran Costume Institute akan menampilkan kira-kira 250 item termasuk 15 persalinan penting antaranya gaun satin sutera Charles Frederick Worth dari tahun 1877. Pameran itu akan dibahagikan kepada tiga zon utama – Land, Sea dan Sky yang memberi penghormatan kepada alam semula jadi.
Koleksi Yang Akan Dipamerkan
Laluan tetamu akan menampilkan segala-galanya daripada korset Inggeris era Elizabeth pada kurun ke-17 hingga koleksi pereka moden abad ke-21 termasuk Phillip Lim, Stella McCartney dan Connor Ives. Selain itu ia akan menempatkan rekaan daripada jenama legenda seperti Elsa Schiaparelli, Yves Saint Laurent, Christian Dior dan Hubert de Givenchy.
Kod Pakaian Met Gala
Menurut Vogue, kod pakaian tahun ini adalah ‘The Garden of Time’ yang diinspirasikan oleh cerpen nukilan J.G. Ballard pada 1962 dengan judul sama. Kisah ini menyusuri kehidupan Count dan Countess yang dikelilingi kelapangan, kesenian dan kecantikan. Bagaimanapun ketika kumpulan perusuh menyerang, Count harus memetik bunga pengundur masa dari tamannya sehingga tiada yang tersisa.
Bertitik tolak daripada tema cerpen J.G. Ballard, Vogue memaklumkan bahawa kod pakaian tahun ini adalah mengenai ‘fleeting beauty’. Tambahnya, selebriti dijangka hadir dalam persalinan bertekstur dengan perincian bunga dan helaian bersejarah.
Foto: Harper’s Bazaar Australia
Pautan berkaitan: 30 MOMEN GIRANG SELEBRITI YANG ANDA TIDAK LIHAT DI KARPET MERAH MET GALA 2023
Tags
Artikel Yang Berkaitan
20 SELEBRITI POPULAR YANG TIDAK PERNAH MENJEJAKKAN KAKI DI MET GALA
Sejak diperkenalkan, terdapat beberapa selebriti yang enggan menghadirinya atau tidak pernah mendapat jemputan ke Met Gala.
HIMPUNAN GAYA SEGAK & GLAMOR DI MET GALA 2024
Mengangkat tema ‘Sleeping Beauties: Reawakening Fashion’, barisan selebriti popular tampil bergaya dalam rekaan luar biasa dan memukau mata.
APA ANDA PERLU TAHU TENTANG MET GALA 2024?
Bertemakan ‘Sleeping Beauties: Reawakening Fashion’, Met Gala tahun ini akan dihoskan oleh Bad Bunny, Zendaya, Jennifer Lopez dan Chris Hemsworth.
30 MOMEN GIRANG SELEBRITI YANG ANDA TIDAK LIHAT DI KARPET MERAH MET GALA 2023
Lihat aksi dan gelagat para selebriti di majlis makan malam mewah Met Gala.
PENAMPILAN LELAKI DI MET GALA PALING DIINGATI
Sempena MET Gala yang akan berlangsung esok, kami memperingati penampilan selebriti lelaki di MET Gala paling diingati.
5 MUZIUM YANG PERLU DILAWATI SETIAP PEMINAT FESYEN
Dari kota New York ke Getaria di Sepanyol, lima muzium ini pasti menghidupkan fantasi peminat fesyen dalam memberikan penghormatan kepada karya agung pereka fesyen ikonik melalui pameran yang diadakan secara fizikal mahupun maya.