Skip to content

MICHELLE YEOH DIANUGERAHKAN PINGAT KEBEBASAN PRESIDEN AS

MICHELLE YEOH DIANUGERAHKAN PINGAT KEBEBASAN PRESIDEN AS

Kongsikan artikel ini

Tan Sri Michelle Yeoh melakar sejarah apabila dikurniakan Pingat Kebebasan Presiden daripada Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden.

Acara rasmi itu berlangsung di Rumah Putih pada 4 Mei lalu. Michelle menerima pingat itu atas kejayaannya sebagai warga Asia pertama memenangi trofi Pelakon Wanita Terbaik pada Oscar 2023 menerusi filem Everything Everywhere All At Once.

Dalam ucapannya, Joe menyifatkan kehadiran Michelle dalam industri seni berjaya memecah stereotaip dan siling kaca untuk memperkaya dan mempertingkat budaya Amerika. Bukan itu saja, ia turut memberi inspirasi kepada orang ramai menerusi lakonannya.

“Peranannya melangkaui jantina, budaya dan bahasa. Daripada seni mempertahankan diri kepada komedi romantis, sains fiksyen, semuanya menunjukkan bahawa kita semua mempunyai persamaan.

“Sebagai pelakon Asia pertama memenangi Anugerah Akademi, dia merapatkan budaya bukan sahaja untuk menghiburkan, tetapi juga memberi inspirasi. Dan itulah yang dia terus lakukan sehingga kini. Tahniah,” katanya.

Michelle Yeoh

Foto: Getty Images

Michelle Yeoh Terus Mengharumkan Nama Malaysia

Pingat Kebebasan Presiden mengiktiraf individu yang memberi sumbangan cemerlang terhadap kepentingan negara, keamanan dunia, kebudayaan, serta bidang awam atau swasta lain. Ia dianugerahkan kepada orang awam serta anggota tentera, dan tidak terhad kepada warga Amerika Syarikat sahaja.

Michelle merupakan salah seorang daripada 19 individu yang menerimanya pada majlis tahun ini. Antara penerima penghormatan tertinggi ini adalah atlet renang, Katie Ledecky. Dia pernah memenangi 16 pingat emas individu dan 21 pingat keseluruhan pada Kejohanan Akuatik Dunia dan tujuh pingat emas Olimpik.

Senarai penerima lain adalah ahli politik Nancy Pelosi, bekas Senator Elizabeth Dole, bekas Naib Presiden Al Gore dan Datuk Bandar New York terdahulu, Michael Bloomberg. Mereka menyertai senarai penerima pingat sebelum ini termasuk Mother Teresa, John F Kennedy, Bill Clinton dan Oprah Winfrey. Tidak lupa juga Steve Jobs, Audrey Hepburn, Henry Kissinger, Dr Martin Luther King Jr, Neil Armstrong dan Tiger Woods.

Michelle Yeoh

Foto: Reuters

 

Foto: Getty Images

Pautan berkaitan: NAMA MICHELLE YEOH BAKAL DIPAHAT DI HOLLYWOOD WALK OF FAME

By Siti Syahidah
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

MICHELLE YEOH BAKAL TERAJUI SIRI BLADE RUNNER 2099

MICHELLE YEOH BAKAL TERAJUI SIRI BLADE RUNNER 2099

Bacaan Lanjut
MICHELLE YEOH BAKAL DIKURNIA PINGAT TERTINGGI OLEH PRESIDEN JOE BIDEN

MICHELLE YEOH BAKAL DIKURNIA PINGAT TERTINGGI OLEH PRESIDEN JOE BIDEN

Bacaan Lanjut
rancangan baru January 2024

15 RANCANGAN ‘MUST WATCH’ SEPANJANG JANUARI 2024

Bacaan Lanjut
MICHELLE YEOH & JEAN TODT TERIMA PEMBERIAN UNIK SEBAGAI HADIAH PERKAHWINAN

MICHELLE YEOH & JEAN TODT TERIMA PEMBERIAN UNIK SEBAGAI HADIAH PERKAHWINAN

Bacaan Lanjut
NAMA MICHELLE YEOH BAKAL DIPAHAT DI HOLLYWOOD WALK OF FAME

NAMA MICHELLE YEOH BAKAL DIPAHAT DI HOLLYWOOD WALK OF FAME

Bacaan Lanjut
must watch may 2023

10 RANCANGAN ‘MUST WATCH’ SEPANJANG MEI 2023

Bacaan Lanjut