Skip to content

MICHELLE YEOH BAKAL TERAJUI SIRI BLADE RUNNER 2099

MICHELLE YEOH BAKAL TERAJUI SIRI BLADE RUNNER 2099

Kongsikan artikel ini

Selepas namanya dijulang di pentas anugerah berprestij dan Rumah Putih baru-baru ini, ramai ternanti-nanti apakah projek terbaru daripada Tan Sri Michelle Yeoh.

Nampaknya peminat tidak perlu menunggu lebih lama. Menerusi satu laporan baru-baru ini, Michelle dikhabarkan akan membintangi siri terhad terbaru daripada Amazon Prime Video.

Diberi judul Blade Runner 2099, ia merupakan sekuel kepada Blade Runner asal dari tahun 1982 dan filem seterusnya, Blade Runner 2049 (2017). Menurut sumber, Michelle akan menggalas watak utama sebagai Olwen yang digambarkan sebagai replika menjelang akhir hayatnya.

Butiran lanjut masih dirahsiakan namun ura-ura mengatakan plot akan dikembangkan daripada francais filem Blade Runner yang diadaptasi daripada novel distopia 1968 oleh Philip K. Dick berjudul Do Androids Dream Of Electric Sheep?.

Blade Runner 2099 michelle yeoh

Foto: Independent Australia

Penggambaran telah pun bermula setelah hampir setahun tertunda akibat mogok buruh di Hollywood pada tahun lalu. Blade Runner 2099 sepatutnya menjalani penggambaran di Belfast, Ireland namun lokasinya ditukar ke Prague, Czech Republic berikutan mogok tersebut.

Lagi Projek Terbaru Tan Sri Michelle Yeoh

Selain Blade Runner, aktres yang baru-baru ini dianugerahkan Pingat Kebebasan Presiden di Rumah Putih itu akan menghidupkan semula peranannya sebagai Maharaja Philippa Georgiou dalam Star Trek: Section 31. Ia akan ditayangkan pada 2025 di platform penstriman Paramount+.

Seterusnya Michelle akan mempamerkan bakat nyanyiannya dalam filem muzikal Wicked menerusi watak antagonis Madame Morrible, seorang ahli sihir dan pengetua Crage Hall di Universiti Shiz. Part One akan menemui penonton pada November 2024 manakala Part Two akan ditayangkan pada 2025.

Michelle Yeoh

Foto: Splash News Online

Pelakon asal Ipoh ini juga akan menyertai Sigourney Weaver, Zoe Saldana dan Sam Worthington dalam sekuel filem terkenal, Avatar. Dalam filem arahan James Cameron itu, Michelle akan memainkan watak saintis bernama Karina Mogue. Avatar 3, 4 dan 5 akan ditayangkan di layar perak pada 2025, 2029 dan 2031.

 

Foto: X

Pautan berkaitan: WEDNESDAY MUSIM KEDUA BAKAL TAMPILKAN DUA LAGI PELAKON TERKENAL

By Siti Syahidah
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

MICHELLE YEOH DIANUGERAHKAN PINGAT KEBEBASAN PRESIDEN AS

MICHELLE YEOH DIANUGERAHKAN PINGAT KEBEBASAN PRESIDEN AS

Bacaan Lanjut
MICHELLE YEOH BAKAL DIKURNIA PINGAT TERTINGGI OLEH PRESIDEN JOE BIDEN

MICHELLE YEOH BAKAL DIKURNIA PINGAT TERTINGGI OLEH PRESIDEN JOE BIDEN

Bacaan Lanjut
rancangan baru January 2024

15 RANCANGAN ‘MUST WATCH’ SEPANJANG JANUARI 2024

Bacaan Lanjut
NAMA MICHELLE YEOH BAKAL DIPAHAT DI HOLLYWOOD WALK OF FAME

NAMA MICHELLE YEOH BAKAL DIPAHAT DI HOLLYWOOD WALK OF FAME

Bacaan Lanjut
must watch may 2023

10 RANCANGAN ‘MUST WATCH’ SEPANJANG MEI 2023

Bacaan Lanjut
MICHELLE YEOH MENYINDIR HOS CNN KETIKA MEMBERI UCAPAN KEMENANGAN OSCAR?

MICHELLE YEOH MENYINDIR HOS CNN KETIKA MEMBERI UCAPAN KEMENANGAN OSCAR?

Bacaan Lanjut