Skip to content

MICHELLE YEOH BAKAL DIKURNIA PINGAT TERTINGGI OLEH PRESIDEN JOE BIDEN

MICHELLE YEOH BAKAL DIKURNIA PINGAT TERTINGGI OLEH PRESIDEN JOE BIDEN

Kongsikan artikel ini

Tan Sri Michelle Yeoh melakar sejarah agung tahun lalu dengan kemenangan epiknya di pentas berprestij termasuk Oscar dan Golden Globes.

Namanya terus dijulang apabila terpilih sebagai penerima anugerah Crystal Awards 2024 oleh World Economic Forum pada Januari lalu. Michelle juga berada dalam senarai penerima bintang Hollywood Walk Of Fame pada tahun ini.

Terbaharu, aktres kelahiran Ipoh, Perak ini bakal dikurniakan Pingat Kebebasan Presiden oleh Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden. Acara rasmi itu akan bakal berlangsung di White House pada 3 Mei depan.

Tan Sri Michelle Yeoh

Foto: Jingna Zhang

Anugerah ini mengiktiraf individu yang memberi sumbangan cemerlang terhadap kepentingan negara, keamanan dunia, kebudayaan, serta bidang awam atau swasta lain.

Penerima sebelum ini termasuk Mother Teresa, John F Kennedy, Bill Clinton, Stephen Hawking, Steven Spielberg, Oprah Winfrey dan Steve Jobs. Tidak lupa juga Audrey Hepburn, Henry Kissinger, Dr Martin Luther King Jr, Neil Armstrong dan Tiger Woods.

Kejayaan Tan Sri Michelle Yeoh Di Peringkat Global

Sejak menceburi industri hiburan lebih tiga dekad lalu, aktres berusia 62 tahun ini telah melakar banyak kejayaan di persada antarabangsa sekali gus mengharumkan nama Malaysia.

Michelle mula dikenali selepas memenangi pertandingan Miss Malaysia World pada 1983 sewaktu berusia 20 tahun. Dia kemudiannya mewakili Malaysia ke pertandingan Miss World di London dan memenangi Miss International Tourism Quest di Australia pada tahun sama.

Foto: X

Kemenangan membuka laluan kepada industri hiburan apabila terpilih menjayakan iklan televisyen bersama Jackie Chan yang menarik perhatian syarikat produksi Hong Kong, D&B Films.

Dikenali sebagai Michelle Khan pada awal kemunculannya sebagai pelakon, dia ditawarkan watak utama menerusi filem ketiganya, Yes, Madam pada 1985. Sejak itu dia telah menjayakan lebih 60 naskah termasuk Tomorrow Never Dies, Memoirs Of A Geisha, Mummy 3, The Lady dan Everything Everywhere All At Once.

 

Foto: Alexi Lubomirski/Variety

Pautan berkaitan: TIME NOBAT TAN SRI MICHELLE YEOH SEBAGAI ICON OF THE YEAR

By Siti Syahidah
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

MICHELLE YEOH BAKAL TERAJUI SIRI BLADE RUNNER 2099

MICHELLE YEOH BAKAL TERAJUI SIRI BLADE RUNNER 2099

Bacaan Lanjut
MICHELLE YEOH DIANUGERAHKAN PINGAT KEBEBASAN PRESIDEN AS

MICHELLE YEOH DIANUGERAHKAN PINGAT KEBEBASAN PRESIDEN AS

Bacaan Lanjut
rancangan baru January 2024

15 RANCANGAN ‘MUST WATCH’ SEPANJANG JANUARI 2024

Bacaan Lanjut
MICHELLE YEOH & JEAN TODT TERIMA PEMBERIAN UNIK SEBAGAI HADIAH PERKAHWINAN

MICHELLE YEOH & JEAN TODT TERIMA PEMBERIAN UNIK SEBAGAI HADIAH PERKAHWINAN

Bacaan Lanjut
NAMA MICHELLE YEOH BAKAL DIPAHAT DI HOLLYWOOD WALK OF FAME

NAMA MICHELLE YEOH BAKAL DIPAHAT DI HOLLYWOOD WALK OF FAME

Bacaan Lanjut
must watch may 2023

10 RANCANGAN ‘MUST WATCH’ SEPANJANG MEI 2023

Bacaan Lanjut