Skip to content

PELAN PEMAKAMAN RAJA CHARLES, ‘OPERATION MENAI BRIDGE’ DIKEMAS KINI

PELAN PEMAKAMAN RAJA CHARLES, ‘OPERATION MENAI BRIDGE’ DIKEMAS KINI

Kongsikan artikel ini

Selepas dua bulan didiagnos menghidap kanser, rancangan pemakaman Raja Charles III yang dikenali sebagai ‘Operation Menai Bridge’ dilaporkan telah pun diperbaharui.

Menurut laporan The New Zealand Herald, dokumen beratus-ratus halaman itu dibuat sehari selepas pemakaman Ratu Elizabeth II pada 8 September 2022. Ia dikemas kini dengan kerap susulan tahap kesihatan baginda yang dikatakan semakin merosot.

Semua kerabat Britain mempunyai pelan pengebumian rasmi yang dinamakan sempena nama jambatan popular. Protokol untuk Ratu Elizabeth adalah ‘Operation London Bridge’ manakala Putera Philips pula ‘Operation Forth Bridge’.

“Ia bukan satu perkara yang dianggap beremosi. Ini satu tugas yang amat serius dan sudah tentu kami tidak mahu sebarang kesilapan berlaku,” kata orang kanan Raja Charles. Rancangan pengebumian ini termasuk pengumuman kemangkatan Raja, tempoh berkabung rasmi dan butiran istiadat pemakaman.

Raja Charles III Dilapor Semakin Pulih

Raja Charles disahkan menghidap kanser pankreas pada Februari tahun ini. Walaupun ketika menerima rawatan, raja berusia 76 tahun ini tetap menjalankan tugas rasminya seperti menyemak dokumen kerajaan dan bertemu perdana menteri.

Bagaimanapun bulan lalu baginda membuat kemunculan awam pertamanya dengan menghadiri kebaktian tradisional gereja Easter Mattins di Istana Windsor. Raja Charles dilihat bersemangat ketika tiba di Gereja St. George selepas menempuhi perjalanan satu jam dari London. Acara ini adalah ruji dalam kalendar Diraja.

Foto: Getty Images

Sambutan Easter Diraja tahun ini kurang meriah berbanding tahun lalu dengan kehadiran hanya beberapa kerabat. Ini bertujuan meminimumkan sentuhan dengan orang lain kerana baginda masih menerima rawatan dan dalam proses pemulihan.

Malah baginda dan isteri, Permasuri Camilla dilihat duduk berasingan daripada jemaah utama sepanjang acara berlangsung. Usai acara, pasangan itu memberi kejutan menggembirakan kepada rakyat yang hadir dengan menghampiri mereka, berjabat tangan sambil berbual mesra. Walaupun kesihatannya dilaporkan merosot, ini menjadi bukti bahawa baginda cukup sihat untuk kembali menjalankan tugas awam.

 

Foto: X

Pautan berkaitan: RAJA CHARLES III MEMECAH TRADISI DIRAJA PADA UPACARA PERTABALAN