SHILA AMZAH & UBAI MZ DIKURNIAKAN ANAK PEREMPUAN, RHEA AKIRA
Tahniah diucapkan kepada penyanyi Shila Amzah dan pempengaruh Ubai MZ yang telah selamat menimang cahaya mata sulung mereka.
Shila melahirkan anak keduanya menerusi kaedah pembedahan di Hospital Canselor Tuanku Muhriz Universiti Kebangsaan Malaysia pada 9 Mei 2024. Khabar gembira itu dikongsikan oleh Ubai menerusi satu hantaran di Instagram.
“Alhamdulillah, isteri saya sudah selamat bersalin. Gugur air mata dan sebak melihat isteri bertarung nyawa demi cahaya mata tercinta.
“Pengalaman pertama kali melaungkan azan pada cahaya mata kami, sungguh luar biasa. Perasaan yang tak dapat saya ungkapkan. Terima kasih ya Allah SWT atas rezeki yang kau berikan pada kami sekeluarga,” tulisnya.

Foto: Instagram
Dalam menyambut kegembiraan, Ubai memperingati ibunya Rohani Jamal yang meninggal dunia akibat kanser ovari pada Julai 2024. Katanya, ibunya pasti akan gembira dengan kelahiran cucu sulungnya itu yang diberi nama Rhea Akira.
“Cucu pertama arwah mak dah selamat dilahirkan. Mesti arwah mak gembira. Takdir dan perancangan Allah itu sangat hebat. Akan kami jaga sehabis baik amanah dan rezeki yang Engkau berikan ini. Assalamualaikum puteriku, Rhea Akira,” tambahnya.
Perkongsian Terkini Shila Amzah
Dalam hantaran terkini, Shila Amzah berkongsi videonya menunggu saat melahirkan di wad hospital. Ubai dilihat setia berada di sampingnya sepanjang masa.
“Alhamdulillah our baby girl is here, Rhea Akira. I always believe in God’s timing. I trust His Plan more than anything else. Allahuakbar. Terima Kasih sayang for being with me @ubaimz, you’ve been a great papa to Seth, and now we have Rhea. For more joy and laughter as a family of four!
“Alhamdulillah thank you for all the doa, all the wishes! Semoga Allah merahmati kalian semua. Sha doakan semua yang sedang cuba hamil juga akhirnya ditiupkan benih zuriat di dalam rahim kalian, AllahummaBarik,” tulisnya.
Shila dan Ubai mendirikan rumah tangga pada 4 Ogos 2023. Pernyanyi itu pernah bergelar isteri kepada Haris Edraki pada 2018 namun perkahwinan mereka berakhir dengan perceraian. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan Seth Uwais yang kini berusia lima tahun.
Foto: Harian Metro/Instagram
Pautan berkaitan: TAHNIAH! ZAQUAN ADHA & AYU RAUDHAH BAKAL TIMANG ANAK KETUJUH
Tags
Artikel Yang Berkaitan
TIMOTHEE CHALAMET & KYLIE JENNER DIRAKAM BERPEGANGAN TANGAN DI KOTA CINTA
Selepas menghadiri Golden Globes 2025, Timothee Chalamet dan Kylie Jenner sekali lagi membuat kemunculan bersama di tempat awam.
DILAMAR BENNY BLANCO, SELENA GOMEZ AKHIRNYA TEMUI KEBAHAGIAAN
Selepas beberapa kali gagal dalam percintaan, Selena Gomez melangkah ke fasa baru dalam hidup apabila dilamar teman lelakinya yang juga penerbit muzik terkenal.
BAKAL BERGELAR BAPA, ZACHARY LEVI TERUJA IMPIANNYA MENJADI NYATA
Kehidupan aktor Shazam!, Zachary Levi bakal diserikan dengan kehadiran cahaya mata tidak lama lagi.
FOTO WAJAH PUTERI KELIMA FIZZ FAIRUZ MENCURI PERHATIAN
Selepas dua bulan dilahirkan ke dunia, Fizz Fairuz dan isteri Almy Nadia akhirnya berkongsi wajah dan nama anak kelima mereka bersama peminat.
TINJAU RUMAH AGAM MEWAH BAHARU MILIK DAVID BECKHAM & VICTORIA
Pasangan Beckham sememangnya terkenal dengan portfolio hartanah di seluruh dunia. Kini, David dan Victoria menambah satu lagi aset mewah ke dalam ‘koleksi’ mereka.
ED WESTWICK BAKAL TIMANG CAHAYA MATA PERTAMA
Baru dua bulan memegang status suami, Ed Westwick bakal menggalas peranan sebagai bapa pula tidak lama lagi.