SELEPAS EMPAT OLIMPIK, TOM DALEY AKHIRNYA MENANG EMAS PERTAMA
Penerjun Great Britain, Tom Daley menamatkan penantian pingat emas pertama selepas menjuarai kategori 10-meter platform berirama bersama Matty Lee di Sukan Olimpik Tokyo 2020.
Tom Daley kini bergelar juara Olimpik. Bersama Matty Lee, penerjun Great Britain itu menamatkan penantian pingat emas pertama selepas menjuarai kategori 10-meter platform berirama di Sukan Olimpik Tokyo 2020. Ini adalah penyertaan keempat atlet berusia 27 tahun itu sejak mewakili negaranya pada temasya Olimpik Beijing 2008 ketika berusia 14 tahun.
Duo dari Britain itu menewaskan pasangan China, Cao Yuan dan Chen Alsen selepas enam terjunan dengan 471.81 mata keseluruhan, manakala pasangan Russian Olympic Committee pula menduduki tangga ketiga di belakang China. Tom dan Matty terpaksa menunggu terjunan terakhir duo China itu sebelum diumumkan selaku juara Olimpik edisi 2020.
“Oh, Tuhan, sukar untuk saya percaya. Saya menyimpan impian ini, seperti juga Matty, sejak saya mula menceburi sukan terjun20 tahun lalu, untuk bergelar juara Olimpik,” katanya selepas acara penyampaian pingat yang berlangsung di Tokyo Aquatics Centre, Jepun. “Dan memenanginya pada Sukan Olimpik keempat saya, apabila ramai merasakan saya mngkin sudah tidak berada dalam prestasi terbaik saya lagi,” tambahnya.
Kemenangan ini memberikan Tom Daley pingat ketiga keseluruhan selepas memenangi pingat gangsa pada edisi 2012 di London serta edisi 2016 di Rio de Janeiro, Brazil. Dia mula mencuri perhatian peminat dan media ketika menyertai Sukan Olimpik Beijing 2008 selaku peserta termuda yang memasuki pusingan akhir acara terjun.
Duo terjun negara, Pandelela Rinong yang memenangi pingat perak pada edisi 2016 akan mula beraksi dalam kategori 10-meter platform berirama bersama Leong Mun Yee hari ini.
Foto: Getty Images
Baca lebih lanjut: Katil ‘Anti-Seks’ Cetus Kontroversi di Sukan Olimpik Tokyo 2020
Tags
Artikel Yang Berkaitan
ATLET OLIMPIK GREAT BRITAIN, TOM DALEY BERSARA DARI SUKAN RENANG
Selepas Datuk Azizulhasni Awang mengumum persaraan, arena sukan dikejutkan pula dengan pengunduran penerjun Great Britain, Tom Daley.
“IMPIAN SAYA ADALAH MENJADI SEORANG PELAKON SENI MEMPERTAHANKAN DIRI.” – ALTON ANG
GLAM Lelaki menampilkan bintang muda dan atlet wushu kebangsaan, Alton Ang dalam eksplorasi urban bersama wangian ikonik, Bleu De Chanel yang eksklusif.
“COOL ON COURT” FILA X SMILEY MELANCARKAN KOLEKSI INSPIRASI SUKAN TENIS
Jenama gaya hidup berinspirasikan sukan FILA melancarkan Koleksi FILA x Smiley® yang riang dan ceria untuk dipadankan suasana cerah musim ini.
PERTANDINGAN GOLF BERKUMPULAN TERHEBAT DI PIALA RYDER
Piala Ryder ialah pertandingan golf berkumpulan dwitahunan antara Eropah dan Amerika Syarikat. Edisi tahun ini berlangsung di Marco Simone Golf & Country Club dari 29 September hingga 1 Oktober.
#NYFW: COOL KIDS DI PERTUNJUKAN COACH MUSIM BUNGA 2024
Coach SS24 menyajikan koleksi penuh dengan jukstaposisi antara dua aspek berbeza, pretty and tough. Jennifer Lopez hadir buat julung kalinya.
BENTUK OTOT DALAM 30 HARI
Latihan ekstrem seperti rutin Crossfit mengetatkan dan menguatkan otot untuk memberi pembentukan otot dengan lebih pantas. Anda harus cuba!