SENARAI BUFET RAMADAN HOTEL PILIHAN GLAM LELAKI YANG LAZAT & HARGA BERPATUTAN
NOSTALGIA DESA – GRAND MILLENIUM
Sesi berbuka puasa di Grand Millenium sememangnya yang paling dinantikan. Seperti tahun sebelumnya, hidangan berbuka puasa di Grand Millenium tidak pernah mengecewakan. Mengambil tema Nostalgia Desa, sesi berbuka puasa di The Mill Cafe ini bermula daripada 6 Mei hingga 4 Jun 2019 dan ia menyajikan lebih daripada 230 hidangan istimewa yang disediakan oleh Eksekutif Sous Chef Razali Idris dan pasukan tukang masaknya.

Hanya RM158 setiap seorang, hidangan lazat yang dihidangkan pada tahun ini termasuklah hidangan ikan sambal panggang oven, kambing bakar oven, nasi biryani, soto ayam, sotong masak hitam, ayam panggang sri gadeb, gulai daging salai, ayam masak madu, butter chicken masala dan banyak lagi. Bagi anda yang inginkan sesuatu yang manis, The Mill Cafe turut menyajikan pelbagai pilihan kuih tradisional, kek, bubur pengat pisang, bubur pulut hitam, bubur serawa durian dan juga tapai mulut.

Istimewa di Grand Millenium, bagi anda yang memang meminati duria, anda boleh menikmati raja buah itu di bufet durian di lounge alfresco dengan tambahan RM20 untuk setiap orang.

Promosi Nostalgia Desa ini boleh didapati dari jam 7 malam sehingga 10 malam setiap hari, sepanjang bulan Ramadan. Bagi anda yang menempah lebih awal sehingga 5 Mei, nikmati promosi hebat dengan hanya membayar RM99 untuk setiap orang. Untuk tempahan restoran, sila hubungi +603 2117 4163 atau email kepada mill@millenniumhotels.com
Tags
Artikel Yang Berkaitan
GLAM LELAKI SEPTEMBER 2026: ALPHA, DALAM RENTAK SENDIRI
Tujuh individu dengan karakter dan kekuatan berbeza bertemu membentuk nama hangat dalam muzik tempatan kini. ALPHA dianggotai Daniel Sher, Izat Ibrahim, Rizal Rasid, Ariel Fesol, Ray-D, Araff dan Afiq Sky. Mereka membuktikan bahawa kerja keras, keserasian, dan keberanian untuk mencuba adalah rentak sebenar dalam merealisasi objektif seni mereka.
APA SEBENARNYA MAKSUD ‘MAHU MENGAHWINI LELAKI KAYA’?
Adakah kesemua perempuan materialistik?
5 ARTIS LOKAL UNTUK DIDENGARI SEANDAINYA ANDA MEMINATI KUMPULAN ALPHA
Lihatkan lima artis lokal yang berkongsi latar bunyi bersama ALPHA, daripada DUKES hinggalah Aisha Retno.
RICK OWENS: BEGINIKAH RUPA FESYEN MASA HADAPAN?
Untuk 2026, dunia Rick Owens tampil lebih ekstrem menerusi koleksi Spring/Summer 2026 “Temple” dan Fall/Winter 2026 “Tower” dengan elemen masa hadapan.
7 PROMOSI SEMPENA MERDEKA 2026 UNTUK MERAIKAN SEMANGAT PARTIOTIK
Raikan Merdeka 2026 dengan 7 promosi dan acara menarik yang sedang berlangsung di seluruh Malaysia, daripada tawaran makanan dan pengalaman budaya hingga aktiviti bersama keluarga dan rakan.
GAYA MEWAH ZEEKR 7X BLACK NOVA
Zeekr 7X, model SUV elektrik kegilaan ramai, kini hadir dalam monokromatik hitam serba elegan, Zeekr 7X Black Nova.










