SENARAI BUFET RAMADAN HOTEL PILIHAN GLAM LELAKI YANG LAZAT & HARGA BERPATUTAN
CITARASA DESA BUFFET – HOLIDAY INN KUALA LUMPUR GLENMARIE
Diberi tema Citarasa Desa dan bertempat di Kites Restaurant menerapkan konsep kampong, bazaar, teratak bonda, dan selera tradisional, idea ini dapat mengimbau kembali saat kenangan ketika kita berada di kampung halaman. Bagi memeriahkan lagi program ini, hotel ini menyediakan pelbagai juadah lebih dari 200 jenis untuk umat muslim dan muslimat menjamu selera.

Antara hidangan istimewa yang telah disediakan oleh barisan profesional chef ialah Kambing Golek, Satay Klasik Othman, Nasi Briyani Ketuk Ramadan, Selera Gulai Kawah, Ikan Bakar Aroma Desa, Ayam Percik Merecik, Sup Gearbox, Durian Kampung, Bubur Lambuk, Dodol Durian Kampung, Aneka Kerabu dan Pencuci Mulut yang pastinya menepati selera.

Kali ini, Holiday Inn Kuala Lumpur Glenmarie telah membawa Chef Profesional, Othman Abu Baker, yang telah berkhidmat di dalam bidang masakan hampir 30 tahun untuk menjadi ketua masakan bagi Ramadan kali ini.

Pada 12 April 2019 lepas, Holiday Inn Kuala Lumpur Glenmarie telah memilih seramai 35 orang anak yatim dari Rumah Nur Sakinah, Bandar Pinggiran Subang untuk menjadi tetamu istimewa pada malam itu bersama Datuk Aznil Hj Nawawi.

Bermula dari 6 Mei 2019 hingga 4 Jun 2019, harga ditawarkan adalah RM 148 untuk dewasa, dan RM 75 untuk kanak-kanak. Untuk pertanyaan lanjut hubungi Nur Amirah Musa (019-6269134) / nuramirah.musa@ihg.com
Tags
Artikel Yang Berkaitan
GLAM LELAKI SEPTEMBER 2026: ALPHA, DALAM RENTAK SENDIRI
Tujuh individu dengan karakter dan kekuatan berbeza bertemu membentuk nama hangat dalam muzik tempatan kini. ALPHA dianggotai Daniel Sher, Izat Ibrahim, Rizal Rasid, Ariel Fesol, Ray-D, Araff dan Afiq Sky. Mereka membuktikan bahawa kerja keras, keserasian, dan keberanian untuk mencuba adalah rentak sebenar dalam merealisasi objektif seni mereka.
APA SEBENARNYA MAKSUD ‘MAHU MENGAHWINI LELAKI KAYA’?
Adakah kesemua perempuan materialistik?
5 ARTIS LOKAL UNTUK DIDENGARI SEANDAINYA ANDA MEMINATI KUMPULAN ALPHA
Lihatkan lima artis lokal yang berkongsi latar bunyi bersama ALPHA, daripada DUKES hinggalah Aisha Retno.
RICK OWENS: BEGINIKAH RUPA FESYEN MASA HADAPAN?
Untuk 2026, dunia Rick Owens tampil lebih ekstrem menerusi koleksi Spring/Summer 2026 “Temple” dan Fall/Winter 2026 “Tower” dengan elemen masa hadapan.
7 PROMOSI SEMPENA MERDEKA 2026 UNTUK MERAIKAN SEMANGAT PARTIOTIK
Raikan Merdeka 2026 dengan 7 promosi dan acara menarik yang sedang berlangsung di seluruh Malaysia, daripada tawaran makanan dan pengalaman budaya hingga aktiviti bersama keluarga dan rakan.
GAYA MEWAH ZEEKR 7X BLACK NOVA
Zeekr 7X, model SUV elektrik kegilaan ramai, kini hadir dalam monokromatik hitam serba elegan, Zeekr 7X Black Nova.











