Skip to content

SENARAI PENCALONAN FFM35 KATEGORI PELAKON LELAKI

SENARAI PENCALONAN FFM35 KATEGORI PELAKON LELAKI

Kongsikan artikel ini

FFM35 kembali dengan pengumuman senarai pencalonan yang menghimpunkan barisan pelakon lelaki daripada pelbagai generasi dan latar belakang seni.

Bertemakan Spektrum Sinema, Festival Filem Malaysia ke-35 menghimpunkan bakat perfileman tempatan daripada pelbagai generasi untuk merebut pengiktirafan dalam industri seni tanah air. Malam Anugerah FFM35 dijadualkan pada 21 November 2026, bermula pada 8.30 malam dan akan disiarkan secara langsung menerusi TV2 RTM serta saluran YouTube FINAS.

Jadi, peminat filem tempatan boleh mengikuti kemeriahan acara ini dari rumah sambil menantikan keputusan bagi setiap kategori. Daripada bakat baharu yang semakin menyerlah hingga nama berpengalaman yang sudah lama mewarnai industri perfileman tempatan, setiap pencalonan menjadi pengiktirafan terhadap bakat dan sumbangan mereka dalam menghidupkan watak di layar perak.

Bagi kategori pelakon lelaki, sebanyak empat kategori menjadi perhatian, iaitu Pelakon Lelaki Harapan, Pelakon Kanak-Kanak Terbaik, Pelakon Pembantu Lelaki dan Pelakon Lelaki Terbaik. Menariknya, beberapa judul filem seperti Abah Saya Uncle Mike dan Tarung: Unforgiven turut mewarnai senarai pencalonan menerusi lebih daripada satu kategori.

Pelakon Lelaki Harapan

Kategori Pelakon Lelaki Harapan mengetengahkan lima nama yang memperlihatkan potensi generasi baharu pelakon tempatan. Pencalonan ini memberi ruang untuk bakat-bakat baharu mendapat pengiktirafan atas keupayaan mereka membawakan watak serta potensi untuk terus berkembang dalam industri perfileman Malaysia.

#1 Mierul Aiman – Tarung: Unforgiven

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Mierul Aiman (@mierulaiman)

#2 Merrah Muhaimin – Abah Saya Uncle Mike

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Merah Muhaimin (@merah.muhaimin)

#3 Shahfi Rafiq – Indera

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Shahfi Rafiq (@shahfi_rafiq)

#4 Tom Phan – Circus Of Life

#5 Xid Haixal – Denu

 

View this post on Instagram

 

A post shared by @xidhaixal

Pelakon Kanak-Kanak Terbaik

Bakat muda turut mendapat tempat menerusi kategori Pelakon Kanak-Kanak Terbaik yang menampilkan empat calon. Kehadiran mereka dalam senarai pencalonan membuktikan bahawa bakat lakonan tidak mengenal usia. Keupayaan membawa watak dengan meyakinkan pada usia muda turut menjadi antara aspek yang diraikan dalam festival filem berprestij ini.

#1 Karl’el – Khadam

#2 Umar Shakur – Abah Saya Uncle Mike

 

View this post on Instagram

 

A post shared by umar shakur (@umarshakur_)

#3 Jordan Kuan – The Waves Will Carry Us

#4 Quzhairil Lona Walad (Todak) – Syurga Dalam Botol

Pelakon Pembantu Lelaki

Kategori Pelakon Pembantu Lelaki pula menghimpunkan lima pelakon yang membawa warna tersendiri kepada filem masing-masing. Watak pembantu memainkan peranan penting dalam membentuk perkembangan cerita dan menguatkan perjalanan watak utama. Justeru, persaingan dalam kategori ini pastinya menarik untuk diperhatikan, khususnya apabila melibatkan pelakon dengan pengalaman dan pendekatan lakonan yang berbeza.

#1 Wan Hanafi Su – Badak

#2 Andy Teh – Abah Saya Uncle Mike

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Andy Teh 郑金发 (@andytehkh)

#3 Aedy Ashraf – Tarung: Unforgiven

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Alpha47 Films (@alpha47.films)

#4 Kuben Mahadevan – Macai

#5 Sky Iskandar – The Furious: Pertaruhan Maruah

 

View this post on Instagram

 

A post shared by sky iskandar (@skyiskndr)

Pelakon Lelaki Terbaik

Menjadi antara kategori paling dinantikan, Pelakon Lelaki Terbaik FFM35 menyaksikan persaingan lima pelakon yang membintangi naskhah berbeza. Pertembungan nama-nama ini menjadikan kategori tersebut antara yang wajar diberi perhatian. Setiap calon hadir dengan pengalaman dan pendekatan tersendiri dalam menghidupkan watak, sekali gus memperlihatkan kepelbagaian bakat lakonan yang terus berkembang dalam sinema Malaysia.

#1 Shaheizy Sam – Badak

 

View this post on Instagram

 

A post shared by GSC Movies (@gscmovies)

#2 Idan Aeden – Abah Saya Uncle Mike

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Shahidan Abdullah (@idanaedan)

#3 Eman Manan – 3 Hajat

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Eman Manan Eman (@emanmananeman)

#4 Beto Kusyairy – Gayong 2

#5 Amerul Affendi – Libang Libu

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Amerul Affendi (@amerul_affendi)

Setiap seorang pelakon inilah yang mencorak industri lakonan di Malaysia tahun ini. Ini menjadi bukti bahawa industri lakonan tempatan sememangnya dipenuhi dengan pelakon-pelakon lelaki yang berbakat, dan layak menerima lebih banyak perhatian. GLAM Lelaki juga tidak sabar untuk mengetahui siapa yang bakal meraih segala kemenangan ini.

Pautan berkaitan: AIM25: SITI NURHALIZA RAIH DUA ANUGERAH UTAMA, AISHA RETNO DINOBATKAN ALBUM TERBAIK

Internet bergerak pantas, tetapi fesyen bergerak lebih laju. Di GLAM Lelaki, Batrisyia Faisal menterjemah trend kepada cerita. Fesyen, personaliti dan sedikit sentuhan gaya hidup di dalam penulisannya.

Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

GIORGIO ARMANI I WILL BUAT LELAKI YANG MELANGKAH DENGAN KEYAKINAN DAN IDENTITI TERSENDIRI

GIORGIO ARMANI I WILL BUAT LELAKI YANG MELANGKAH DENGAN KEYAKINAN DAN IDENTITI TERSENDIRI

Bacaan Lanjut
MUARA HOROLOGI: SOROTAN JAM TANGAN BAHARU SEPANJANG OKTOBER

MUARA HOROLOGI: 5 SOROTAN JAM TANGAN BAHARU SEPANJANG OKTOBER

Bacaan Lanjut
IWC SCHAFFHAUSEN MEMBAWA IWC. ENGINEERED KE PAVILION KUALA LUMPUR

IWC SCHAFFHAUSEN MEMBAWA PERKHIDMATAN ‘INDIVIDUALISATION’ EKSKLUSIF KE PAVILION KUALA LUMPUR

Bacaan Lanjut
CABBEEN TERUS MENGUKUHKAN NAMA DI MALAYSIA, BUTIK KEEMPAT DI IOI CITY MALL

CABBEEN TERUS MENGUKUHKAN NAMA DI MALAYSIA, BUTIK KEEMPAT DI IOI CITY MALL

Bacaan Lanjut
LEE SOO-MAN KEMBALI DALAM DUNIA MUZIK, KENALI 3 KUMPULAN DI BAWAH A2O ENTERTAINMENT

LEE SOO-MAN KEMBALI DALAM DUNIA MUZIK, KENALI 3 KUMPULAN DI BAWAH A2O ENTERTAINMENT

Bacaan Lanjut

LESS IS MORE: KEBANGKITAN GAYA ‘CLEAN BOY’

Bacaan Lanjut