Skip to content

SENSASI MINI ELECTRIC GENERASI TERKINI

Kongsikan artikel ini

MINI Malaysia memperkenalkan generasi MINI Electric yang dikuasakan 100 peratus oleh elektrik untuk menyempurnakan gaya hidup moden MINIacs.

Jenama automotif premium kompak, MINI Malaysia memperkenalkan MINI Electric generasi baharu yang hadir dengan ciri-ciri fungsi moden serta reka bentuk yang progresif kekal menawan. Dikuasakan 100 peratus oleh elektrik, sekali gus meluaskan lagi portfolio kenderaan elektrik MINI di Malaysia untuk menyempurnakan gaya hidup moden MINIacs.

MINI Electric terkini membawakan bahasa reka bentuk yang lebih segar. Ia melambangkan peralihan MINI ke generasi yang seterusnya, sambil mengekalkan DNA MINI yang menjadikan jenama ini kekal ikonik sehingga hari ini. Disediakan dengan pelbagai kelengkapan sebagai standard, MINI Electric baharu juga tampil bersama varian-varian MINI 3 Door, MINI 5 Door dan MINI Convertible yang terbaharu yang tersedia untuk membawakan sensasi pemanduan ala go-kart yang sinonim dengan jenama ini.

Generasi MINI Electric ini dikuasakan oleh versi motor elektrik berkuasa tinggi yang dibangunkan oleh BMW Group. Enjin elektrik gandar hadapan mampu menjana 135 kw/184 kk, termasuk unit bateri 12 modul berbentuk T dengan kapasiti bersih 28.9 kWj. Dengan puncak tork bernilai 270 Nm yang sama seperti model terdahulu, ia mempunyai emisi karbon sifar, selain mengguna pakai 17.6 – 15.2 kWj bagi setiap jarak perjalanan sejauh 100 km. Ia turut menawarkan kelajuan tertinggi mencecah 150 km/j dan jarak operasi sejauh 232 km (WLTP), selain mampu membuat pecutan abad dalam 7.3 saat.

Reka bentuk mobiliti bersifat lestari untuk semua. MINI Electric memberikan keterujaan maksima, dalam desain yang moden, menawan dan praktikal. Sudah pasti dengan kepintaran digital terkini, ia membolehkan kereta ini dipandu dengan lancar dan lebih efisien. Tawaran warna eksklusif untuk MINI Electric meliputi White Silver dengan bumbung hitam dan aksen berwarna Energetic Yellow, British Racing Green dengan bumbung hitam dan pelitup cermin cisi hitam, serta Midnight Black dengan bumbung putih dan aksen berwarna Energetic Yellow.

Berikutan perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan terbaru, pusat pengedaran tidak dibuka untuk penglihatan secara fizikal. Pelanggan boleh melayari laman rasmi MINI Malaysia untuk melihat dengan lebih dekat serta mendapatkan maklumat lebih lanjut. Harga Jualan dengan Pengecualian Cukai Jualan dan perkhidmatan (atas jalan, tanpa insurans) adalah RM 217,470.73.

Foto: MINI Malaysia

Baca lebih lanjut: SIAPA PILIHAN JUARA ROLAND GARROS TAHUN INI?

By Muzammin Muzlan
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

mercedes-benz glc 300

#GLPANDUUJI MERCEDES-BENZ GLC 300 4MATIC

Bacaan Lanjut

5 MOTOSIKAL TERMAHAL DI DUNIA 2023

Bacaan Lanjut

3 TIP PERSIAPAN RAYA YANG MUDAH DI RUMAH UNTUK LELAKI

Bacaan Lanjut

KUASA MASA HADAPAN XC40 RECHARGE PURE ELECTRIC

Bacaan Lanjut

UNIQLO BAKAL LANCAR RE.UNIQLO STUDIO PERTAMA DI MALAYSIA

Bacaan Lanjut
MERCEDES-EQ: PEMACU MOBILITI ELEKTRIK MASA HADAPAN

MERCEDES-EQ: PEMACU MOBILITI ELEKTRIK MASA HADAPAN

Bacaan Lanjut