SENTUHAN RIVIERA PERANCIS DALAM ST. REGIS LANGKAWI
Andaman yang memukau, The St. Regis Langkawi mengangkat pesona Riviera Perancis ke permata tropika Malaysia menerusi pelancaran kapsul eksklusif Vilebrequin for St. Regis. Kolaborasi global antara jenama resort mewah ikonik dan label pakaian renang legenda dari Perancis ini diraikan dengan siri pengalaman berinspirasi keindahan semula jadi Langkawi serta semangat abadi program St. Regis Family Traditions.

Terinspirasi daripada warisan keluarga Astor yang sinonim dengan gaya hidup penuh kelas. Koleksi ini menampilkan pakaian renang, aksesori, dan permainan pantai edisi terhad. Dicipta untuk merakam momen bermakna bersama keluarga. Cetakan playful bercorak suasana resort, aksesori berjiwa pengembaraan, dan rekaan timeless dalam jalur kabana klasik menjadikan koleksi ini sebuah perayaan gaya santai yang eksklusif. Malah, gondola ikonik Langkawi Cable Car turut dihiasi motif koleksi ini. Menjadikan perjalanan di atas rimba tropika sebuah pengalaman visual yang penuh imaginasi.

Sebagai kemuncak pelancaran, Pantai Grill di The St. Regis Langkawi mempersembahkan pengalaman pop-up eksklusif dengan seleksi hidangan laut segar berinspirasikan Riviera. Dari lobster, udang harimau, hinggalah ke kerang Chile. Menu à la carte pula menampilkan klasik Mediterranean seperti salad Niçoise, ratatouille bersama baguette rangup, hingga pizza provençal. Setiap hidangan dipadankan dengan cocktail berwarna-warni yang mencerminkan semangat koleksi, menjadikan santapan tepi laut ini lebih dari sekadar makan malam.

Menggambarkan falsafah Live Exquisite, kerjasama ini menghubungkan reka bentuk penuh gaya dengan pengalaman santai yang bermakna. Sama ada permainan paddle pantai bersama keluarga, atau membawa pulang helaian dari koleksi kapsul sebagai kenangan Riviera di Langkawi. Kolaborasi ini adalah jemputan ramai untuk menikmati kemewahan dengan sentuhan tropika. Eksklusif hanya di The St. Regis Langkawi bermula Ogos 2025. Kapsul Vilebrequin for St. Regis meraikan warisan, gaya, dan memori dengan cara yang mampu dilakukan oleh dua ikon dunia.
Artikel Berkaitan: RIUH IN THE CITY EDISI MERDEKA 2025: PUTRAJAYA
Penulis bermata pereka, mengubah trend dan momen harian menjadi cerita bergaya;— dan juga mungkin menyerlahkan pesona.
Tags
Artikel Yang Berkaitan
PILIHAN STYLISH IKMAL AMRY MERAIKAN SYAWAL
Semak gaya stylish Syawal Ikmal Amry bersama Tommy Hilfiger. Menyerlahkan gaya santai lebaran supaya kekal bergaya.
THE DRAMA KING: AMIR AHNAF
Amir Ahnaf berkongsi obsesinya terhadap seni, tanggungjawab membentuk landskap industri, dan bagaimana fesyen menjadi refleksi identiti.
TARUNG: UNFORGIVEN BAWAKAN BARISAN PELAKON HEBAT
Menghentak dunia perfileman tempatan dengan kuat, TARUNG: Unforgiven hadir dengan teaser yang menayangkan barisan pelakon hebat.
THE BODY SHOP RAI ULANG TAHUN GLOBAL KE-50 DENGAN SUMBANGAN
The Body Shop meraikan ulang tahun global mereka yang ke-50 tahun ini dengan menegaskan semula kepercayaan mereka terhadap sumbangan.
DANIAL HAZIQ, KONSISTENSI DAN KREATIVITI SEBAGAI CONTENT CREATOR
GLAM Lelaki tertarik dengan kandungan yang dikongsikan Danial Haziq melalui Instagram dan TikTok-nya. Ketahui serba sedikit mengenai Danial Haziq yang kini antara pencipta kandungan di Malaysia yang meraih perhatian.
5 TABIAT GROOMING YANG BUAT PENAMPILAN ANDA NAMPAK LEBIH MAHAL
Tabiat grooming yang betul boleh menaikkan aura gaya anda secara drastik. 5 cara mudah untuk kelihatan lebih mahal tanpa perlu boros.











