10 TIP MUDAH KEKAL HIDRAT WAKTU CUACA PANAS
Perasan atau tidak, cuaca agak panas terik kebelakangan ini. Ketahuilah, cuaca ini boleh buatkan anda terkena strok haba dan ini sekaligus menyebabkan tubuh dehidrasi. Dengan peningkatan suhu di luar yang mencecah sehingga 40 darjah celsius, ia membuatkan tubuh dehidrasi jika anda degil dalam melakukan 10 tip GL sediakan ini.

1. MINUM DAN MANDI DENGAN KERAP
Sebaiknya, kerapkan pengambilan minuman, walaupun jika anda tidak berasa dahaga. Jangan tunggu sampai anda berasa haus baru minum. Selain itu, mandilah sekerap yang boleh.
2. ELAK MINUMAN BERGULA
Elakkan pengambilan minuman bergula yang mengandungi lebih kalori yang mana meningkatkan tahap glukosa dalam darah sekaligus menaikkan berat badan anda.
3. BAWA BOTOL AIR
Ia memudahkan untuk anda mengisi semula air pada bila-bila masa. Walaupun anda tiada sebarang rancangan untuk aktiviti di luar, membawa sebotol air di tangan dapat memastikan anda untuk sentiasa minum dan sebelum anda dahaga.
4. TAMBAH PERISA DALAM AIR ANDA
Sedikit penambah perasa semula jadi dalam air kosong anda tiada salahnya. Seperti lemon, strawberi atau mungkin sedikit potongan timun segar adalah salah satu cara untuk menambah rasa dalam minuman anda tanpa perlu meningkatkan kadar kalori.
5. CUBA AIR SPARKLING
Anda masih boleh menikmati minuman rasa seakan minuman berkarbonat tanpa kalori.

6. ELAK KAFEIN
Ini kerana ia bertindak sebagai diuretik yang mana membuatkan anda kehilangan lebih banyak air dalam badan.
7. PENGAMBILAN AIR SUKAN UNTUK WAKTU EKSTREM
Jika anda pasti akan mengeluarkan peluh yang berlebihan kala melakukan aktiviti, minuman sukan mungkin lebih berguna dari air kosong untuk menambah elektrolit yang hilang apabila anda berpeluh.
8. MINUM MINUMAN YANG MENYEJUKKAN
Sejukkan botol air anda, gunakan penyejuk ais, gunakan ais dalam gelas pakai buang untuk pastikan minuman anda kekal dingin. Mengambil minuman sejuk bukan hanya membantu anda untuk kekal sejuk, ia juga mampu memastikan tubuh anda kekal hidrat.
9. BERI PERHATIAN PADA PENGAMBILAN MINUMAN
Cuba letakkan penggera pada jam tangan atau telefon anda untuk membantu anda mengingati bila tiba masanya untuk mengambil minuman. Inilah sebabnya mengapa mempunyai botol air yang boleh digunakan semula adalah penting untuk kekal hidrat.
10. AMBIL MAKANAN TINGGI KANDUNGAN MINERAL
Buah-buahan dan sayur-sayuran yang tinggi kandungan mineral dapat membantu anda untuk kekal hidrasi seperti tembikai, buah oren, kelapa, timun dan sayur bayam.

Oleh Wan Mohd Firdaus, 24 Oktober 2017. (Sumber: Eh!)
Tags
Artikel Yang Berkaitan
MEN’S FASHION WEEK SS27: BARISAN DUTA GLOBAL & BINTANG KPOP YANG DIJANGKA MENGGEGARKAN ‘FRONT ROW’
Jelajahi jangkaan barisan duta global dan bintang K-Pop di pentas Menswear RTW SS27. Ikuti perkembangan trend terkini bersama GLAM LELAKI.
BOGGI MILANO MERAIKAN KEHANGATAN PIALA DUNIA 2026 BERSAMA KOLEKSI EKSKLUSIF
Boggi Milano melancarkan Koleksi Kapsul Piala Dunia 2026 di TRX. Terokai gaya sukan mewah lelaki urban moden di sini.
SAMSONITE PACU KELESTARIAN BERSAMA GAYA VERSATIL
Tingkatkan gaya kembara maskulin anda dengan Samsonite Myton dan Hi-Fi. Sertai Kempen Tukar Beli Bagasi 2026 demi kelestarian alam hari ini.
MANIFESTASI ADIBUSANA LOEWE DI PADANG HIJAU
Rumah fesyen LOEWE membawakan manifestasi adibusana eksklusif ke padang hijau selaku rakan rasmi pasukan bola sepak kebangsaan Sepanyol.
CONCERT LOOK: JENAMA MALAYSIA YANG SESUAI UNTUK GAYA KONSERT ANDA
Inspirasi gaya street luxury maksimum ke konsert akan datang dengan padanan eksklusif jenama tempatan popular pilihan GLAM Lelaki.
ALPHA, BOY GROUP PALING ‘STUNNING’ & BERPENGARUH TAHUN INI
Kenali kumpulan ALPHA, ikon M-Pop paling berpengaruh tahun ini. Ketahui rahsia estetika visual dan dominasi karya hebat mereka sekarang.











