SIRI PRIME PERTAMA MALAYSIA THAT COVER GIRL DIBINTANGI SITI SALEHA, HISYAM HAMID, ALICIA AMIN & AIMAN HAKIM
Tayangan perdana siri Amazon Original pertama Prime Video dari Malaysia, That Cover Girl menampilkan barisan pelakon-pelakon hebat Siti Saleha, Hisyam Hamid, Alicia Amin dan Aiman Hakim.
“That Cover Girl” mengikuti perjalanan Sofi Safwan lakonan Siti Saleha, seorang tokoh terkemuka dalam industri fesyen, yang menguruskan empayar yang luas sambil menerima sokongan tidak berbelah bahagi daripada suami tercinta. Walau bagaimanapun, usaha perniagaannya dicemari oleh insiden skandal dan persekitaran kerja yang bermusuhan.
Di sebalik cabaran ini, Sofi tetap teguh dalam usahanya untuk menyelesaikan kedua-dua isu perkahwinan dan perniagaannya, walaupun komplikasi baharu timbul di sepanjang perjalanan.
Acara bersejarah ini dilancarkan di Hotel Hitlon Kuala Lumpur malah disokong oleh Kementerian Komunikasi dan Digital serta Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS), menggariskan keutamaannya dalam industri hiburan Malaysia.
Acara malam itu dimulakan dengan pertunjukan fesyen mewah menampilkan barisan pengaruh tempatan dan pelakon berbakat, membangkitkan suasana malam yang bergaya dan penuh keanggunan.
Ia kemudiannya dimeriahkan lagi dengan persembahan menyentuh jiwa oleh penyanyi terkemuka tanah air, Marsha Milan dan Hazama, yang memukau penonton dengan paduan suara yang mempersonakan menyampaikan runut bunyi dari siri tersebut Nafsi Sufiyya dan Sang Pemilik.

Pengarah Abid Hussain dan Megat Sharizal, serta barisan pelakon utama Siti Saleha, Hisyam Hamid, Alicia Amin dan Aiman Hakim telah berkumpul di sidang akhbar untuk berkongsi tentang siri yang dinanti-nanti ramai itu.
IKUTI TEMU BUAL EKSLUSIF BERSAMA AIMAN HAKIM RIDZA DAN ALICIA AMIN YANG MEMBINTANGI SIRI PRIME TERBARU THAT COVER GIRL:
ALICIA AMIN
1. APAKAH YANG MENARIK TENTANG SIRI KALI INI?
Siri buat kali ini sangat berbeza kerana ia sangat realistik dalam pelbagai perspektif. Dalam perspektif fesyen, ia mempunyai elemen tersendiri sebagai ahli perniagaan dalam siri kali ini. Dalam siri ini mengajar bahawa, kita boleh lihat ia berlaku dalam realiti kehidupan dan merupakan refleksi yang bukan sekadar drama.
2. BAGAIMANA ANDA MENJIWAI WATAK SEBAGAI LAILA?
Cara saya menjiwai watak sebagai Laila adalah ramai orang dalam hidup saya mungkin tidak bersetuju dengan apa yang saya lakukan, sama seperti Laila. Saya sebagai Alicia Amin, tidak semua orang bersetuju dengan apa yang saya lakukan. It’s can be really stressful. Tetapi sebagai Laila dalam siri ini, saya boleh menjiwai dan merasa dalam situasi yang sama antara Alicia Amin dan Laila.
3. APAKAH CABARAN YANG ANDA HADAPI UNTUK MENJAYAKAN SIRI KALI INI?
Sebagai pelakon, mendalami watak itu merupakan satu cabaran yang biasa. Ia kerana bagi saya watak kali ini berbeza dan tidak similar buat saya. Contohnya seperti dalam episod 1, cara Laila mengawal situasi, saya sebagai Alicia Amin tidak bersetuju dengan cara begitu. That is the basis of acting, but it’s making it very believable.
4. BAGAIMANAKAH ANDA MENYUAIKAN DIRI BERSAMA BARISAN PELAKON LAIN?
Bila saya sudah mendalami dan memahami watak orang lain yang berkaitan, saya pasti akan menyuaikan diri bersama pelakon lain. The chemistry is just form itself.
5. ALICIA SUDAH BANYAK BERLAKON, ADAKAH ANDA AKAN MENINGGALKAN DUNIA MODELLING?
Saya akan kekal aktif dalam dunia modelling tetapi acting would be my 100% focus now.
AIMAN HAKIM RIDZA
1. APAKAH YANG MEMBUATKAN ANDA TERTARIK UNTUK MELAKONKAN SIRI INI?
I like the whole idea of this series. Dan saya ingin mencuba watak yang berbeza dan explore cabaran yang baharu.
2. DARIPADA SEGI PERSONALITI, APAKAH YANG MEMBEZAKAN WATAK ANDA DAN ANDA SENDIRI DALAM DUNIA REALITI?
Untuk watak saya, Darius seorang yang opportunist. Saya sebagai Aiman Hakim, that is not how I see.

Siri Prime That Cover Girl akan disiarkan secara eksklusif di Malaysia dan lebih 240 wilayah di seluruh dunia bermula 19 Oktober. Setiap episod akan disediakan pada hari pelancaran.
Artikel berkaitan: Antara Cita-Cita & Cinta, Dokumentari David Beckham Dedah Sisi Peribadi
Tags
Artikel Yang Berkaitan
THE HYPEMAKERS, GLAM LELAKI NOVEMBER 2025 BERSAMA SALMAN FARISH
Memiliki gaya peribadi yang unggul menjadikan Salman Farish salah satu inspirasi fesyen terbesar untuk generasinya. GLAM Lelaki tampilkan Salman Farish untuk November 2025.
THE HYPEMAKERS, GLAM LELAKI NOVEMBER 2025 BERSAMA ISMAIL IZZANI
'The Hypemakers' untuk GLAM Lelaki November 2025. Ismail Izzani antara lima personaliti ditampilkan menghiasi cover digital bulan November
6 INFLUENCER PEREMPUAN YANG BERPENGARUH DI MALAYSIA KINI
GLAM Lelaki mengetengahkan enam influencer perempuan yang kini mendominasi ruang media sosial melalui pengaruh dan kapakaran dalam kandungan masing-masing.
THE HYPEMAKERS, GLAM LELAKI NOVEMBER 2025 BERSAMA FAZZIQ MUQRIS
'The Hypemakers' untuk GLAM Lelaki November 2025. Fazziq Muqris antara lima personaliti ditampilkan menghiasi cover digital bulan November.
THE HYPEMAKERS, GLAM LELAKI NOVEMBER 2025 BERSAMA MIERUL AIMAN
'The Hypemakers' untuk GLAM Lelaki November 2025. Mierul Aiman antara lima personaliti ditampilkan menghiasi cover digital bulan November.
KAPTEN BATIK: MERAIKAN WARISAN BERINSPIRASIKAN GAYA MODEN
Kapten Batik membuka butik utama di The Gardens Mall, meraikan warisan batik Malaysia yang meraikan warisan dan rekaan moden.











