Skip to content

SITI NURHALIZA & JUDIKA BERSATU DI PENTAS THE JOURNEY OF SOUND

SITI NURHALIZA & JUDIKA BERSATU DI PENTAS THE JOURNEY OF SOUND

Kongsikan artikel ini

Disember ini peminat muzik tempatan akan dihiburkan dengan pelbagai persembahan menarik, salah satunya The Journey Of Sound.

Bakal berlangsung di Stadium Merdeka pada 14 Disember, konsert ini menyaksikan gabungan epik dua bintang Nusantara tersohor, Dato’ Sri Siti Nurhaliza dan Judika.

Penyanyi luar biasa dari Malaysia dan Indonesia ini mempunyai pengalaman lebih dua dekad dalam industri muzik. Nama kedua-duanya sering meniti di bibir peminat dan karya mereka menjadi pujaan di rantau ini.

Siti Nurhaliza Judika THE JOURNEY OF SOUND

Konsert The Journey Of Sound bukan hanya menjanjikan persembahan luar biasa tetapi juga menjadi lambang perpaduan budaya antara dua negara serumpun yang kaya dengan warisan seni.

The Journey Of Sound Menjanjikan Pengalaman Luar Biasa

Menurut penganjur Universe Gateaway, konsert ini menawarkan sesuatu yang lebih mendalam iaitu perjalanan emosi dan nostagia. Ia pastinya akan menjadi salah satu peristiwa terbesar dalam industri hiburan Nusantara.

“Konsert ini akan dipenuhi warna-warni perjalanan seni dan ‘bunyi’ muzik yang telah mengharumkan nama Siti Nurhaliza dan Judika,” kata Isa, Ketua Pegawai Kewangan Universe Getaway. Judika turut meluahkan keterujaannya dan berjanji akan memberikan persembahan terbaik buat para peminat.

“Saya tidak boleh menjanjikan bulan dan bintang tetapi percayalah anda akan menikmati sebuah pengalaman luar biasa,” katanya.

Tiket akan mula dijual pada 12 Oktober 2024 dengan harga bermula dari RM199 (Kategori 5) sehingga RM1,299 (Super VIP). Pembelian tiket boleh dibuat melalui laman web Ticket2U dengan tawaran Early Bird pada minggu pertama sehingga minggu ketiga penjualan.

 

Foto: Suara TV

Pautan berkaitan: AFGAN TUTUP TIRAI 2024 DENGAN KONSERT SOLO TERBESAR DI PULAU PINANG

By Siti Syahidah
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

KONSERT SEBUAH EPITOME SAYA SITI NURHALIZA GEGAR AXIATA ARENA

KONSERT SEBUAH EPITOME SAYA SITI NURHALIZA GEGAR AXIATA ARENA

Bacaan Lanjut
“IT’S A NIGHT TO REMEMBER” - JUDIKA ANJUR KONSERT ‘ROCKMANTIC’ OKTOBER INI

“IT’S A NIGHT TO REMEMBER” – JUDIKA ANJUR KONSERT ‘ROCKMANTIC’ OKTOBER INI

Bacaan Lanjut
SITISM, ALBUM SOLO KE-20 SITI NURHALIZA AKHIRNYA MENEMUI PEMINAT

SITISM, ALBUM SOLO KE-20 SITI NURHALIZA AKHIRNYA MENEMUI PEMINAT

Bacaan Lanjut
ISU TAYANG KEMEWAHAN, AHMAD IQBAL DIBANDINGKAN DENGAN SITI NURHALIZA

ISU TAYANG KEMEWAHAN, AHMAD IQBAL DIBANDINGKAN DENGAN SITI NURHALIZA

Bacaan Lanjut