SITISM, ALBUM SOLO KE-20 SITI NURHALIZA AKHIRNYA MENEMUI PEMINAT
Sitism Meraih Sambutan Luar Biasa
Sejak dilancarkan, album ini menjadi tersohor di kalangan pengguna Twitter sehingga meraih lebih 12,000 hantaran. Sitism juga menduduki tangga pertama di Apple Music dan iTunes Malaysia serta Brunei. Lebih membanggakan, ia turut mendapat sambutan di negara jiran. Ia menduduki tangga ketiga di iTunes Singapura, tangga keempat di iTunes Indonesia serta tangga ke-153 di iTunes Australia. Penyanyi nombor satu negara ini sempat menzahirkan penghargaan buat peminat yang sentiasa memberi sokongan padu kepadanya sejak hampir tiga dekad lalu.
“Saya gembira dan bersyukur bukan sahaja kepada peminat di Malaysia malah juga buat mereka yang strim lagu dari album Sitism sampai ke Australia, Indonesia, Brunei dan Singapura,” katanya menurut laporan Berita Harian.
Tajuk Sitism dipilih daripada nama penyanyi itu iaitu Siti manakala imbuhan ‘ism’ pula adalah istilah linguistik untuk membentuk kata nama bagi melambangkan kualiti dan ideologi album. Menurut penyanyi berusia 44 tahun itu, ia bertepatan sebagai judul album kerana selama 27 tahun bergiat dalam industri muzik, dia telah menghidupkan jenama Siti Nurhaliza dengan ciri tersendiri.
Konsep albumnya pula adalah terjemahan kepada ‘cyber retro futurism’. “Ia gabungan gaya seni dan reka bentuk inspirasi daripada elemen masa silam seperti nostalgia dan gaya retro, masa kini serta suntikan futuristik. Elemen futuristik dipaparkan sangat unik kerana fungsinya sebagai imaginatif mengenai masa hadapan dalam industri muzik,” jelasnya.
Foto: Twitter
Pautan berkaitan: “INI ALBUM TERAKHIR SAYA” – ENRIQUE IGLESIAS UMUM BERSARA?
Tags
Artikel Yang Berkaitan
SITI NURHALIZA & JUDIKA BERSATU DI PENTAS THE JOURNEY OF SOUND
Disember ini peminat muzik tempatan akan dihiburkan dengan pelbagai persembahan menarik, salah satunya The Journey Of Sound yang menggabungkan dua bintang Nusantara tersohor.
ISU TAYANG KEMEWAHAN, AHMAD IQBAL DIBANDINGKAN DENGAN SITI NURHALIZA
Selepas isu ‘jodoh tidak kesampaian’ bersama Datuk Seri Vida menjadi tular, nama Ahmad Iqbal terus hangat di kalangan netizen yang menuduhnya sengaja menayang kemewahan dimiliki di media sosial.