SUTRADARA MALAYSIA ADELE LIM TERAJUI SEKUEL FILEM IKONIK THE PRINCESS DIARIES 3
Penantian dua dekad peminat berakhir selepas filem The Princess Diaries diumumkan akan kembali dengan sekuel ketiga.
Lebih istimewa, filem ini akan menyaksikan sutradara kelahiran Malaysia, Adele Lim duduk di kerusi pengarah sekali. Kemunculan pertamanya sebagai pengarah adalah menerusi filem komedi Joy Ride yang ditayangkan pada 2023.
Sutradara dan penerbit ini juga berbakat besar dalam penulisan lakon layar. Hasil karyanya termasuk Crazy Rich Asians dan Raya and the Last Dragon yang berjaya mencuri hati penonton di seluruh dunia.
“Sebagai peminat tegar The Princess Diaries, saya sangat teruja kerana menjadi sebahagian daripada pasukan yang akan menghidupkan kembali sekuel ketiga.
“Kami tidak sabar mahu berkongsi prinsip ‘kuasa, keseronokan dan bimbingan wanita’ dalam filem ini bersama penonton di seluruh dunia,” kata Adele dalam satu kenyataan.
Dua filem pertama diarahkan oleh sutradara, penerbit dan penulis lakon layar Garry Marshall yang meninggal dunia pada Julai 2016.
Mengenai The Princess Diaries 3
Filem pertama yang ditayangkan pada 2001 dan sekuelnya pada 2004 berkisar tentang perjalanan Mia Themopolis daripada remaja biasa kepada seorang puteri seterusnya Permaisuri Genovia di bawah asuhan nendanya, lakonan Julie Andrews.
Aktres jelita Anne Hathaway yang menerajui watak utama dalam dua filem tersebut mengesahkan penglibatannya menerusi satu hantaran di media sosial. Selain membintangi filem ini, dia turut menerbitkannya di bawah syarikat penerbitan miliknya Somehere Pictures.
“Keajaiban berlaku. Kembali ke Genovia bersama @adeleblim @disney @somewherepictures. Kisah dongeng ini diteruskan,” tulisnya.
Setakat ini barisan pelakon The Princess Diaries 3 masih belum didedahkan kepada umum. Menurut People, ia akan menjalani penggambaran pada tahun 2025.
Foto: Deadline
Pautan berkaitan: CRAZY RICH ASIANS BAKAL MUNCUL DENGAN DRAMA SEKUEL
Tags
Artikel Yang Berkaitan
Sorry, we couldn't find any posts. Please try a different search.