PERKAHWINAN KANYE WEST & BIANCA CENSORI RETAK MENANTI BELAH?
Belum dua tahun mendirikan rumah tangga, muncul laporan mengatakan bahawa Kanye West dan isteri, Bianca Censori akan bercerai tidak lama lagi.
Menurut TMZ, pasangan itu menjalani kehidupan yang sukar sebagai suami isteri sejak berkahwin. Kanye dan bekas pekerja Yeezy itu dilaporkan memberitahu rakan terdekat masing-masing bahawa mereka telah pun berpisah beberapa minggu lalu.
TMZ turut mendedahkan bahawa Kanye merancang untuk menceraikan Bianca dan tinggal di Tokyo, Jepun. Perpisahan mereka menyebabkan Bianca pulang ke Australia untuk berada di samping keluarganya pada saat sukar ini.

Foto: Instagram
Berita perpisahan mereka dikuatkan lagi apabila penyanyi berusia 47 tahun itu membuat penampilan solo beberapa minggu kebelakangan ini. Kali terakhir kelibatnya dirakam adalah pada minggu lalu di sebuah restoran Jamaica di Tokyo.
Perpisahan Kanye West Hanya Khabar Angin!
Walaupun berita perceraian mereka hangat dilaporkan media dan diperkatakan peminat di media sosial, Kanye tampil membuktikan bahawa ia hanyalah spekulasi semata-mata.
Selepas lebih dua minggu tidak dirakam bersama, Bianca akhirnya muncul di sisi Kanye pada 8 Oktober lalu di sebuah pusat membeli-belah di Tokyo. Pasangan itu bergaya sedondon dalam persalinan serba putih.
Pada beberapa ketika mereka dilihat memeluk satu sama lain dan bergelak ketawa. Ini sekali gus membuktikan ikatan perkahwinan mereka masih kukuh dan bahagia.

Foto: Backgrid

Foto: Backgrid
Kanye dan Bianca dilaporkan mendirikan rumah tangga pada Disember 2022, sebulan selepas penyanyi itu sah bercerai dengan Kim Kardashian.
Pasangan itu menikmati bulan madu di sebuah resort mewah, Amangiri selepas beberapa minggu bergelar suami isteri. Resort lima bintang itu terletak di Canyon Point, Utah yang mempunyai 34 kamar dan sebuah vila Mesa dengan empat bilik tidur.
Harga bilik dilaporkan bermula dari RM14,305 hingga RM27,744 untuk satu malam manakala harga vila seluas 5,853 kaki persegi tidak didedahkan kepada umum.
Juga sempena perkahwinannya, bapa kepada empat cahaya mata itu melancarkan lagu Censori Overload, tanda cintanya buat isteri baru.
Foto: In Touch Weekly
Pautan berkaitan: KANYE WEST BANDINGKAN PERCERAIANNYA DENGAN KEMANGKATAN RATU ELIZABETH II
Tags
Artikel Yang Berkaitan
KONTROVERSI GRAMMY, KANYE WEST LESAP KONTRAK
Kanye West telah kehilangan kontrak bernilai $20 juta di Jepun. Pembatalan ini merupakan salah satu penalti kewangan terbesar.
TINJAU RUMAH AGAM MEGA KANYE WEST DI BEVERLY HILLS BERHARGA RM157 JUTA
Memiliki portfolio hartanah yang hebat antara ‘hobi’ kebanyakan selebriti di Hollywood, dan Kanye West tidak terkecuali.
SENARAI BILIONAIR FORBES 2023: KANYE WEST TERCICIR, RIHANNA TERGELINCIR
Forbes telah mengeluarkan senarai bilionair 2023 sekali gus meletakkan noktah pada penantian peminat yang mahu melihat siapakah artis tersenarai tahun ini.
KANYE WEST AKHIRI ZAMAN DUDA DENGAN PEREKA YEEZY
Kanye West mengejutkan peminat apabila dilaporkan telah berkahwin dengan 'klon' Kim Kardashian, Bianca Censori dalam sebuah majlis rahsia.
KANYE WEST KECAM SELEBRITI BERHUBUNG KEMPEN KONTROVERSI BALENCIAGA
Balenciaga mengundang kecaman dunia apabila menampilkan iklan berunsur seksual yang melibatkan seorang kanak-kanak.
KANYE WEST MAHU TERUS MARA DALAM PILIHAN RAYA 2024
Selepas tewas dalam Pilihan Raya Presiden Amerika Syarikat 2020, Kanye West mengumumkan dia akan bertanding dalam pilihan raya seterusnya.