SYED SADDIQ DAN BELLA ASTILLAH BAKAL MELANGSUNGKAN MAJLIS BERTUNANG
Hampir 4 tahun berkenalan, pasangan kesukaan ramai, YB Syed Saddiq dan Bella Astillah bakal bertunang pada 28 Mac 2026.
Selepas ura-ura dan hint yang diberi oleh rakan-rakan terdekat pasangan terhangat Syed Saddiq dan Bella Astillah, mereka kini bakal bertunang pada 28 Mac 2026. Syed Saddiq berjaya melamar Bella Astillah sebagai bakal isterinya di atas Gunung Kinabalu dan diterima. Sebuah posting dilakukan olehnya, melalui Instagram.
“I asked, she said yes 💍
Ini bukan pengakhiran cerita, ini permulaan kita.
Dan hari ini majlis pertunangan kami, doakan.
Bermula dengan kerjasama biasa yang akhirnya meraih lebih RM6 juta untuk rakyat, tanpa sedar turut menyatukan dua hati.
Allah SWT sebaik-baik perancang.
P/s Proposal di atas Gunung Kinabalu masa hujan lebat 😬”
Momen bahagia ini semestinya menjadi satu penantian setelah sekian lama. Pernah memecah rahsia, Bella dikatakan pertama kali bertegur sapa bersama Syed Saddiq 4 tahun yang lalu. Mereka bertemu di sebuah konti radio. Antara momen-momen istimewa pasangan ini yang membuatkan peminat lebih yakin dengan hubungan mereka apabila Bella Astillah menghadirkan diri ke mahkamah atas dasar sokongan buat Syed Saddiq. Kejutan istimewa dari YB Syed Saddiq buat Bella Astillah ketika ulang tahun kelahiran dan pakaian raya sedondon juga mengukuhkan lagi hubungan mereka.

Hubungan pasangan manis ini diterima ramai, lebih-lebih lagi selepas kontroversi Bella bersama bekas suaminya, Alif Aziz. Peminat Bella Astillah dan Syed Saddiq sama-sama mendoakan kebahagian buat pasangan yang bakal menjadi suami isteri ini. Tahniah GLAM Lelaki ucapkan!
Pautan berkaitan: IMBAS SEMULA GAMBAR RAYA 2026 BELLA ASTILA DAN SYED SADDIQ PILIHAN GLAM LELAKI
Internet bergerak pantas, tetapi fesyen bergerak lebih laju. Di GLAM Lelaki, Batrisyia Faisal menterjemah trend kepada cerita. Fesyen, personaliti dan sedikit sentuhan gaya hidup di dalam penulisannya.
Tags
Artikel Yang Berkaitan
5 SEBAB YB SYED SADDIQ SEORANG IKON MASA KINI
YB Syed Saddiq merupakan antara ahli politik dari generasi kini yang sering menjadi perhatian masyarakat di Malaysia. Ketahu lima sebab kukuh mengapa Syed Saddiq seorang ikon masa kini.
THROWBACK GAMBAR PHOTOSHOOT SYED SADDIQ BERSAMA GLAM LELAKI (2018)
Cover Julai 2018 GLAM Lelaki mencipta sejarah tersendiri apabila menampilkan Syed Saddiq sebagai wajah penghias buat kali pertama.
MOMEN MANIS SYED SADDIQ & BELLA ASTILLAH DI MEDIA SOSIAL
Peminat melihat hubungan mereka sebagai sesuatu yang positif kerana kedua-duanya menunjukkan sikap saling menghormati dan memberi inspirasi.
5 PODCAST UNTUK TEMANI PETANG ANDA SEMENTARA MENUNGGU WAKTU BERBUKA
5 podcast tempatan menarik mengenai isu semasa dan juga berita hiburan untuk menemani petang anda sementara menunggu waktu berbuka.
5 PASANGAN ADIK-BERADIK SELEBRITI ANDA MESTI KENALI SEPERTI SYED SADDIQ DAN SYED ABDULLAH
Ada pasangan adik-beradik selebriti yang mungkin mengejutkan anda. Bakat dan rupa yang setanding menjadikan mereka digelar 'Power Siblings'.
KENALI SYED ABDULLAH SYED ABDUL RAHMAN, ABANG YB SYED SADDIQ YANG TAMPAN PERSIS MODEL
Kami di GL tidak boleh menafikan personaliti serta aura tampan abang kepada YB Syed Saddiq itu.











