TAN CHONG MOTOR PERKENALKANX-TRAIL EDISI AERO BAHARU
Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd (ETCM) melancarkan versi premium SUV popularnya, NISSAN X-Trail. X-Trail Aero Edition baharu ditawarkan pada harga RM141,428,96* (2.0L 2WD Edisi Aero) dan RM163,616.06* (2.5L 4WD Edisi Aero), bersama jaminan selama tujuh tahun serta perbatuan tanpa had. Sementara semua aksesori yang dipasang di kilang itu hadir dengan jaminan selama tiga tahun atau perbatuan sejauh 100,000km (mana-mana yang terdahulu).
Pengarah Pemasaran dan Perancangan Produk ETCM, Tan Keng Meng berkata, “X-Trail telah menjadi SUV terlaris No.1 di Malaysia (Tahun 2015- Tahun 2016). Kami percaya X-Trail Edisi Aero baharu ini akan menarik minat mereka yang mahukan sebuah SUV Jepun mewah dan premium.”
Alat ganti aero baharu itu direka khas oleh TOMEI Motor Co., Ltd, satu jenama Jepun yang memang terkenal dengan teknologi dan prestasinya dalam sukan permotoran. Ia merangkumi satu aero bampar hadapan, spoiler sisi bawah dan aero bampar belakang untuk memberikan penampilan lebih garang. Edisi Aero ini juga hadir dengan rim aloi lima jejari bersaiz 17 inci dan tempat duduk kulit Nappa berwarna perang yang memberikan rasa sofistikated kepada ruang dalaman.
Sempena ulang tahun ke-60 Tan Chong, ETCM menawarkan pelanggan dengan tawaran menarik ke atas X-Trail Edisi Aero. Pelanggan boleh berjimat sehingga RM6,000 atau memilih rebat Hari Raya berjumlah RM4,500 bersama promosi RM1.00 untuk Multimedia Navigator bersaiz 8”.
Pemilik NISSAN X-Trail sedia ada yang berminat juga boleh menaik taraf SUV mereka dengan Edisi Aero. Sila hubungi talian 03-4047 8786 atau hantar emel ke tomei@tanchonggroup.com. Maklumat lanjut, sila layari laman web: www.nissan.com.my atau kunjungi mana-mana bilik pameran NISSAN di seluruh negara.
Oleh Wan Mohd Firdaus, 5 Mei 2017
Tags
Artikel Yang Berkaitan
#GLPANDUUJI MERCEDES-BENZ GLC 300 4MATIC
Mercedes-Benz Malaysia melancarkan edisi terbaharu SUV premium GLC 300 4Matic yang akan memberikan peluncuran pemanduan yang kontemporari dan sporty.
5 MOTOSIKAL TERMAHAL DI DUNIA 2023
Apakah motosikal yang termahal di dunia tahun ini? Walaupun ada yang hanya dipamerkan di muzium, semak senarai ini untuk mengetahui motosikal atau superbike yang berjaya menduduki senarai teratas.
TIGUAN ALLSPACE #SUVW BUAT SEMUA
Lebih daripada sekadar reka bentuk juga prestasi, Tiguan Allspace adalah satu kenderaan utiliti sukan termoden lagi tercanggih!
TIGUAN ALLSPACE LIFE
Keluarga #SUVW: TIGUAN ALLSPACE LIFE Baharu Dilancarkan Pada Harga Bermula RM172,990.
Melangkah Ke Masa Depan Elektrik Sepenuhnya
Memperkenalkan XC40 Recharge Pure Electric, Volvo Car Malaysia menyasarkan 75% jualan daripada EV menjelang 2025 lantas menyasarkan untuk menjadi syarikat automatif eletrik sepenuhnya menjelang 2030.
GOLF R-LINE – EVOLUSI KESERONOKAN VOLKSWAGEN TERBAHARU
Volkswagen Passenger Cars Malaysia memperkenalkan evolusi digital generasi terbaharu Golf R-Line yang kini hadir dengan desain yang lebih sporty dan ekspresif.