Skip to content

5 FILEM HEBAT DENGAN PLOT TWIST TIDAK DIJANGKA

TONTON 5 FILEM HEBAT DENGAN PLOT TWIST TIDAK DIJANGKA

Kongsikan artikel ini

Apabila mencari filem mencabar minda untuk ditonton, jangan hadkan pilihan kepada genre biasa seperti fantasi, sains fiksyen atau seram psikologi sahaja.

Luaskan pencarian dan terokai naskah hebat penuh teka-teki yang memberi kejutan serta membuat anda termenung panjang dengan plot twist tidak diduga. Ada banyak filem Hollywood yang mampu mencabar persepsi anda namun yang sering menjadi sebutan penonton adalah The Sixth Sense (1999), American Psycho (2000), Shutter Island (2010), Gone (2014) dan Interstellar (2014).

GL kongsikan lima lagi filem mencabar minda yang anda wajib tonton

 

5. TAR (2022)

Dibintangi oleh: Cate Blanchett, Noémie Merlant, Nina Hoss, Sophie Kauer, Adam Gopnik.

Skor IMDb: 7.5/10

Naskah arahan Todd Field ini berjaya meraih beberapa pengiktirafan di majlis anugerah berprestij. Ini termasuk Pelakon Wanita Terbaik Dalam Filem–Drama di Golden Globe yang dimenangi Cate Blanchett untuk persembahan luar biasanya dalam filem itu. T

AR berkisar tentang Lydia Tar, seorang komposer dan konduktor orkestra terkenal yang mencuri tumpuan ramai disebabkan interaksi bersama pembantunya. Dengan perspektif asal dan penceritaan bernuansa, filem ini mengejutkan penonton dengan keberanian yang ditampilkan. Tidak dapat dinafikan bahawa TAR adalah salah satu filem paling menonjol dalam dekad ini.

 

4. Arrival (2016)

Dibintangi oleh: Amy Adams, Jeremy Renner, Forest Whitaker, Michael Stuhlbarg, Mark O’Brien, Tzi Ma, Abigail Pniowsky, Julia Scarlett Dan.

Skor IMDb: 7.9/10

Pakar fiksyen sains, Denis Villeneuve mencipta nama sebagai pembikin filem tersohor menerusi karya menarik seperti Dune dan Blade Runner 2049. Dia juga terkenal dengan filem mencabar minda seperti Incendies dan Enemy. Arrival menggabungkan dua elemen ini dengan sempurna. Ia menawarkan sains fiksyen hebat dan naratif menguji minda.

Amy Adams menyerlah sebagai profesor linguistik yang diamanahkan dengan tugas sukar untuk berkomunikasi dengan salah satu daripada 12 kapal makhluk asing yang mendarat di Bumi. Seiring perkembangan jalan cerita, apa yang pada awalnya kelihatan seperti memori bertukar menjadi sesuatu yang mengejutkan.

 

3. Donnie Darko (2001)

Dibintangi oleh: Jake Gyllenhaal, Jena Malone, Mary McDonnell, Holmes Osborne, Maggie Gyllenhaal.

Skor IMDb: 8/10

Naskah seram fiksyen kultus ini berkisar tentang seorang remaja bermasalah bernama Donnie (Jake Gyllenhaal). Dia dihantui oleh mimpi mengenai seekor arnab gergasi bernama Frank, dan apabila dia menurut arahan arnab tersebut, peristiwa pelik dan membimbangkan berlaku. Donnie mengesyaki dia terperangkap dalam realiti selari di mana penglihatannya mampu meramal bencana akan datang.

Diarahkan oleh Richard Kelly, filem ini memikat hati penonton dengan naratif menguji fikiran, tema merentasi masa dan pengakhiran yang tidak dapat dilupakan.

 

2. Eternal Sunshine Of The Spotless Mind (2004)

Dibintangi oleh: Jim Carrey, Kate Winslet, Gerry Robert Byrne, Elijah Wood, Thomas Jay Ryan, Mark Ruffalo, Jane Adams, David Cross.

Skor IMDb: 8.3/10

Sains fiksyen dan drama romantis jarang digabungkan, tapi siapa sangka ia mampu menghasilkan filem hebat yang mampu menarik perhatian penonton. Eternal Sunshine Of The Spotless Mind adalah contoh terbaik. Ia menampilkan skrip daripada pemenang Oscar, Charlie Kaufman yang dengan beraninya menyelami pergolakan emosi dan huru-hara jiwa manusia.

Filem ini berkisar tentang pasangan yang memutuskan untuk menjalani prosedur perubatan bagi memadam memori mereka selepas perpisahan. Jim Carrey dan Kate Winslet memberi persembahan yang sangat hebat, dan filem indah lagi rumit ini perlu ditonton beberapa kali untuk benar-benar menyelami kebijaksanaannya.

 

1. The Prestige (2006)

Dibintangi oleh: Hugh Jackman, Christian Bale, Michael Caine, Piper Perabo, Rebecca Hall, Scarlett Johansson, Samantha Mahurin, David Bowie.

Skor IMDb: 8.5/10

The Prestige merupakan salah satu karya terbaik pembikin filem terkenal, Christopher Nolan. Diadaptasi daripada novel Christopher Priest, filem ini mengisahkan tentang dua ahli silap mata pada tahun 1890-an yang terlibat dalam persaingan sengit. Masing-masing berusaha untuk mengatasi satu sama lain dengan muslihat sempurna.

Ego dan penipuan mentakrif watak-watak ini dalam penceritaan penuh berliku, membuatkan penonton sentiasa berteka-teki. Bermula dengan kisah seram, ia berkembang menjadi misteri sains fiksyen yang kompleks. Pengakhiran filem ini dilaksanakan dengan bijak dan memuaskan hati penonton.

 

Pautan berkaitan: FILEM MENARIK WAJIB TONTON DI PAWAGAM PADA OKTOBER 2024

By Siti Syahidah
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

5 FILEM MANTAP LAKONAN HENRY CAVILL

5 FILEM MANTAP LAKONAN HENRY CAVILL

Bacaan Lanjut
5 FILEM TERBAIK CHRISTIAN BALE ANDA MESTI TONTON

5 FILEM TERBAIK CHRISTIAN BALE ANDA MESTI TONTON

Bacaan Lanjut
10 FILEM TERBAIK BARRY KEOGHAN ANDA MESTI TONTON

10 FILEM TERBAIK BARRY KEOGHAN ANDA MESTI TONTON

Bacaan Lanjut
5 FILEM TERBAIK LAKONAN ASHTON KUTCHER ANDA WAJIB TONTON

5 FILEM TERBAIK LAKONAN ASHTON KUTCHER ANDA WAJIB TONTON

Bacaan Lanjut
rancangan baru september 2023

15 RANCANGAN ‘MUST WATCH’ SEPANJANG SEPTEMBER 2023

Bacaan Lanjut
5 FILEM MENCABAR MINDA TERBAIK YANG PERNAH DIHASILKAN HOLLYWOOD

5 FILEM MENCABAR MINDA TERBAIK YANG PERNAH DIHASILKAN HOLLYWOOD

Bacaan Lanjut