SELAMI JIWA KACAU DAN KRONIK ARTHUR FLECK DALAM JOKER
Joker adalah watak antagonis yang unik dan menarik, dari segi personaliti, aura dan karismanya. Joker tidaklah sekuat mana, namun kelebihan ada padanya terletak pada misteri, sikap manipulasi dan kebenciannya yang sukar ditangani, baik dirinya sendiri mahupun orang di sekelilingnya. Walaupun asal usul Joker tidak ketara, malah memiliki banyak versi yang kita dengar, itu yang menyebabkan Joker watak yang menarik untuk diteroka.

Tidak terkecuali untuk versi arahan Todd Philips ini. Yang menariknya, DC bersama-sama pengarah dan penerbit Martin Scorsese telah mencuba sesuatu yang baru di mana watak antoganis diangkat sebagai watak utama. Senang cerita, filem ini tiada ‘hero’ yang bakal menyelamatkan keadaan.
Sedikit sinopsis mengenai filem Joker ini, Joker mengisahkan tentang Arthur Fleck yang dilakonkan oleh Joaquin Phoenix, seorang pesakit neurologi yang menghabiskan usianya menjadi badut jalanan. Namun jauh di sudut hatinya, dia bercita-cita untuk menjadi pelawak pentas yang menceriakan orang disekelilingnya, namun ia tidak datang dengan mudah. Dek kemiskinan, apatah lagi kondisi kesihatan Arthur yang turut mengalami penyakit ‘pathological laughter’ atau tidak boleh mengawal ketawa, menyebabkan dirinya disisih oleh masyarakat termasuk sistem sosial yang tidak adil. Penindasan, ekploitasi dan penipuan dari kisah silamnya menyebabkan Arthur berubah menjadi seorang individu yang memberontak, kesunyian dan gila; yang digelar Joker, sebuah nama yang ‘diagungkan’ sehingga dianggap vigilante yang bakal mengubah nasib penduduk Gotham.

BUKAN FILEM AKSI, NAMUN EMOSI
Jika anda menjangkakan filem ini sebuah filem yang sarat aksi dan debar, anda silap! Yang pasti, hanya 15% sahaja aksi yang dihidangkan dari keseluruhan filem. Despite of that, anda akan dihidangkan dengan sebuah filem penuh emosi dan perasaan, namun tidak semestinya membosankan. Di awalnya, mungkin anda akan merasa sedikit perlahan, namun apabila anda sampai bahagian ketiga filem ini, anda akan merasai keterujaannya. Along the way, beberapa plot twist menarik bakal disajikan, apatah lagi ia melibatkan dengan watak Bruce Wayne aka Batman. Jadi, anda pasti tidak mahu ketinggalan.

LAKONAN KELAS A DARI JOAQUIN
Apa yang membuatkan penulis ternanti-nanti akan tayangan filem ini sudah semestinya penyandang kepada watak utama iaitu Joaquin Pheonix sendiri. This is his film! Kualiti lakonan Joaquin nyata mengujakan apatah lagi dihidangkan dengan garapan serta feel watak Joker tanpa perlu dibayangi oleh penyandang sebelum-sebelum ini seperti mendiang Heath Ledger dan Jack Nicholson. Joaquin membawa karekter ini dengan baik dan sempurna sekali. Belum lagi menyentuh transformasi Joaquin untuk watak ini yang memerlukan dirinya untuk mengurangkan berat badannya sehingga 24kg semata-mata untuk tampil berbeza dengan sebelum ini. Yang pasti, usahanya berbaloi apatah lagi nama Joaquin dijangka layak untuk dicalonkan dalam Anugerah Oscar untuk Pelakon Lelaki Terbaik pada tahun hadapan. Usah bandingkan cara pembawaan karekter Joaquin dengan Heath di mana kedua-duanya menampilkan sisi lain Joker. Kedua-duanya sama hebat! Sorry Jared Leto!

Filem Joker mula ditayangkan di seluruh Malaysia mulai 3 oktober ini dan kami memberikan 9.5 / 10 untuk filem ini.
Tags
Artikel Yang Berkaitan
5 FILEM HEBAT LAKONAN MERYL STREEP
Terokai 5 filem terbaik lakonan legenda Meryl Streep sebelum kemunculannya dalam filem baru The Devil Wears Prada 2.
5 FILEM BIOPIK PENYANYI LELAKI YANG MEMPUNYAI RATING ATAS LAPAN
Ketahui senarai filem biopik berkisar tentang penyanyi lelaki dengan penilaian tinggi melebihi paras rating lapan.
MEW SUPPASIT & MONTBLANC MEISTERSTÜCK: MANIFESTASI JIWA DALAM SETIAP GORESAN
Mew Suppasit sertai Montblanc menterjemah makna seni penulisan. Lihat gaya sofistikated ikon Thailand ini bergaya dengan produk Montblanc.
TACTICAL GROOMING: KEKAL KACAK DI BAWAH BAHANG PALM SPRINGS
Ketahui strategi tactical grooming untuk kekal segar di Palm Springs. Tip penjagaan wajah, rambut, dan wangian untuk lelaki masa kini.
BUKU SEBAGAI AKSESORI: TREND LELAKI BERINTELEKTUAL
Lihat bagaimana selebriti dunia menjadikan naskhah fizikal sebagai pelengkap personaliti yang sangat berkarisma.
THE LEGENDARY ZUL ARIFFIN: 7 FILEM WAJIB TONTON SEPANJANG ZAMAN
Terokai 7 filem terbaik lakonan Zul Ariffin yang wajib tonton. Temui evolusi kerjaya ikon aksi Malaysia ini sekarang.











