VISI BERANI: GELOMBANG BARU FESYEN MALAYSIA.
Gelombang baru fesyen Malaysia sedang dibentuk oleh barisan pereka muda yang tampil dengan visi berani, pendekatan kreatif dan sentuhan inovatif yang mencabar sempadan rekaan konvensional. Mereka bukan sekadar menghasilkan koleksi pakaian malah mereka membina naratif baharu yang lebih segar, relevan dan mewakili suara generasi kini dalam landskap fesyen tempatan.
#1 Huntilanak
Huntilanak, streetwear yang mencetuskan provokasi dengan naratif visual yang kuat dan simbolik. Sering tampil dengan palet monokrom, ilustrasi menakutkan, dan kemasan denim distressed yang mengangkat kisah urban horror ke pentas fesyen. Huntilanak bakal memperagakan koleksi baru di pentas KLFW25 kali ini.
#2 Dikson Mah
Dikson Mah membawa nafas baru ke dalam dunia fesyen dengan pendekatan minimalis dan tailoring yang bersih. Koleksinya sering menggabungkan elemen ‘3D-Printed’ dan berstruktur, menjadikan setiap rekaan versatil untuk gaya moden. Karya awal Dikson Mah ‘Dauntless’ menarik minat penggemar fashion untuk mencuba sesuatu yang extra dalam penampilan mereka.
#3 SVG Worldwide (Ashraf Anuar)
SVG Worldwide mencipta sejarah dengan menganjurkan pertunjukan fesyen jalanan bebas terbesar di Malaysia bertempat di The Yard, Sentul Depot. Satu langkah berani yang membentuk semula cara fesyen tempatan dipersembahkan. Diasaskan oleh Muhammad Ashraf Khairul Anuar, atau Ashraf Anuar. Jenama ini bermula dengan hanya RM50 dan kini berkembang menjadi kuasa besar streetwear bernilai lebih RM5 juta. Dengan identiti visual yang tajam dan naratif yang berani, SVG terus menginspirasi generasi baharu pereka untuk berfikir lebih besar, lebih lantang, dan lebih Malaysia.
#5 Dickson Lim
Dengan sorotan dari nama-nama besar seperti Vogue, Hypebeast, dan Highsnobiety, Dickson Lim terus mengukir nama di pentas global. Tahun 2023 menjadi detik bersejarah apabila mereka dinobat sebagai pereka kelahiran Malaysia pertama yang menggayakan selebriti di acara berprestij, Anugerah Oscars.
Dilahirkan di Kuching, Sarawak, Dickson Lim mencipta sejarah sebagai pereka fesyen termuda yang mempersembahkan koleksi sulung di Kuala Lumpur Fashion Week pada usia hanya 19 tahun. Kini, beliau terus melakar kejayaan baharu dengan mengetuai pentas peragaan terbesar negara di Mercedes-Benz Fashion Week, sekaligus mengukuhkan kedudukannya sebagai nama muda yang berani dan berpengaruh dalam landskap fesyen serantau.
#6 Akmal Hakim Ajirul
Akmal Hakim Ajirul bukan sekadar mengikuti arus tetapi merupakan ‘trendsetter’ dalam industri fesyen tempatan. Dengan cetakan berani, potongan kemas dan vibe yang sentiasa segar, pereka muda dari KL ini semakin menjadi kegemaran stylist dan selebriti tempatan (termasuk Aina Abdul yang pernah menggayakan rekaannya!). Bermula di KLFW edisi digital pada tahun 2020, Akmal kini menjadi wajah tetap di pentas KL Fashion Week dan akan kembali untuk KLFW 2025. Beliau juga salah seorang pereka termuda yang pernah ke pentas Mercedes-Benz Fashion Show. Setiap koleksi tampil dengan gaya Ready-to-Wear yang berani dan segar, menjadikannya antara nama yang wajib diberi perhatian dalam landskap fesyen lokal sekarang.
#6 Raja Irfan
Raja Irfan, nama yang sering didengari dalam arena fesyen tempatan. Pernah muncul sebagai pemenang KLFW Designer Search. Rja Irfan kini kembali ke pentas Kuala Lumpur Fashion Week 2025 dengan koleksi penuh mencerminkan identiti kreatifnya. Dikenali dengan siluet berstruktur, ‘archival’ dan ‘clean conceptual’, rekaan Raja Irfan menampilkan keseimbangan antara avant-garde dan cita rasa generasi muda. Setiap helaian seperti artefak moden yang boleh digayakan, tetapi sarat dengan struktur dan nilai seni. Tahun ini, beliau bersedia untuk mendefinisikan semula arah fesyen moden Malaysia.
#7 OUTDWELL (Oscar Lee)
Menampilkan rekaan berasaskan denim serta perincian buatan tangan, jenama ini meraikan keaslian dan ekspresi diri. OUTDWELL muncul sebagai suara baharu dalam fesyen tempatan yang menggabungkan semangat hip hop dengan sentuhan buatan tangan. Dikenali dengan penggunaan denim dan gabungan fabrik unik, setiap rekaan mengangkat ekspresi diri dan keaslian.
Artikel Berkaitan: KLFW 2025 BAKAL HADIR PADA BULAN OGOS INI!
Tags
Artikel Yang Berkaitan
KENALI GL WHO KETIKA ACARA GLAM LELAKI RESET
GLAM Lelaki membawa semula segmen untuk anda kenali GL Who yang menjadi pilihan kami ketika acara GLAM Lelaki Reset yang lalu.
ASHRAF ANUAR: VISI DAN GAYA DALAM DUNIA FESYEN SVG
SVG bukan sekadar jenama, ia adalah revolusi gaya yang SVG bukan sekadar jenama, ia adalah revolusi gaya yang diterajui oleh Ashraf Anuar.
ADAM AZMAN, MODEL GENERASI BAHARU BERCITA-CITA TINGGI
Adam Azman, nama baharu yang mula melibatkan diri dalam dunia peragaan tempatan. GLAM Lelaki bertanya beberapa soalan tentangnya.
PENAMPILAN DICKSON LIM DI PENTAS MBFWKL 2024.
Mempersembahkan pereka fesyen tanah air, Dickson Lim mempamerkan koleksi busana lelaki Musim Luruh/Panas 2025 di MBFWKL 2024.