Skip to content

VOLVO EC40 VARIAN “SINGLE MOTOR” DENGAN HARGA LEBIH BERPATUTAN

Kongsikan artikel ini

Volvo Car Malaysia kini membuka tempahan untuk varian Volvo EC40 Single Motor. SUV crossover elektrik pertama Volvo yang ditawarkan hanya sebagai model BEV. Dengan harga jualan disyorkan RM248,888, ia hadir lebih rendah RM40,000 berbanding versi twin motor. Varian ini dilengkapi motor elektrik magnet kekal generasi kedua di gandar belakang. Justeru menghasilkan 238 hp dengan pecutan 0-100 km/j dalam 7.3 saat.

PRESTASI DAN JARAK PEMANDUAN

EC40 Single Motor hadir dengan bateri voltan tinggi 70 kWh yang mampu memberikan jarak pemanduan sehingga 488 km (WLTP), menjadikannya pilihan ideal untuk pemanduan harian mahupun perjalanan jauh tanpa perlu kerap berhenti mengecas. Teknologi pengecasan pantas DC turut ditawarkan, membolehkan bateri dicas daripada 10% hingga 80% dalam hanya 26 minit. Satu kelebihan besar untuk pengguna bandar yang sentiasa sibuk. Dari segi penampilan, Volvo menambah tarikan visual dengan memperkenalkan warna baharu Sand Dune. Tona metalik hangat yang berkilau di bawah cahaya matahari. Diinspirasikan landskap bukit pasir di pesisir barat Sweden. Pilihan warna ini melengkapi palet sedia ada iaitu Aurora Silver, Onyx Black dan Crystal White, memberi lebih banyak kebebasan kepada pelanggan untuk menyesuaikan gaya kenderaan dengan personaliti mereka.

KABIN MESRA ALAM DAN REKA BENTUK MODEN

Bahagian kabin menampilkan pendekatan lebih mesra alam dengan kemasan bebas kulit menggunakan Charcoal Connect suede textile dan Charcoal Microtech. EC40 turut menerima sistem antaramuka baharu dengan paparan 9 inci Google built-in dan skrin pemandu 12.3 inci untuk pengalaman pengguna lebih ringkas dan intuitif.

KESELAMATAN DAN PROMOSI PELANCARAN

Seperti model Volvo lain, EC40 dilengkapi pakej keselamatan penuh Safe Space Technology yang merangkumi bantuan pemandu terkini dan struktur badan diperkukuh. Bagi pelanggan yang membuat tempahan, Volvo Car Malaysia menawarkan promosi terhad termasuk insurans tahun pertama percuma bernilai RM5,600 dan baucar pengecas wallbox bernilai RM5,000.

Artikel Berkaitan: VOLVO PADEL OPEN 2025: SUKAN PREMIUM, KOMUNITI AKTIF & GAYA TAK TERTANDING

Penulis bermata pereka, mengubah trend dan momen harian menjadi cerita bergaya;— dan juga mungkin menyerlahkan pesona.

Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

ANAABU, MINIMALIS TAPI BERKARAKTER

Bacaan Lanjut

ANYAMAN TRADISI DAN KEMODENAN DALAM BOHO MENGKUANG NAZIFI NASRI

Bacaan Lanjut
LOUIS VUITTON TAMBOUR CONVERGENCE MIRROR STEEL, DIALOG HALUS MASA LALU DAN MASA KINI

LOUIS VUITTON TAMBOUR CONVERGENCE MIRROR STEEL, DIALOG HALUS MASA LALU DAN MASA KINI

Bacaan Lanjut
ZEVE SAMBUT ULANG TAHUN KE-11 MENERUSI THE STYLE MANIFESTO, KOLEKSI FALL/WINTER 2026

ZEVE SAMBUT ULANG TAHUN KE-11 MENERUSI THE STYLE MANIFESTO, KOLEKSI FALL/WINTER 2026

Bacaan Lanjut
SEVENTEEN POP-UP BAKAL TEMUI CARATs DI KUALA LUMPUR NOVEMBER INI!

SEVENTEEN POP-UP BAKAL TEMUI CARATs DI KUALA LUMPUR NOVEMBER INI!

Bacaan Lanjut
DAI FUAD, AKMAL ASYRAF DAN CHECH HARITH DARI KUDRAT 1968, WAJAH BAHARU YANG WAJAR DIBERI PERHATIAN

DAI FUAD, AKMAL ASYRAF DAN CHECH HARITH DARI KUDRAT 1968, WAJAH BAHARU YANG WAJAR DIBERI PERHATIAN

Bacaan Lanjut