Skip to content

WARISAN KULINARI MALAYSIA DI CITARASA NIPAH EQ

Kongsikan artikel ini

Bersempena Ramadan tahun ini, EQ kembali melalui sajian bufet Citarasa Nipah yang akan membariskan seleksi menu warisan kulinari serta hidangan klasik tradisi Malaysia.

Kehadiran Ramadan tahun ini amat dinanti-nantikan, terutamanya dengan pilihan berbuka puasa yang boleh dinikmati di sekitar kota. Kali ini, EQ kembali kembali melalui sajian bufet Citarasa Nipah yang akan membariskan seleksi menu warisan kulinari serta hidangan klasik tradisi Malaysia.

Bermula 3 April sehingga 1 Meu 2022, pengunjung akan dapat menikmati pelbagai juadah berbuka puasa yang menggunakan resipi warisan yang diseliakan oleh Chef de Cuisine EQ, Cef Ali. Antara yang menjadi kegemaran ramai termasuklah Rendang Daging Lebaran, Siakap Tiga Rasa Nusantara dan juga Serawa Durian Selera Timur.

Siakap Tiga Rasa

Dengan seleksi menu yang menyeluruh, Citarasa Nipah pasti menjadi pilihan yang ideal untuk berbuka puasa bersama keluarga, sahabat terdekat dan rakan sepejabat serta korporat. Selain Kerabu Limau Bali, Udang dan Kacang, pengunjung juga boleh mencuba bahagian makanan laut yang segar seperti tiram, kupang, udang harimau, kekapis dan banyak lagi.

Signature EQ Satay

Tidak sempurna juadah berbuka di EQ tanpa mencuba Signature EQ Satay dan Kambing Golek yang menjadi tarikan utama. Menu utama turut merangkumi pilihan juadah yang menyelerakan seperti Ayam Goreng Mamu, Gulai Daging Masak Lemak Cili Padi, Udang Gulai Nyonya dan Assam Pedas. Juga Kambing Masak Beriani yang popular yang disediakan oleh Cef Ali, bersama Nasi Beriani dan Dal Sayuran.

Bingka Ubi dan Puding Diraja

Citarasa Nipah akan bermula pada 3 April 2022 di restoran Nipah bermula dengan harga RM208+ untuk dewasa dan RM68+ untuk kanak-kanak berusia 6 hingga 12 tahun. Baucar permulaan boleh didapati pada harga RM168+ untuk dewasa untuk tempoh 3 hingga 7 April dan 29 April hingga 1 Mei 2022. Tempahan shingga 2 April 2022.

Hamper Kasih Cempaka RM888+

Anda juga boleh menempah set untuk dibawa pulang ke rumah yang berharga RM338+. Hamper Premium Nipah Collection juga boleh didiapati yang menampilkan sampul Raya edisi terhad daripada EQ bermula dengan harga RM288+. Semua tempahan boleh dilalukan melalui aplikasi TableApp.

Foto: EQ

Baca lebih lanjut: BAZAAR MALAM DI W KUALA LUMPUR

By Muzammin Muzlan
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

ATAS DI THE RUMA HOTEL AND RESIDENCE

ATAS DI THE RUMA HOTEL AND RESIDENCE PERKENAL MENU BARU

Bacaan Lanjut

THE RUMA HOTEL AND RESIDENCES MEMPERKENALKAN SAJIAN BAHARU EROPAH UNTUK ATAS

Bacaan Lanjut
M Resort Hotel KL

RAIKAN HARI BAPA DI M RESORT & HOTEL KUALA LUMPUR

Bacaan Lanjut

7 LOKASI BERBUKA PUASA TERBAIK RAMADAN INI

Bacaan Lanjut
percutian new Zealand

10 DESTINASI PERCUTIAN MESRA-MUSLIM DAN HALAL DI NEW ZEALAND

Bacaan Lanjut
sahur

5 MAKANAN ANDA PERLU ELAK KETIKA SAHUR SEPANJANG RAMADAN

Bacaan Lanjut