Skip to content

THE WEEKEND X H&M SPRING ICON

Kongsikan artikel ini

The Weeknd kian mendominasi bukan saja dalam carta-carta lagu popular serta di pentas anugerah, tetapi juga dalam dunia fesyen. Baru-baru ini, The Weeknd dilamar menjadi ‘Spring Icon’ untuk jenama pakaian antarabangsa H&M. Berkata mengenai kempen eksklusif terbarunya ini, The Weeknd menjelaskan, ‘Konsep seorang ikon mungkin tampak klise dan saya tidak sukakan klise’.

Jelas sekali, bintang berusia 27 tahun ini merujuk kepada koleksi Spring Ikon H&M yang menampilkan kepelbagaian variasi pakaian lelaki dari bomber jacket, sweatshirts, suede shirt jacket dan banyak lagi. Jelas The Weeknd lagi, koleksi pakaian H&M kali ini ternyata membuatnya selesa kerana amat penting untuk kita memiliki pakaian yang benar buat kita selesa memakainya. Malah, konsep H&M kali bertepatan dengan stail peribadi The Weeknd iaitu ‘timeless with a relaxed edge’.

Malah, kempen ini menekankan visi gaya ikonik Abel, yang mengabungkan butiran gabungan tailored dan silhouettes streetwear. Koleksi ini boleh didapati di semua rangkaian kedai H&M serta di atas talian, bermula 2 Mac. Saksikan video eksklusif kempen The Weeknd X Spring Icon H&M di pautan di bawah.

Oleh Wan Mohd Firdaus, 6 Mac 2017

Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

ANAABU, MINIMALIS TAPI BERKARAKTER

Bacaan Lanjut
NEW PERSON, SAME OLD MISTAKES: CEMUHAN KONSERT THE WEEKND DAN POLA KECAMAN EKSTREM KEPADA ARTIS ANTARABANGSA

NEW PERSON, SAME OLD MISTAKES: KONTROVERSI KONSERT THE WEEKND DAN FENOMENA KECAMAN MELAMPAU TERHADAP ARTIS ANTARABANGSA

Bacaan Lanjut
the weeknd KL

PERSONALITI YANG HADIR KE KONSERT AFTER HOURS TIL DAWN KL!

Bacaan Lanjut

SENTUHAN COUTURE, GAYA HARIAN: ELIE SAAB X H&M

Bacaan Lanjut
BAYU SOMERSET merdeka 118

DESTINASI BAHARU BAYU SOMERSET, KINI DI MERDEKA 118

Bacaan Lanjut

KLCC GETS A NEW WAVE! OMBAK KLCC TARIK PERHATIAN

Bacaan Lanjut