NEW PERSON, SAME OLD MISTAKES: KONTROVERSI KONSERT THE WEEKND DAN FENOMENA KECAMAN MELAMPAU TERHADAP ARTIS ANTARABANGSA
Kritikan yang tercetus susulan konsert The Weeknd baru-baru ini seakan-akan memperlihatkan kemunduran landskap hiburan Malaysia. Khususnya dalam meraikan kepelbagaian ekspresi seni dan muzik.
Pada 4 dan 5 November lalu, The Weeknd ataupun nama sebenarnya Abel Tesfaye membina sejarah di TM Stadium Nasional Bukit Jalil. Dalam dua malam penuh meriah, rakyat Malaysia bersatu meraikan muzik dengan peragaan seni bertaraf antarabangsa. Lebih mengujakan lagi, konsert yang diadakan itu juga menandakan kali pertama penyanyi Kanada itu berlabuh di Malaysia. Ia juga menjadi titik akhir bagi siri jelajah dunianya, After Hours Til Dawn. Kini, konsert tersebut menjadi topik bualan ramai – namun bukan dalam perspektif yang dijangkakan.
Pola kecaman ekstrem terhadap artis hiburan antarabangsa
Meskipun dengan cemuhan yang cukup dahsyat, The Weeknd bukanlah artis antarabangsa pertama yang mendapat kecaman oleh rakyat Malaysia. Berdasarkan pemerhatian, sering terdapat satu corak yang muncul selepas tamatnya konsert artis bertaraf global. Lihat sahaja The Pussycat Dolls pada tahun 2006, yang mencetuskan kontroversi apabila persembahan mereka dikatakan ‘terlalu seksi’ sehingga disekat pihak berkuasa dan didenda sebanyak RM10,000. Konsert Coldplay pada tahun 2023 pula memanifestasi perbincangan mengenai sokongan kepada komuniti LGBTQ lantaran penggunaan warna pelangi. Kini, The Weeknd menjadi topik bualan utama di media sosial selepas konsertnya didakwa mempunyai unsur pemujaan.
Pegangan agama bukanlah sesuatu yang boleh dipandang ringan. Namun, pegangan agama dan keterbukaan dalam berseni dapat wujud bersama. Untuk memahami seni yang dipersembahkan, penting untuk meneliti maksud tersirat disebaliknya. Persembahan konsert The Weeknd baru-baru ini bukanlah sesuatu yang lebih daripada sajian seni, dimana visualnya diinspirasikan oleh tiga album terakhirnya: After Hours, Dawn FM, dan Hurry Up Tomorrow. Ia menampilkan naratif yang meneroka tema kemasyhuran, identiti, kefanaan, teknologi, kemerosotan, dan kelahiran semula.
Dakwaan ritual dan makna sebenar disebalik persembahan
Antara isu yang dibangkitkan oleh para netizen adalah arca bersalut emas setinggi 40 kaki yang bernama Sorayama. Artis disebaliknya ialah Hajime Sorayama yang mencipta estetika robot krom pada tahun 1978. Pihak kreatif The Weeknd menyatakan bahawa android gergasi itu mewakili versi diri yang diidealkan, sempurna tanpa cela, dan hampir bersifat ketuhanan – melambangkan kemasyhuran, ego, dan budaya memuja selebriti pada zaman moden. Dalam dunia naratif siri jelajah ini, patung gergasi itu melambangkan sebuah tamadun masa depan yang terlalu mengagungkan teknologi.
Isu kedua yang dibangkitkan adalah visual intro yang memaparkan dirinya seolah-olah terperangkap, sehingga mencetuskan perbandingan dengan figura apokaliptik akhir zaman. Lebih mengundang kontroversi apabila visual tersebut ditafsirkan dengan ciri rambut kerinting, sebuah stereotaip yang mempunyai konotasi perkauman terhadap individu berkulit hitam. Secara kontranya, album terakhirnya, Hurry Up Tomorrow, membentangkan cabarannya dalam menarungi penagihan dadah serta perjalanannya dalam mencari Tuhan.
Bukan sahaja penyanyi, malah kumpulan penari konsert tersebut juga berdepan dengan kritikan ekstrem atas alasan agama. Point ini berbangkit susulan beberapa elemen dalam persembahan tersebut yang didakwa menimbulkan persoalan dari sudut akidah serta menyentuh sensitiviti agama.
Regresi dunia hiburan Malaysia?
Dengan seni tersirat serta persembahan prestasi global dan berbelanjawan tinggi, Malaysia sepatutnya mengambil inspirasi daripada produksi yang dianjurkan. Tiba masa untuk masyarakat Malaysia membuka minda daripada hanya menerima bentuk hiburan ala kadar. Yang hanya mahukan viral semata-mata. Skala konsert baru-baru ini membukti bahawa negara kita juga mampu menganjurkan produksi hiburan bertaraf antarabangsa. Malah, negara jiran seperti Singapura dan lebih-lebih lagi, Indonesia menzahirkan rasa bangga apabila berpeluang menjadi tuan rumah bagi siri jelajah konsert Kanye West, atau lebih dikenali sebagai YE, pada Oktober lalu.
Sebagai duta Goodwill, ‘Dana Kemanusiaan XO’ (milik Abel “The Weeknd” Tesfaye) telah menyumbang sebanyak RM26.35 juta bagi menyediakan makanan serta sokongan kepada yang memerlukan. RM18.24 juta daripada hasil sumbangan itu juga telah disalurkan bagi respons kemanusiaan WFP di Gaza. Jadi persoalannya, mengapa kita perlu mencipta masalah daripada ketiadaan?
Artikel berkaitan: PERSONALITI YANG HADIR KE KONSERT AFTER HOURS TIL DAWN KL!
Mengintegrasikan fesyen dan advokasi, one article at a time.
Tags
Artikel Yang Berkaitan
PERSONALITI YANG HADIR KE KONSERT AFTER HOURS TIL DAWN KL!
Lihatkan sorotan personaliti yang turut hadir ke konsert After Hours Til Dawn KL sebagai starboy dan stargirl!
5 PELAKON & PENYANYI KANADA TERKAYA DI HOLLYWOOD
Walaupun kebanyakan selebriti terkenal Hollywood berasal dari Amerika Syarikat, anda pasti tahu Kanada merupakan pengeksport terbesar penghibur berbakat besar.
10 RANCANGAN ‘MUST WATCH’ SEPANJANG JUN 2023
Dari filem “Extraction 2” lakonan Chris Hemsworth kepada siri hangat terbaharu “The Idol” lakonan The Weeknd dan Lily-Rose Depp, laman penstriman utama membariskan 10 rancangan ‘must watch’ sepanjang Jun 2023.
THE WEEKND DINOBAT ARTIS TERSOHOR DI DUNIA DENGAN DUA REKOD GUINNESS BAHARU
Guinness World Records memaklumkan bahawa populariti The Weeknd tidak dapat ditandingi oleh mana-mana artis lain.
“JANTUNG SAYA BAGAI TERHENTI” – PUNCA THE WEEKND BATAL KONSERT SECARA TIBA-TIBA
Konsert The Weeknd yang diadakan di Stadium SoFi, Los Angeles berjalan lancar sebelum berakhir dengan kekecewaan dalam sekelip mata.
KISAH PERCINTAAN THE WEEKND & ANGELINA JOLIE DIDEDAHKAN MENERUSI LAGU
Selepas tular spekulasi perhubungannya bersama Angelina Jolie, The Weeknd ‘mencurah minyak ke dalam api’ dengan berkongsi petunjuk.











