THE WEEKND DINOBAT ARTIS TERSOHOR DI DUNIA DENGAN DUA REKOD GUINNESS BAHARU
The Weeknd atau nama sebenarnya Abel Makkonen Tesfaye melakar sejarah peribadi apabila diiktiraf sebagai artis paling popular di dunia oleh Guinness World Records. Popularitinya dilaporkan tidak dapat ditandingi oleh mana-mana artis lain.
Penyanyi kelahiran Kanada itu berjaya mencipta dua rekod baru. Sehingga 20 Mac dia memperoleh sebanyak 111.4 juta pendengar bulanan, rekod paling tinggi di Spotify. Dia juga menjadi artis pertama mencapai 100 juta pendengar bulanan dalam platform penstriman muzik digital popular itu.

Foto: Getty Images
Organisasi itu turut mendedahkan bahawa pesaing terdekat The Weeknd adalah Miley Cyrus dengan 82.4 juta pendengar bulanan. Ia diikuti oleh penyanyi terkenal Shakira (81.6 juta), Ariana Grande (80.6 juta), Taylor Swift (80.2 juta) dan Rihanna (78.5 juta). Pesaing lelaki terdekat adalah Ed Sheeran dengan 77.5 juta pendengar bulanan.
Tags
Artikel Yang Berkaitan
10 RANCANGAN ‘MUST WATCH’ SEPANJANG JUN 2023
Dari filem “Extraction 2” lakonan Chris Hemsworth kepada siri hangat terbaharu “The Idol” lakonan The Weeknd dan Lily-Rose Depp, laman penstriman utama membariskan 10 rancangan ‘must watch’ sepanjang Jun 2023.
JIMIN PINTAS KEJAYAAN JUNGKOOK DALAM GUINESS WORLD RECORD
Hanya '16 hari' diperlukan Jimin untuk memadam rekod dunia yang dilakar oleh Jungkook dua bulan lalu.
WAJAH ERNIE ZAKRI TERPAMPANG DI PAPAN DIGITAL IKONIK TIMES SQUARE NEW YORK
Ernie Zakri mengikut jejak langkah beberapa penyanyi tempatan dengan muncul di billboard gergasi di Times Square New York.
LISA UNGGULI GUINNESS WORLD RECORD KATEGORI K-POP DENGAN PENCAPAIAN KETUJUH
Lisa atau nama sebenarnya Lalisa Manobal mencipta dua lagi Guinness World Record, menjadikan jumlah keseluruhan rekod dunia yang dimilikinya sebanyak tujuh.
KENALI SIMI KHADRA, TEMAN WANITA BARU THE WEEKND BERKETURUNAN PALESTIN
Aktor dan penyanyi, The Weeknd dilaporkan menyulam cinta dengan seorang wanita Palestin dari Arab Saudi selepas dua tahun memegang status solo.
SET ME FREE PT. 2 NYANYIAN JIMIN LAKAR SEJARAH DI SPOTIFY
Ahli kumpulan BTS, Jimin baru-baru ini melancarkan lagu Set Me Free Pt. 2 daripada album solonya, Face yang bakal menemui peminat tidak lama lagi.