Skip to content

5 PELAKON & PENYANYI KANADA TERKAYA DI HOLLYWOOD

5 PELAKON & PENYANYI KANADA TERKAYA DI HOLLYWOOD

Kongsikan artikel ini

Walaupun kebanyakan selebriti terkenal Hollywood berasal dari Amerika Syarikat, anda pasti tahu Kanada merupakan pengeksport terbesar penghibur berbakat besar.

Antara penyanyi Kanada popular adalah Avril Lavigne, Shawn Mendes dan The Weeknd, manakala pelakon pula seperti Ryan Gosling, Seth Rogen dan Ryan Reynolds. Mereka kini merupakan antara selebriti paling disegani di persada antarabangsa.

Ini barisan selebriti Kanada yang mempunyai nilai kekayaan tertinggi

5. Justin Bieber

Nilai Kekayaan: RM1.4 Bilion

Foto: Getty Images

Justin mencipta populariti global seiring pelancaran lagu pertamanya, Baby pada 2010. Penyanyi asal Stratford, Ontario ini tidak menoleh ke belakang dan terus mencatat rekod dengan penghasilan muzik segar sehingga kini.

 

4. The Weeknd

Nilai Kekayaan: RM1.4 Bilion

5 PELAKON & PENYANYI KANADA TERKAYA DI HOLLYWOOD

Foto: Getty Images

Dilahirkan di Scarborough Ontario, pemilik nama Abel Tesfaye ini meraih kemasyhuran dengan bantuan artis senegaranya, Drake. Bermula sebagai bintang YouTube, dia kini menjadi salah seorang penyanyi yang lagunya mengungguli carta popular di Amerika Syarikat dan Kanada.

 

3. Ryan Reynolds

Nilai Kekayaan: RM1.7 Bilion

5 PELAKON & PENYANYI KANADA TERKAYA DI HOLLYWOOD

Foto: Getty Images

Bintang asal Vancouver, British Columbia ini menceburi industri hiburan menerusi teater dan program televisyen sebelum meraih populariti dengan filem hebat seperti The Proposal. Filem Deadpool lakonannya meraih kutipan sebanyak RM3.7 bilion. Dia bakal muncul dengan filem Deadpool & Wolverine pada 26 Julai ini.

 

2. Shania Twain

Nilai Kekayaan: RM1.9 Bilion

5 PELAKON & PENYANYI KANADA TERKAYA DI HOLLYWOOD

Foto: Getty Images

Pemilik nama Eilleen Regina ini berjaya menjual 100 juta rekod di seluruh dunia. Ini menjadikannya salah seorang pemuzik terlaris sepanjang zaman dan penyanyi wanita terlaris dalam sejarah muzik rakyat. Berasal dari Windsor, Ontario, kejayaan Shania amat luar biasa sehingga dia diberi beberapa gelaran termasuk ‘Queen of Country Pop’.

 

1. Celine Dion

Nilai Kekayaan: RM3.8 Bilion

Foto: Getty Images

Menjuarai senarai ini adalah penyanyi tersohor, Celine Dion. Dia memulakan kerjayanya ketika zaman remaja pada tahun 80-an dengan melancarkan album berbahasa Perancis. Pada 90-an, Celine melancarkan album studio keempat berjudul Falling into You dan menjadi terkenal di seluruh dunia. Sejak itu anak kelahiran Charlemagne, Quobec ini berjaya mencipta nama sebagai salah seorang penyanyi wanita paling berjaya dalam sejarah.

 

Foto: GQ/The New York Times

Pautan berkaitan: 8 BINTANG HOLLYWOOD INI SEBENARNYA BERASAL DARI KANADA

By Siti Syahidah
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

7 PASANGAN SELEBRITI POPULAR DENGAN JURANG USIA KETARA

7 PASANGAN SELEBRITI POPULAR DENGAN JURANG USIA KETARA

Bacaan Lanjut
JUSTIN BIEBER TERAJUI GALA PRAPERKAHWINAN PEWARIS INDIVIDU TERKAYA ASIA

JUSTIN BIEBER TERAJUI GALA PRAPERKAHWINAN PEWARIS INDIVIDU TERKAYA ASIA

Bacaan Lanjut
ISTERI HAMIL 6 BULAN, JUSTIN BIEBER BAKAL BERGELAR BAPA

ISTERI HAMIL 6 BULAN, JUSTIN BIEBER BAKAL JADI BAPA

Bacaan Lanjut
FOTO JUSTIN BIEBER MENANGIS BUAT PEMINAT GUNDAH

FOTO JUSTIN BIEBER MENANGIS BUAT PEMINAT GUNDAH

Bacaan Lanjut
ARTIS HOLLYWOOD YANG MENGUASAI LEBIH DARIPADA LIMA BAHASA ASING

ARTIS HOLLYWOOD YANG MENGUASAI LEBIH DARIPADA LIMA BAHASA ASING

Bacaan Lanjut
DIKHABAR BAKAL SERTAI DEADPOOL 3, INI KARAKTER YANG BAKAL DIGALAS TAYLOR SWIFT

DIKHABAR BAKAL SERTAI DEADPOOL 3, INI KARAKTER YANG BAKAL DIGALAS TAYLOR SWIFT

Bacaan Lanjut