Skip to content

PERSEMBAHAN ALIF SATAR DI GEREJA MENGUNDANG KRITIKAN

PERSEMBAHAN ALIF SATAR DI GEREJA MENGUNDANG KRITIKAN

Kongsikan artikel ini

Alif Satar dan kumpulan The Locos menghiburkan peminat di London dengan persembahan penuh bertenaga baru-baru ini.

Konsert ini merupakan sebahagian daripada jelajah United Kingdom yang ditaja sepenuhnya oleh GB Gold. Bagaimanapun ia mencetus kecaman netizen kerana berlangsung di dalam gereja St John’s Hyde Park.

Terdapat netizen yang meluahkan rasa kecewa kerana penyanyi itu memilih lokasi persembahan yang dianggap sensitif untuk umat Islam. “Lepas dah puas layan program solat Subuh macam Jumaat di masjid, dia layan program goyang macam disko di gereja pula,” tulisnya.

Bagaimanapun beberapa peminat tampil mempertahankan tindakan Alif Satar & The Locos. Malah penyanyi itu sendiri sempat meninggalkan komen, “Tak apalah bro, kau tak tahu,” tulis Alif.

alif satar

Foto: Ohbulan

Rakan Alif Satar Dedah Kebenaran

Mungkin ramai tidak tahu bahawa gereja yang menjadi lokasi persembahan Alif Satar & The Locos juga merupakan pusat komuniti untuk pelbagai acara.

Itulah penjelasan rakan Alif, Zaidan Zainuddin dalam satu perkongsian panjang lebar di media sosial dalam usahanya untuk menjernihkan keadaan.

“Orang kita cepat melatah. Isu Alif buat konsert di gereja. Kamu tahu tak gereja yang penganjur sewa ini adalah pusat komuniti atau ruang acara yang memang untuk disewakan?

“Masa aku pergi tinjau sebelum hari konsert, ada ramai kanak-kanak di tengah-tengah ruang ni. Mereka sedang ada sesi taska. Rasa macam pelik juga, ini gereja atau dewan?” tulisnya.

Foto: Vocket

Tambah Zaidan, penyanyi itu tidak akan sewenenangnya memilih lokasi konsert Alif Satar & The Locos: Live in London tanpa membuat pertimbangan serius.

“Mula-mula sampai ada rasa terkejut. Tapi bila tahu tempat ini memang ruang acara dan tak ada lambang salib pun, aku jadi faham. Macam aku cakap sebelum ini, Alif tak bodoh sangat buat keputusan bab memilih lokasi persembahan dia,” tulisnya.

Alif turut mengular siar perkongsian itu di Instagram miliknya dan mengucapkan terima kasih kepada rakannya kerana meleraikan salah faham yang tercetus di kalangan netizen.

 

Foto: X

Pautan berkaitan: AMIR MASDI TERUJA TERAJUI KONSERT SEARCH GEMURUH