Skip to content

RM BTS UMUM PELANCARAN ALBUM SOLO RIGHT PLACE, WRONG PERSON

RM BTS UMUM PELANCARAN ALBUM SOLO RIGHT PLACE, WRONG PERSON

Kongsikan artikel ini

Walapun sedang menjalani perkhidmatan tentera, ini tidak menghalang anggota BTS termasuk RM untuk menghasilkan muzik baru.

Hybe dan Big Hit Music baru-baru ini memaklumkan bahawa RM bakal tampil dengan album solo kedua berjudul Right Place, Wrong Place. Bakal dilancarkan pada 24 Mei 2024, ia mengandungi 11 lagu menarik yang akan menjadi halwa telinga buat peminat.

Foto teaser dan karya seni albumnya telah pun dikongsi di akaun Instagram rasmi BTS. Bagaimanapun sehingga kini senarai lagunya masih belum diumumkan.

BTS RM

Kerjaya Solo RM Terus Mekar

RM melancarkan album solo pertamanya, Indigo pada Disember 2020. Album itu berada di kedudukan 10 teratas dalam carta seluruh dunia ketika ia baru dilancarkan. Ia menduduki tangga ke-13 dalam Billboard 200 di Amerika Syarikat, namun itu hanya permulaan.

Indigo kemudiannya melompat ke dalam senarai 10 teratas dalam Billboard 200 selepas pelancaran album fizikal. Setelah ia sampai di tangan peminat, album itu terus melakar kejayaan dan melompat ke tangga ketiga. Ini sekali gus menjadikannya salah satu album solo pemuzik Korea Selatan paling berjaya di Amerika Syarikat.

Sebelum tampil dengan album solo, RM pernah mengeluarkan mixtape sendiri. Dia melancarkan kerjaya solo pada 2015 dengan projek berjudul RM. Penyanyi berusia 30 tahun ini kemudiannya muncul dengan Mono pada 2018 dan memasuki carta Billboard 200 buat kali pertama. Menduduki tangga ke-26, ia merupakan satu kejayaan besar dan bersejarah buat kerjaya solonya ketika itu.

Foto: Reuters

 

Foto: Instagram

Pautan berkaitan: EMINEM ‘BUNUH’ ALTER EGO SLIM SHADY DALAM ALBUM TERBARU

By Siti Syahidah
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

KOLABORASI UNIK PHARRELL WILLIAMS & BTS

KOLABORASI UNIK PHARRELL WILLIAMS & BTS

Bacaan Lanjut

BERSANTAI SEPERTI BTS: ESTET ‘IN THE SOOP’ KINI DI AIRBNB

Bacaan Lanjut
BTS Batal Persembahan Di Amerika Syarikat Kerana Omicron

TIGA AHLI KUMPULAN BTS DIJANGKITI COVID-19

Bacaan Lanjut