Skip to content

WIN METAWIN MEMERIAHKAN PEMBUKAAN FLAGSHIP STORE TERBESAR PUMA DI MALAYSIA

WIN METAWIN MEMERIAHKAN PEMBUKAAN FLAGSHIP STORE TERBESAR PUMA DI MALAYSIA

Kongsikan artikel ini

Acara pembukaan flagship store PUMA yang terbesar di Asia Tenggara dihadiri oleh selebriti Thailand, Win Metawin. 

Selebriti terkenal dari Thailand, Win Metawin mengejutkan peminatnya dengan kehadirannya di majlis pembukaan flagship store PUMA di Sunway Pyramid Mall. Flagship store PUMA ini merupakan yang terbesar di Asia Tenggara. Selain dari Metawin, dia juga ditemani rakan selebritinya yang juga dari Thailand, Tun Totawan. Selebriti tanah air seperti Meerqeen dan Priscilla Abby turut memeriahkan acara tersebut. Terletak di pusat beli-belah Sunway Pyramid, mereka sempat beramah mesra dengan peminat, memberikan tanda tangan di ruang fitting room, serta menjalani sesi lawatan ke stor tersebut. 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Sunway Pyramid (@sunway_pyramid)

Acara yang dinanti-nantikan ini sangat mengujakan dengan persembahan bintang, aktiviti eksklusif, dan pelbagai kejutan menarik. Kehadiran Win Metawin dan Tu Tontawan akan menambah seri acara ini, memikat peminat dengan daya tarik dan karisma mereka. Bergabung dengan mereka adalah duta jenama PUMA Malaysia sendiri, Meerqeen dan Priscilla Abby, bersama dengan ramai lagi Rakan-Rakan PUMA dan selebriti, memastikan suasana yang penuh dengan kegembiraan. 

Majlis pembukaan rasmi flagship store ini mengundang para pengunjung untuk memasuki dunia PUMA, di mana mereka boleh meneroka koleksi ikonik jenama ini, termasuk kolaborasi Select dan Sportstyle. Selain itu, peralatan terkini untuk latihan, larian, bola sepak, bola keranjang, golf, dan banyak lagi. Pengunjung juga berpeluang mendapatkan edisi eksklusif dan koleksi istimewa yang hanya boleh didapati di kedai utama ini. PUMA juga menegaskan komitmennya untuk menyediakan pengalaman yang unik dan diperibadikan untuk pelanggan.

PUMA

Impak Win Metawin Dalam Dunia Fesyen 


Baru sahaja beberapa bulan yang lalu, Win Metawin menghadiri beberapa majlis pembukaan jenama di Malaysia. Win bukan sahaja hebat dalam bidang lakonan malah sedang meningkat naik dalam industri fesyen. Aktor dari Thailand yang merupakan duta kepada jenama seperti Prada, Tiffany & Co dan PUMA ini mula menerima populariti pada tahun 2020 dengan drama pertamanya, 2gether: The Series. Win kemudian semakin dikenali dalam dunia fesyen selepas dilantik sebagai duta Prada pada tahun 2023.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Win Metawin O. (@winmetawin)

Win juga pernah melancarkan jenama fesyennya sendiri, “VELENCE,” yang berkomitmen untuk mendermakan sebahagian daripada hasil jualannya kepada rumah anak yatim. Pada Disember 2020, jenama tersebut telah mendermakan 100,000 baht masing-masing kepada Yayasan Baan Phra Phon, Institut Kebangsaan Kanak-Kanak Queen Sirikit (Hospital Kanak-Kanak), Rumah Anak Yatim Persatuan Palang Merah Thai, Persatuan Palang Merah Thai, dan Rumah Kanak-Kanak Mahamek.

Pautan Berkaitan: 10 SELEBRITI LELAKI ASIA YANG MENJADI DUTA JENAMA MEWAH 

Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

MEERQEEN DILANTIK SEBAGAI WAJAH BAHARU YSL BEAUTY LE VESTIAIRE DES PARFUMS

MEERQEEN DILANTIK SEBAGAI WAJAH BAHARU YSL BEAUTY LE VESTIAIRE DES PARFUMS

Bacaan Lanjut

TOTAL GROOMING CHECK: SELEBRITI LELAKI PALING FIT 2025

Bacaan Lanjut
IMBAS 8 LELAKI YANG MENGHIASI COVER GLAM LELAKI 2025

IMBAS 8 LELAKI YANG MENGHIASI COVER GLAM LELAKI 2025

Bacaan Lanjut
TONTON FILEM-FILEM INI DI BULAN NOVEMBER DAN DISEMBER 2025

TONTON FILEM-FILEM INI DI BULAN NOVEMBER DAN DISEMBER 2025

Bacaan Lanjut

6 PERSONALITI DENGAN KERJAYA DAN GAYA HIDUP YANG ‘CEMERLANG’

Bacaan Lanjut
KLEPET BAWAKAN BARISAN PELAKON LELAKI HEBAT DALAM SATU FILEM

KLEPET BAWAKAN BARISAN PELAKON LELAKI HEBAT DALAM SATU FILEM

Bacaan Lanjut