3 PESONA JAM TANGAN HITAM HARUS DIMILIKI
Persona hitam di pergelangan tangan jejaka pasti tampak elegan dan menyerlahkan sisi aura lelaki idaman. Dengan memiliki antara 3 utas ini, anda sudah di hadapan dalam memenangi hatinya. Pilih satu atau miliki kesemuanya.
SISI GELAP SANG BULAN
Model ini mempunyai dial seramik hitam zirkonium oksida dengan 18k emas putih stail ‘moonwatch’ ada dua subdial, dikuasakan Omega Co-Axial calibre 9300. Case berdiameter 44.25 seramik yang digilap. Case belakang seramik di atas kristal nilam dengan terukir ‘Dark Side of the Moon’ dilengkapi dengan tali jam daripada kain nilon.
SERAMIK HITAM YANG TEGUH
Kronoliner Breitling sudah bersedia untuk berlepas. Menampilkan bezel seramik berteknologi tinggi dengan case
keluli hitam dan dial yang hampir sama dengan tali. Jam ini dilegkapi pergerakan Breitling Caliber 24 telah disahkan COSC berfrekuensi tinggi (28,800 getaran per jam), ia kalis air hingga 100m. 46mm diameter cukup besar untuk menampakkan dial gelap yang menawan, serta talinya pula daripada getah Aero klasik.
3. AVANTGARDE CHRONOGRAPH 3133 RED C01-4R
Red Army Watches, Gurney Plaza menjadi saksi kerana buat pertama kalinya Alexander Shorokov menjejakkkan kaki ke pulau itu. Sepanjang tiga hari lawatan, pelanggan berpeluang bertemu Shorokhov serta dapat melihat koleksi Red Essence terbarunya. “Saya cukup teruja koleksi ini diterima baik di Malaysia. Sememangnya niat saya mencipta jam tangan bersandarkan elemen penceritaan di sebalik rekaan itu,” kata Shorokhov.
Oleh Sufian Sapari, diolah oleh Wan Mohd Firdaus, 9 Mac 2017
Tags
Artikel Yang Berkaitan
PESONA BAHARU: TUDOR ROYAL BIRU MENGGODA PANDANGAN
TUDOR Royal Biru tampil dengan pesona baharu yang memikat menggabungkan keanggunan klasik dan sentuhan moden untuk gaya maskulin.
5 JAM TANGAN OMEGA PALING ‘POWER’ TAHUN 2025!
Temui 5 jam tangan OMEGA paling ‘power’ untuk tahun 2025, yang pasti menarik perhatian para peminat jam mewah di Malaysia.
7 SELEBRITI YANG MEMILIKI JAM TANGAN MEWAH PATEK PHILIPPE NAUTILUS
Patek Philippe Nautilus merupakan jam tangan paling rumit yang pernah dicipta oleh Patek Philippe dan hanya yang bertuah dapat memakainya.
JAM TANGAN CHOPARD TERBARU: KOLEKSI EKSKLUSIF DI WATCHES & WONDERS 2025
Chopard memperkenalkan koleksi jam tangan terbarunya di Watches & Wonders 2025, menampilkan rekaan mewah dan ketukangan tinggi.
ZIZAN RAZAK, WAJAH PERTAMA G-SHOCK MALAYSIA
Zizan Razak telah menyertai G-Shock setelah diumumkan sebagai duta pertama G-Shock Malaysia pada tahun ini.
8 CHECKLIST RAYA 2025 UNTUK LELAKI
Sambutan Hari Raya tidak lengkap tanpa persiapan rapi, termasuk dari segi fesyen, penampilan, dan keperluan asas seorang lelaki.