KIOSK JAM TANGAN & BARANG KEMAS CALVIN KLEIN TERBESAR KINI DI KLCC
Jenama unggul Calvin Klein baru-baru ini merasmikan kiosk terbesar di dunia menampilkan gabungan jam tangan dan barang kemas kini boleh didapati di tingkat tiga Suria KLCC. Calvin Klein watches + jewelry adalah hasil kolaborasi jenama ikonik ini dengan satu lagi jenama terkenal, Swatch Group untuk menghasilkan koleksi serta rekaan yang berwajah baru dan moden.
Acara pembukaan itu juga telah dirasmikan oleh Jose de Cardoso, presiden Swatch Group Malaysia & Singapura, dan juga Pascal Scherer, pengurus pemasaranthe regional sales manager of Calvin Klein watches + jewelry.

Dari kiri: Kenny Lim, pengurus jenama ZCalvin Klein watches + jewelry , Jose de Cardoso, presiden Swatch Group Malaysia & Singapore, dan Pascal Scherer, pengurus pemasaran kawasan Calvin Klein jam tangan & barang kemas
Turut memeriahkan acara istimewa tersebut adalah pengacara majlis Reem Shahwa serta beberapa aktres wanita Siti Saleha dan Nadia Brian serta beberapa lagi KOL yang turut dijemput untuk menyaksikan pembukaan rasmi kiosk tersebut. Selain itu, acara istimewa tersebut juga dihadiri barisan selebriti dan personaliti popular tanah air lelaki, seperti Andre Amir, Ryzal Jaafar dan ramai lagi. Yang pastinya, barisan jam tangan yang dipamerkan khususnya buat kaum lelaki ternyata menarik perhatian dan mampu menyerlahkan aura sang lelaki dalam bergaya.

Pengacara majlis Reem Shahwa

Ryzal Jaafar

Andre Amir

Siti Saleha
https://www.instagram.com/p/BbykQ-ahzkH/?taken-by=glamlelaki
Oleh Wan Mohd Firdaus, 1 Disember 2017
Tags
Artikel Yang Berkaitan
HENRY CAVILL WAJAH BAHARU LONGINES ELEGANCE
Aktor Henry Cavill membias gabungan kemewahan dan keaslian yang mencerminkan sepenuhnya kepercayaan Longines bahawa Elegance adalah Attitude.
JUSTIN BIEBER KEMBALI & NONE OF US ARE IMMUNE!
Siapa sangka obsesi kegilaan pada penyanyi asal Canada ini, Justin Bieber masih tersisa di tahun 2025 and none of us are immune! Antara peranannya sebagai seorang bapa, penyanyi bertaraf antarabangsa dan pelbagai isu berkaitan kesihatan mental dan emosi, jangan lupa dia pernah menjadi salah satu simbol seks terbesar di dunia. Well, he’s here to remind…
5 KOLEKSI JAM TANGAN MEWAH BAMBAM GOT7 BUAT ANDA TERGAMAM
Sebagai seorang penggemar fesyen dalam industri muzik, koleksi jam tangan mewah BamBam mempunyai keunikkan tersendiri.
5 JENAMA SINGLET LELAKI ‘ON TREND’ YANG WAJIB DIMILIKI SEKARANG!
Pakaian singlet tahun ini hadir dengan gaya unik! Mempunyai tekstur menarik, dan warna playful—pilihan sempurna untuk tampil fun dan trendy.
BRIGHT TAMPIL MENGGODA BINTANGI KEMPEN CALVIN KLEIN
Bright tampil menggoda dalam koleksi terkini Calvin Klein musim luruh 2024. Memakai pelbagai helaian denim sebagai inspirasi gaya lelaki masa kini.
KEMPEN TERBAHARU OMEGA SPEEDMASTER 38MM
Jenama jam tangan mewah OMEGA memperkenalkan kempen media sosial terbaru untuk produk mereka, Speedmaster 38mm.