DETIK BERGAYA LONGINES MENYAMBUT MUSIM PERAYAAN DENGAN SENTUHAN ABADI
Ketika musim perayaan menghampiri, Longines mempersembahkan koleksi jam tangan yang diraikan dengan keanggunannya yang abadi. Setiap rekaan mencerminkan dedikasi jenama Switzerland ini terhadap ketepatan, kemewahan halus, dan gaya yang sentiasa relevan. Menyempurnakan lagi detik istimewa yang ingin diabadikan sepanjang tahun.
MINI DOLCEVITA
Terinspirasi daripada rekaan asal tahun 1927, Longines Mini DolceVita meneruskan legasi bentuk segi empat yang ikonik. Padanan keluli tahan karat dan emas kuning 18 karat menambah sentuhan mewah, manakala dial perak bertekstur dengan angka Rom biru serta jarum keluli biru menjadikan setiap detik kelihatan penuh pesona. Ia sempurna untuk wanita yang menghargai kesederhanaan dan gaya abadi.
PRIMALUNA
Untuk musim perayaan kali ini, Longines PrimaLuna kembali dengan rekaan yang meraikan keindahan feminin. Dihiasi dengan kemasan emas ros 18 karat dan tali kulit burgundy, jam ini membawa simbol bulan penuh yang romantik. Rekaan kali ini mencerminkan keseimbangan antara ketepatan teknikal dan keindahan puitis. Dikuasakan oleh kaliber automatik dengan komplikasi fasa bulan, ia menjadi pilihan ideal bagi wanita yang percaya pada keindahan setiap kitaran kehidupan.

CONQUEST HERITAGE
Bagi mereka yang meraikan musim ini dengan semangat aktif, Longines Conquest hadir sebagai jam tangan serba guna yang menggabungkan gaya sporty dan elegan. Dengan pilihan dial perak, hijau, atau biru berkilau dan teknologi tahan air sehingga 100 meter. Conquest sesuai untuk mereka yang mahu tampil bergaya dari pagi hingga malam, dari aktiviti luar hingga ke majlis istimewa.

Koleksi Conquest Heritage memberi penghormatan kepada sejarah Longines yang bermula sejak tahun 1954. Dihasilkan dengan ketelitian moden tetapi mengekalkan elemen reka bentuk klasik, model ini menampilkan dial hijau sunray dengan indeks emas ros dan medallion ikonik Longines pada bahagian belakang. Ia adalah jam tangan yang membawa kisah antara tradisi dan inovasi.
THE LONGINES MASTER COLLECTION
Bagi penggemar horologi sejati, The Longines Master Collection menyerlahkan kemahiran teknikal tertinggi jenama ini. Dengan komplikasi kronograf, paparan bulan dan tarikh, serta kemasan tali kulit coklat, ia adalah lambang keseimbangan sempurna antara warisan dan kemodenan. Setiap butiran mencerminkan dedikasi Longines terhadap seni pembuatan jam yang tiada tandingan.
Musim perayaan bukan sekadar tentang hadiah, ia tentang menghargai masa dan kenangan yang dicipta. Dengan Longines, setiap detik menjadi lebih bermakna; satu simbol ketepatan, kehalusan, dan gaya yang tidak akan pudar walau waktu terus berlalu.
Artikel Berkaitan: OMEGA KEMBALI MEWARNAI LANTAI “LUXURY” DI KLCC
Penulis bermata pereka, mengubah trend dan momen harian menjadi cerita bergaya;— dan juga mungkin menyerlahkan pesona.
Tags
Artikel Yang Berkaitan
LEBIH DARIPADA PELAKON: ARENA WAN & KEBERANIAN MEMILIH DIRI SENDIRI
Nama muda yang cukup dikenali, Arena Wan ialah pelakon generasi baharu yang bakal melakar dunia lakonan tempatan.
5 RUTIN CARLOS SAINZ SEMPURNA BUAT LELAKI GENERASI KINI
Lihat bagaimana Carlos Sainz mengekalkan prestasi melalui latihan intensif, diet seimbang dan rutin grooming yang konsisten.
TOTAL GROOMING CHECK: SET PENJAGAAN RAMBUT & BADAN PILIHAN EDITORIAL
GLAM Lelaki memilih tiga rangkaian penjagaan rambut dan badan daripada OUAI, Shiseido Professional dan Grown Alchemist.
6 LOKASI UNTUK ANDA SAMBUT NEW YEAR’S EVE 2026!
New Year's Eve di Kuala Lumpur menampilkan lokasi-lokasi yang istimewa untuk anda sambut bersama keluarga atau rakan terdekat.
GL25: 25 MOMEN ISTIMEWA BERSAMA GLAM LELAKI SEPANJANG TAHUN 2025
GLAM Lelaki imbas semula momen istimewa bersama selebriti, GL Team serta jenama-jenama sepanjang tahun 2025 di GL25.
THE ORDINARY KINI DI IOI CITY MALL, PUTRAJAYA
The Ordinary memperluaskan jejak di Malaysia dengan butik terbaharu di IOI City Mall, menampilkan pengalaman retail minimal.











