EKSPRESI JIWA KOMPETITIF CLAUDE BERNARD
Sekiranya aktiviti lasak atau aksi bersukan sudah menjadi perkara biasa dalam kalendar mingguan anda, apatah lagi yang melibatkan sukan air kompetitif, jenama jam tangan Swiss, Claude Bernard menampilkan model-model signature Claude Bernard Aquarider yang direka khas untuk melengkapi gaya hidup aktif anda.

Berukuran diameter 44mm, jam tangan Claude Bernard Aquarider ini dimuatkan caseback yang padat dan kukuh. Bezel hitam di bahagian luar yang mengelilingi permukaan jam pula menawarkan jarak penglihatan optimum tika ligat bersukan. Dailnya pula diperbuat daripada keluli tahan karat dan jam ini juga kalis air sehingga 220 meter. Namun, biarpun Claude Bernard Aquarider adalah jam tangan kronograf bercirikan sporty dan rugged yang menjadi teman ideal untuk aktiviti sukan air kompetitif seperti jet ski, rekaannya yang klasik dan ringkas membenarkan transisi gaya antara yang kasual dan yang formal dengan mudah.

Claude Bernard Aquarider kronograf ini datang dalam tiga pilihan warna yakni hitam enamel, perak putih dan biru akuamarin. Hitam mencerminkan misteri personaliti seorang lelaki manakala perak putih dan akuamarin menggambarkan pesona laut yang tenang. Klasik namun kontemporari, jam tangan kronograf Claude Bernard ialah satu aksesori lambang lelaki yang bercitarasa tinggi.

Oleh Wan Mohd Firdaus, 1 Ogos 2017
Tags
Artikel Yang Berkaitan
DESTINASI BAHARU BAYU SOMERSET, KINI DI MERDEKA 118
Bayu Somerset kini dibuka di 118 Mall, Merdeka 118 sejak 1 November 2026. Terokai destinasi gaya hidup baharu di Kuala Lumpur.
KLCC GETS A NEW WAVE! OMBAK KLCC TARIK PERHATIAN
Ombak KLCC hadir sebagai destinasi gaya hidup di Kuala Lumpur, menggabungkan seni bina unik, seni, budaya dan pengalaman membeli-belah moden.
G-SHOCK GMC-2500 DAN GAC-2500 MEMBAWA FUNGSI G-SHOCK KEDALAM REKA BENTUK ANALOG
Casio mengumumkan tambahan terbaharu kepada barisan jam tangan tahan lasak, G-SHOCK, dengan GMC-2500 dan GAC-2500.
KOLABORASI PERIBADI RADO DAN TAN JIANCI
Rado memperkenalkan jam tangan Edisi Terhad terbaharu yang dihasilkan melalui kerjasama dengan Duta Jenama Global, Tan Jianci.
SUDAH DIBUKA! 118 MALL MENJADI TARIKAN BAHARU KUALA LUMPUR
118 Mall kini dibuka di Menara Merdeka 118, menawarkan pengalaman membeli-belah, gaya hidup dan seni bina moden di Kuala Lumpur.
AUDEMARS PIGUET ‘THE WATCH KEEPERS’: TERPAKAI DAN DIIKTIRAF
Audemars Piguet memperkenalkan 'The Watch Keepers', perkhidmatan baharu bagi jam tangan Audemars Piguet terpakai yang disahkan.










