Skip to content

ZENITH X USM

ERA 60-AN KEMBALI MELALUI KOLABORASI ZENITH X USM

Kongsikan artikel ini

Dua jenama unggul dari Switzerland, ZENITH dan USM Modular Furniture, hadir dengan kolaborasi istimewa. Menggabungkan dunia horologi dan seni reka bentuk modular. Berinspirasiakan daripada era 1960-an, saat lahirnya sistem modular USM Haller pada 1965 serta revolusi kronograf El Primero oleh ZENITH pada 1969. Koleksi eksklusif ini membayangkan “seandainya” kedua-dua pencapaian itu bersatu pada zamannya. Hasilnya ialah DEFY Chronograph USM, jam tangan yang menggabungkan presisi Swiss dan estetika fungsional yang abadi.

Reka bentuk jam ini berpaksikan DNA asal DEFY tahun 1969. Dengan bentuk oktagon, bezel 14 sisi, serta karakter geometri yang berani, selari dengan identiti struktur USM Haller. Dihasilkan dalam empat warna ikonik USM (Hijau, Jingga Asli, Kuning Emas, dan Biru Gentian). Setiap variasi hanya dihadkan kepada 60 unit sahaja. Menjadikan ia kapsul koleksi yang eksklusif untuk pengumpul serta penggemar seni reka bentuk. Butiran halus seperti penanda waktu berbentuk segi empat, jarum kronograf dengan sentuhan bola sendi USM, serta tali gelang “ladder” menambah naratif reka bentuk yang kaya dengan sejarah dan inovasi.

ZENITH X USM

Di sebalik wajah jam, terletak kaliber El Primero 400. Enjin legenda yang masih menjadi penanda aras kronograf automatik frekuensi tinggi lebih 55 tahun lalu.  Mesin ini dapat dilihat melalui penutup belakang safir lutsinar, menampilkan rotor dengan motif bintang ZENITH yang diolah bersama logo USM. Simbol harmoni antara ketepatan horologi dan kejelasan seni bina. Ia bukan sekadar jam, tetapi karya “warisan terbayang” yang menyatukan dua ikon Swiss dalam satu bahasa reka bentuk yang kekal relevan.

Lebih daripada sebuah kolaborasi, DEFY Chronograph USM adalah kenyataan tentang nilai ketukangan abadi, fungsi yang  jauh ke hadapan. Ia diraikan bukan hanya untuk pencinta jam mewah, tetapi juga buat arkitek, pereka, dan penggemar seni yang menghargai pertemuan antara inovasi dan estetika tanpa sempadan.

Artikel Berkaitan: BELL & ROSS X RAFALE: KOLABORASI BERPRESTIJ

Penulis bermata pereka, mengubah trend dan momen harian menjadi cerita bergaya;— dan juga mungkin menyerlahkan pesona.

Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

ikmal amry

PILIHAN STYLISH IKMAL AMRY MERAIKAN SYAWAL

Bacaan Lanjut

THE DRAMA KING: AMIR AHNAF

Bacaan Lanjut
TARUNG: UNFORGIVEN BAWAKAN BARISAN PELAKON HEBAT

TARUNG: UNFORGIVEN BAWAKAN BARISAN PELAKON HEBAT

Bacaan Lanjut
THE BODY SHOP RAI ULANG TAHUN GLOBAL KE-50 DENGAN SUMBANGAN

THE BODY SHOP RAI ULANG TAHUN GLOBAL KE-50 DENGAN SUMBANGAN

Bacaan Lanjut
danial haziq content creator

DANIAL HAZIQ, KONSISTENSI DAN KREATIVITI SEBAGAI CONTENT CREATOR

Bacaan Lanjut

5 TABIAT GROOMING YANG BUAT PENAMPILAN ANDA NAMPAK LEBIH MAHAL

Bacaan Lanjut