Skip to content

INDIVIDUALITI ATLETIK ORIENT STAR DIVER

Kongsikan artikel ini

Memperkenalkan model selaman terbaru, khusus buat mereka yang gemarkan aktiviti lasak namun masih ingin mengekalkan gaya dan identiti tersendiri kala menjalani sebarang rutin luar serta di dalam air. Dengan selaman atmosfera, serta kalis air sehingga 200m dari Orient Star Sports Collection, Epson baru-baru ini memperkenalkan jam tangan selaman yang merangkumi empat model dengan reka bentuk dengan case yang sama.  

Ciri-ciri istimewa yang ditawarkan:

  1. Jam selaman yang tulen IOS serta kalis air sehingga 200 meter.
  2. Rekaan indeks dan berbentuk kapsul tangan, menghasilkan kegemilangan binaan yang ringkas namun bergaya apabila terletak di pergelangan tangan sang jejaka memberikan injeksi keselesaan menawan dalam stail.
  3. Menawarkan rekaan garis minimalis serta paduan dalam pesawat yang menarik, apatah lagi case dan bezel dilihat saling melengkapi dalam kantur yang berterusan, sementara kesnya mempunyai jumlah pesawat yang minimal, sekaligus mencipta tanggapan yang ringkas namun bergaya. Kelancaran di pergelangan pasti terserlah tanpa kerisauan kala bergerak dan aktif di luar.
  4. Penanda waktu terletak gah di atas tetingkap dail yang luas dengan latar berkontra memudahkan bacaan yang lancar bila-bila masa, di mana sahaja.
  5. Indeksnya pula diisi dengan volum corak yang meningkatkan pencahayaan bagi memudahkan sesiapa untuk membaca waktu, tidak kira sama ada siang, mahupun ketika menyelam pada waktu malam. Pasti tiada masalah!
  6. Sambungan paut mudah laras memudahkan kesesuaian saiz tali ketika dipakai terutama sekali ketika ingin memakai sut yang lembap untuk aktiviti melibatkan air.
  7. Penunjuk rizab kuasa iaitu ikon jam tangan Orient terletak pada kedudukan jam 12.

Jam tangan mengagumkan ini bernilai dari RM3,300 hingga RM3,950. Orient Star Timepieces boleh didapati di kedai-kedai runcit Solar Time, Orient Boutique dan semua peruncit jam tangan di seluruh negara.

2 of 4

2 of 4