IRIZ 2019, KERETA IDEAL UNTUK INDIVIDU CERIA
Ada yang gemar memandu kereta sporty yang mampu mengambil sudut dengan lancar, ada yang lebih gemar memandu kenderaan dengan jarak yang jauh tanpa menggunakan minyak yang banyak dan ada juga di antara mereka yang yang gemar memandu kenderaan seakan akan berada di udara. Sama seperti kita, kenderaan yang kita pandu mempunyai personaliti dan peribadi yang berbeza juga. Jika anda berjiwa muda dan ingin menikmati pemanduan pada hujung minggu, maka Iriz 2019 adalah kenderaan yang sesuai dengan jiwa anda.
Comel dan Kompak
Anda seorang yang gemar keluar ke pesta atau parti, tetapi pesta atau parti tersebut berada di kawasan yang penuh dengan kenderaan, sempit dan sukar untuk dilalui. Seperti mereka yang selalu berkunjung ke Bangsar dan Bukit Bintang sering mengalami masalah seperti ini dan faham kesukaran yang dialami. Terlalu banyak kenderaan yang dipakir di setiap sudut jalan raya, jadi anda lebih memerlukan sebuah kenderaan seperti Iriz 2019 kerana ia akan memudahkan anda untuk memandu di laluan yang sempit dan mungkin dapat memakir kenderaan anda di sudut kecil dengan mudah dan selesa.
Reka Bentuk yang Menonjol
Selain mencari kenderaan yang pratikal, dalam masa yang sama anda juga mahu kenderaan yang mampu memenuhi semangat dan jiwa muda anda. Bayangkan anda memandu kenderaan di seluruh bandar jadi kenapa tidak bertukar kepada kenderaan yang memenuhi cita rasa? Iriz 2019 adalah kenderaan mempunyai reka bentuk anggun dan menonjolkan keseronokan dengan sifat yang menarik.
Warisan Perlumbaan
Anda percaya pada jenama sesuatu produk itu memainkan peranan yang besar dalam mengukur kualiti sesuatu produk yang dikeluarkan, jadi anda mahukan bukti yang kukuh tidak kira dalam trek atau peringkat perlumbaan rali. Anda akan menghargai Iriz 2019 kerana kenderaan ini menyediakan kawalan seimbang. Walaupun dalam keadaan pemanduan yang laju, ia masih stabil dan selamat. Enjin kenderaan ini telah menempuhi cabaran perlumbaan 1,000km dan telah membuktikan bahawa kenderaan ini boleh dipercayai dan selamat untuk dipandu.

Dilengkapi Untuk Menarik Perhatian
Kerana anda sering memandu di atas jalan raya, anda mesti memerlukan kenderaan yang memberi kemudahan untuk memandu walaupun perkara yang kecil tapi mampu memberi impak kepada cara pemanduan anda seperti lampu hadapan automatik, suis stereng dan kemasukan tanpa kunci, serta ia penting untuk sistem infotainment kenderaan yang menawarkan lebih daripada mendengar lagu. Iriz 2019 dilengkapi dengan sistem infotainment dengan sambungan internet dan lebih mengagumkan adalah, anda hanya perlu menyebut “HI PROTON” untuk menghidupkan voice command system yang membenarkan navigasi jalan malah dapat memainkan bukan sahaja beratus malah beribu lagu tanpa henti. Ini membuatkan pemanduan Iriz 2019 lebih seronok.
Nilai Untuk Wang
Sebanyak mana anda suka akan keseronokan, anda juga seorang yang bijak mengaturkan kehidupan dan oleh kerana itu, anda faham akan kepentingan membeli kenderaan yang mampu milik dengan pendapatan anda. Iriz 2019 bermula pada harga RM36,900 yang sesuai dengan anggaran harga untuk mereka yang pertama kali membeli kenderaan. Anda hanya perlu membayar sejumlah wang dan mampu memiliki kenderaan yang dikuasai oleh 1.6 liters enjin dengan bayaran bulanan sebanyak RM600 selama 9 tahun.
Seperti yang telah dinyatakan, tidak banyak kenderaan yang memenuhi kesemua kehendak dan keterujaan dan praktikal. Tetapi Iriz 2019 ini melengkapi kesemua kehendak dan keinginan anda. Ia mempunyai sejumlah 367 perubahan daripada keluaran kenderaan yang sebelumnya, dan jika keseronokan, praktikal, persembahan dan reka bentuk menjadi faktor utama dalam pemilihan kenderaan, maka Iriz 2019 ini adalah pilihan terbaik anda. Kenderaan ini telah dianugerahkan sebagai Best Compact Hatch oleh CarSifu’s Editors’ Choice Award 2019, ia juga telah membuktikan komitmen PROTON dalam menghasilkan kenderaan berkualiti tinggi.
Fakta menarik: Iriz dan Persona berkongsi banyak bahan biasa seperti casis dan kompenen mekanikal, di mana yang membezakan mereka adalah bentuk badan sahaja.
Tags
Artikel Yang Berkaitan
RICK OWENS: BEGINIKAH RUPA FESYEN MASA HADAPAN?
Untuk 2026, dunia Rick Owens tampil lebih ekstrem menerusi koleksi Spring/Summer 2026 “Temple” dan Fall/Winter 2026 “Tower” dengan elemen masa hadapan.
7 PROMOSI SEMPENA MERDEKA 2026 UNTUK MERAIKAN SEMANGAT PARTIOTIK
Raikan Merdeka 2026 dengan 7 promosi dan acara menarik yang sedang berlangsung di seluruh Malaysia, daripada tawaran makanan dan pengalaman budaya hingga aktiviti bersama keluarga dan rakan.
GAYA MEWAH ZEEKR 7X BLACK NOVA
Zeekr 7X, model SUV elektrik kegilaan ramai, kini hadir dalam monokromatik hitam serba elegan, Zeekr 7X Black Nova.
5 FILEM YANG MEMBUKTIKAN BAKAT LAKONAN DAIYAN TRISHA
Biarpun sudah lama mengikuti atau baru mahu mengenali Daiyan Trisha, lihatkan lima sorotan filem terbaik yang menjadi bukti bakat lakonannya.
MEN’S FASHION WEEK SS27: BARISAN DUTA GLOBAL & BINTANG KPOP YANG DIJANGKA MENGGEGARKAN ‘FRONT ROW’
Jelajahi jangkaan barisan duta global dan bintang K-Pop di pentas Menswear RTW SS27. Ikuti perkembangan trend terkini bersama GLAM LELAKI.
BOGGI MILANO MERAIKAN KEHANGATAN PIALA DUNIA 2026 BERSAMA KOLEKSI EKSKLUSIF
Boggi Milano melancarkan Koleksi Kapsul Piala Dunia 2026 di TRX. Terokai gaya sukan mewah lelaki urban moden di sini.











