5 Minit Bersama Model & Alpha Men 2019 – Malek McCrone
MALEK MCCRONE MERUPAKAN MODEL TEMPATAN YANG PALING IN DEMAND TIKA INI. BERKECIMPUNG DALAM LAPANGAN FESYEN SECARA TIDAK SENGAJA, FIGURA FESYEN INI PERNAH BERKALI-KALI TAMPIL DALAM EDITORIAL FESYEN DAN COVER BOY GLAM LELAKI. WAJARLAH MODEL-MODEL BARU MERUJUK MALEK YANG DILABEL PERAGAWAN LOKAL PALING SUKSES SETAKAT INI.
LATAR BELAKANG?
Berketinggian 183 cm, berdarah campuran Kanada dan Melayu. Ayah saya berasal dari Toronto dan ibu pula dari pekan Selandar, Melaka. Lahir di Ampang kemudian pernah menetap di Kanada untuk seketika waktu. Sekarang menetap di Malaysia dan kadangkala berulang-alik ke Jakarta, Indonesia untuk memenuhi kerja modeling di sana (bersama agensi Wynn).
PENCAPAIAN TERBAIK 2019?
Merangkul Anugerah Stail EH! 2019 untuk kategori Model of the Year. Saya benar-benar tidak mengharapkannya kerana kategori itu bercampur lelaki dan perempuan. Saya sangat terkejut bila nama diumumkan kerana kita maklum dunia peragawan rata-ratanya diungguli wanita.
RAHSIA KEKAL RELEVAN DALAM INDUSTRI YANG AMAT KOMPETITIF?
Untuk kekal relevan saya perlu menjadi versatil tidak hanya tertumpu pada lapangan fesyen semata. Cabangkannya kepada komersial TV untuk produk gaya hidup atau kehidupan secara amnya. Kemudian, menjaga susuk badan dengan senaman kerana ia adalah teras kepada pekerjaaan ini. Selain itu, menjaga pemakanan serta tata rias diri.
CABARAN TERBESAR YANG TELAH ANDA LALUI PADA 2019?
Apabila mendapat tahu ibu didiagnosis dengan kanser.
KARAKTER YANG HARUS ADA PADA LELAKI ALFA? PANDANGAN MALEK?
You should be confident, carry yourself well and just keep it real. Be you, be as authentic and raw and real as you can be.
Tags
Artikel Yang Berkaitan
5 NEPO BABY YANG MENGIKUT JEJAK LANGKAH IBU BAPA MODEL
Barisan model generasi baharu yang mewarnai pentas peragaan, dada majalah dan kempen kecantikan jenama terkenal.
DOMINASI MUSE LELAKI,KENALI FASHION’S IT-BOYS 2025
Apabila kita memikirkan muse, imej monokrom Greta Garbo atau gambar Hollywood klasik Marilyn Monroe sering terlintas di fikiran. Anda setuju?
ALL EYES ON ROMEO BECKHAM PLEASE!
Anak teruna pasangan sensasi dunia, David Beckham dan Victoria Beckham mencuri perhatian radar rumah fesyen global.
MUQH MAZELAN, “MODELLING BUKAN SAHAJA TENTANG RUPA. IT’S ABOUT YOUR STYLE, YOUR CHARACTER AND YOUR PERSONALITY.”
GLAM Lelaki mengajak model baharu, Muqh Mazelan bersembang seperkara dua tentangnya dan harapannya pada masa akan datang.
KOLEKSI LARRIE 2025: GAYA RETRO UNTUK MULAKAN TAHUN BARU
Bersiap sedia untuk tampil bergaya dengan koleksi terbaru Larrie, Retro Vibes: Revamping Classics with a Modern Spin.