VAMOS VAMOS ARGENTINA
Hublot mengucapkan tahniah buat Juara Piala Dunia FIFA 2022, Argentina! Demikian jam tangan pintar Big Bang e FIFA World Cup Qatar 2022 mengimbangi setiap detik gemilang Piala Dunia FIFA edisi yang ke-22.
pengarang arloji ZUHAIRIE SAHROM foto HUBLOT
Tampil dengan skrin berdefinisi tinggi yang lebih lebar, Big Bang e FIFA World Cup Qatar 2022 merupakan jam tangan pintar buatan Hublot paling berkuasa setakat ini.
Pertembungan sengit perlawanan akhir Piala Dunia FIFA 2022 tanggal 18 Disember lalu di Stadium Lusail yang ikonik, menjulang kemenangan pasukan bolasepak Argentina! Babak-babak perlawanan yang tidak dapat dilupakan, menyaksikan Argentina menjulang trofi di hadapan 88’966 penonton secara langsung — dan lebih satu bilion peminat menonton di rumah.

Usain Bolt, Ricardo Guadalupe dan DJ Snake di malam final Piala Dunia FIFA Qatar 2022
Berikutan kejayaan perkongsian sebelumnya di Afrika Selatan, Brazil dan Rusia; buat edisi ke-4 berturut-turut Hublot berbesar hati menjadi Penjaga Masa Rasmi Piala Dunia FIFA 2022™. Demikian, jam tangan pintar Gen3, yakni Big Bang e FIFA World Cup Qatar 2022™ hadir serba inovatif kreasi Hublot meniti tiap detik buat Piala Dunia FIFA 2022™.
Sebanyak 32 pasukan berentap dalam 64 perlawanan di bawah pengawasan 129 pengadil rasmi yang memakai jam tangan pintar Gen3 ini. Terima kasih kepada konstruksi terhubung Big Bang Connected terbaru ini. Tampil dengan skrin definisi tinggi yang lebih besar dan fungsi Garis Masa baharu. Sekali gus, menjadikannya jam tangan pintar buatan Hublot paling berkuasa setakat ini.
Pautan berkaitan: TAMBOUR TWENTY PENAKLUKAN ARLOJI TERHEBAT LV
Tags
Artikel Yang Berkaitan
VACHERON CONSTANTIN OVERSEAS: LEGASI HAUTE HORLOGERIE
Vacheron Constantin memperkenalkan Overseas Perpetual Calendar Ultra-Thin baharu; gabungan sporty, elegan dan kemewahan.
PESONA BAHARU: TUDOR ROYAL BIRU MENGGODA PANDANGAN
TUDOR Royal Biru tampil dengan pesona baharu yang memikat menggabungkan keanggunan klasik dan sentuhan moden untuk gaya maskulin.
5 JAM TANGAN OMEGA PALING ‘POWER’ TAHUN 2025!
Temui 5 jam tangan OMEGA paling ‘power’ untuk tahun 2025, yang pasti menarik perhatian para peminat jam mewah di Malaysia.
7 SELEBRITI YANG MEMILIKI JAM TANGAN MEWAH PATEK PHILIPPE NAUTILUS
Patek Philippe Nautilus merupakan jam tangan paling rumit yang pernah dicipta oleh Patek Philippe dan hanya yang bertuah dapat memakainya.
JAM TANGAN CHOPARD TERBARU: KOLEKSI EKSKLUSIF DI WATCHES & WONDERS 2025
Chopard memperkenalkan koleksi jam tangan terbarunya di Watches & Wonders 2025, menampilkan rekaan mewah dan ketukangan tinggi.
ZIZAN RAZAK, WAJAH PERTAMA G-SHOCK MALAYSIA
Zizan Razak telah menyertai G-Shock setelah diumumkan sebagai duta pertama G-Shock Malaysia pada tahun ini.