KEPAKARAN BREITLING BERBALAS KEANGGUNAN
Membias karakter maskulin, breitling adalah jenama jam tangan buatan swiss yang berpangkalan di grenchen, switzerland. Diasaskan oleh tukang arloji terbilang, Léon Breitling pada 1884. Identitinya menjulang jam berfungsi kronograf yang direka khusus untuk bidang navigasi penerbangan juga bersimbol status sosial dan kemewahan. Semua juruterbang mengidamkannya kerana setiap garapan terus berpegang teguh pada piawaian tertinggi dalam ketukangan arloji.
1. COLT SKYRACER
Colt membias energi dan jiwa mudanya yang dinamik. Model yang didedikasikan khas buat penggemar aktiviti sukan lasak lagi ekstrem ini dipertontonkan ultra-ringan bersama case yang kukuh hasil penciptaan material tersendiri, Breitlight. Nama kod: Skyracer, ibarat pesawat terbang Breitling penuh ekspresi juga rona di Kejohanan Dunia Perlumbaan Udara Red Bull. Jam disempurnakan oleh tali jam getah eksklusif yang boleh ditanggalkan, berfungsi sebagai tali pengukur buat adventurers of all kinds! Harga: RM8,950

https://www.instagram.com/p/BWgoNrJFyHh/?taken-by=glamlelaki
2. AVENGER HURRICANE MILITARY
Breitling telah menambahbaikkan lalu mereka semula himpunan Superocean Héritage yang dikhususkan untuk peneroka masa kini. Hasilnya adalah wajah baru berbalas susuk garapan asal bagi menyambut ulang tahun ke-60 tahun ini. Bezel diperbuat daripada keluli dengan cincin bezel boleh laras yang digarap dari seramik berteknologi tinggi. Jam disempurnakan dalam tali gabungan material kulit dan getah langsung tampil berkilau dalam rona terbaru yakni gangsa dan coklat bersinar. Harga: RM40,050

3. SUPEROCEAN HERITAGE II
Breitling telah menambahbaikkan lalu mereka semula himpunan Superocean Héritage yang dikhususkan untuk peneroka masa kini. Hasilnya adalah wajah baru berbalas susuk garapan asal bagi menyambut ulang tahun ke-60 tahun ini. Bezel diperbuat daripada keluli dengan cincin bezel boleh laras yang digarap dari seramik berteknologi tinggi. Jam disempurnakan dalam tali gabungan material kulit dan getah langsung tampil berkilau dalam rona terbaru yakni gangsa dan coklat bersinar. Harga: RM25,850

4. SUPEROCEAN 44 SPECIAL
Satu nukilan autentik ‘Ocean Pilot’ dipersembahkan dalam versi keluli yang dilengkapi sama cincin bezel dari seramik berteknologi tinggi. Ditampilkan dalam case berdiameter 44mm, jam memiliki injap keselamatan yang membolehkannya mengimbangi perbezaan tekanan dalam dan luar jam. Bertindak secara automatik dengan mengosongkan helium yang terhasil ketika tekanan berlaku sekali gus mengelakkannya daripada pecah. Harga: RM19,450

Teks, Penyelaras & Arahan Seni: Zuhairie Sahrom / Gambar & Penata Gaya: Jason Lee
Tags
Artikel Yang Berkaitan
LIMA TIPS FESYEN UNTUK TAMPIL BERGAYA ALA KABILAN JELEVAN
Daripada jam tangan flashy hingga seluar yang tampil baggy, GL melampirkan lima tips fesyen untuk tampil bergaya ala Kabilan Jelevan.
DAYA TARIKAN TAHAN LASAK LUMINOX ADVENTURE WATCH
Gaya edgy, bezel rustic, dan keterbolehbacaan tinggi hanyalah sebahagian daripada ciri menonjol Luminox Adventure Watch 1300 Series.
GAYA MEWAH ZEEKR 7X BLACK NOVA
Zeekr 7X, model SUV elektrik kegilaan ramai, kini hadir dalam monokromatik hitam serba elegan, Zeekr 7X Black Nova.
5 FILEM YANG MEMBUKTIKAN BAKAT LAKONAN DAIYAN TRISHA
Biarpun sudah lama mengikuti atau baru mahu mengenali Daiyan Trisha, lihatkan lima sorotan filem terbaik yang menjadi bukti bakat lakonannya.
KOLEKSI JAM TANGAN ERLING HAALAND LEBIH MENGAGUMKAN DARIPADA KOLEKSI HERMÈS MILIKNYA
Haaland terus membuktikan bahawa koleksi jam tangannya sama hebat dengan prestasinya di atas padang.
FRANCK MULLER MERAIKAN SENI PEDANG SAMURAI DENGAN KOLEKSI VANGUARD DAMASCUS
Franck Muller memperluaskan koleksi Vanguard dengan meraikan seni ketukangan pedang Samurai.











