MODE KOMANDO DENGAN TAG HEUER AQUARACER CAMOUFLAGE
Stail militari kembali menjadi trend dalam dunia horologi. Ini ditambah pula dengan pemakaian khakis serta pakaian bermotif militari yang dilihat membuat kemunculan semua, menempias aura’GI Joe’ terutama sekali buat jejaka lasak di luar sana. Dan kini, jenama jam antarabangsa TAG Heuer tidak ketinggalan dengan menampilkan Aquaracer Camouflage, dari koleksi Aquaracer iaitu koleksi jam tangan khas untuk sukan (sporty).
Its time to turn on the commando mode! Tahan air sedalam 300 meter, serta case ringan namun masih teguh pembuatannya apabila ia dikuasakan oleh titanium gred 2 dengan sentuhan PVD hitam bagi merealisasikan kesan stealth. Bagi bazelnya pula. ia mempunyai laluan minit (untuk setiap 15 minit pertama) dan diperbuat dari seramik hitam yang semestinya tahan calar, sangat sesuai bagi penggunaan dalam persekitaran yang tidak dijangka.
Yang pasti, jam tangan ini cukup sesuai dan berkembang menjadi teman sempurna untuk semua jenis keadaan yang melampau, bukan sekadar aktiviti pelayaran dan menyelam, malah lebih dari itu. Didatangi dengan dua model, keduanya hadir dengan tali (strap) NATO dengan fungsi tone-on-tone. Untuk model “Arctic”, ia dibangunkan dengan tenunan kustom, di mana ia ditenun dengan benang warna yang berbeza. Manakala untuk “Khaki” pula, jam tangan ini dilengkapi dengan strap hijau ala corak tentera, dengan butiran atas jahitan yang eksklusif.

Aquaracer Camouflage “Khaki”
Oleh Wan Mohd Firdaus, 27 Mac 2017
Tags
Artikel Yang Berkaitan
PESONA BAHARU: TUDOR ROYAL BIRU MENGGODA PANDANGAN
TUDOR Royal Biru tampil dengan pesona baharu yang memikat menggabungkan keanggunan klasik dan sentuhan moden untuk gaya maskulin.
5 JAM TANGAN OMEGA PALING ‘POWER’ TAHUN 2025!
Temui 5 jam tangan OMEGA paling ‘power’ untuk tahun 2025, yang pasti menarik perhatian para peminat jam mewah di Malaysia.
7 SELEBRITI YANG MEMILIKI JAM TANGAN MEWAH PATEK PHILIPPE NAUTILUS
Patek Philippe Nautilus merupakan jam tangan paling rumit yang pernah dicipta oleh Patek Philippe dan hanya yang bertuah dapat memakainya.
JAM TANGAN CHOPARD TERBARU: KOLEKSI EKSKLUSIF DI WATCHES & WONDERS 2025
Chopard memperkenalkan koleksi jam tangan terbarunya di Watches & Wonders 2025, menampilkan rekaan mewah dan ketukangan tinggi.
ZIZAN RAZAK, WAJAH PERTAMA G-SHOCK MALAYSIA
Zizan Razak telah menyertai G-Shock setelah diumumkan sebagai duta pertama G-Shock Malaysia pada tahun ini.
8 CHECKLIST RAYA 2025 UNTUK LELAKI
Sambutan Hari Raya tidak lengkap tanpa persiapan rapi, termasuk dari segi fesyen, penampilan, dan keperluan asas seorang lelaki.