NAYAN, JAM CIPTAAN ANAK TEMPATAN PERTAMA DIPAKAI DALAM SIRI TV HOLLYWOOD
Bermula dengan minat dan kecenderungan, seterusnya perkembangan idea dan strategi pemasaran, sehinggalah akhirnya berjaya disarung oleh aktor popular handalan, NAYAN jenama jam tangan hasil buatan anak tempatan berjaya memecah stigma dan cabaran bidang keusahawanan. Dan siapa menyangka, pertemuan singkat bersama pelakon siri popular The Flash, Grant Gustin membuka peluang dan ruang untuk jenama ini dikenali, dan kini kian unggul di pasaran tempatan mahupun antarabangsa. Jom ikuti temubual eksklusif kami dengan pengasas jenama ini.
GLAM Lelaki: Kongsikan serba sedikit tentang jam tangan Nayan? Bagaimana ia bermula, idea siapa, dan bila ia ditubuhkan?
FAHAD NASIR: Jenama jam tangan NAYAN bermula dari idea saya sendiri dan ditubuhkan pada 2017, bersama dengan rakan kongsi Fadzyinie Dullie. Saya memang meminati jam tangan semenjak di bangku sekolah lagi. Idea tercetus selepas saya membaca majalah jam tangan tentang Daniel Wellington di mana jenama itu bermula dari hobi hingga lah menjadi semua jenama yang ternama di seluruh dunia. Selain itu saya juga ingin menceburi bidang perniagaan atas talian jadi saya merasakan ini masa yang sangat sesuai untuk memperkenalkan NAYAN apatah lagi kerana tidak banyak jenama jam tangan dari pasaran tempatan.
GLAM Lelaki: Kenapa memilih nama NAYAN?
FAHAD NASIR: NAYAN sebenarnya gabungan dua anak saya iaitu NAYLA & AYAAN. Ia seimbang, senang untuk dijadikan logo.
GLAM Lelaki: Kenapa jam tangan?
FAHAD NASIR: Jika dilihat pasaran masa kini, sudah ramai usahawan atas talian membuat produk seperti kosmetik, aksesori namun jam tangan masih belum ada. Jadi kami mengambil risiko dan peluang ini. Saya juga mempunyai latar belakang reka grafik dan fotografi, jadi saya memanfaatkan kemahiran yang ada untuk mereka dan mengambil gambar produk itu sendiri.
GLAMLelaki: Baru-baru ini jenama NAYAN meniti di bibir orang ramai dan kian popular selepas dipakai oleh pelakon utama siri The Flash, Grant Gustin. Kongsikan bagaimana beliau boleh memakai jam tangan anda?
FAHAD NASIR: Pada mulanya kami agak terkejut setelah viral di media sosial media selepas Grant Gustin aka The Flash memakai jam tangan itu ke majlis anugerah besar di Amerika Syarikat yang dimuaturun ke akaun Instagram milik beliau. Ramai yang bertanya bagaimana saya boleh mendapatkan artis Hollywood untuk memakai produk lokal.
Kisahnya begini. Grant Gustin datang ke Sabah bersama tunang pada Disember 2017 untuk mengadakan acara tradisi kaum kadazan dusun. Kebetulan saya dan rakan diupah sebagai jurugambar rasmi untuk majlis tertutup itu. Dalam masa yang sama saya memang peminat siri The Flash. Siapa yang tidak teruja berjumpa pelakon utama siri itu bukan? Jadi saya mengambil peluang untuk memberikan jam tangan NAYAN ini sebagai hadiah untuk beliau. Pada ketika itu jam tangan NAYAN belum lagi di pasarkan. Saya memberi beliau dua utas berwarna coklat dan putih. Sejujurnya, saya tidak mengharapkan apa-apa dari beliau untuk memakai, inikan pula ditunjukkan dalam akaun Instagramnya, kerana itu sekadar hadiah. Selang beberapa bulan, saya melihat beliau sering memakai jam tangan itu di mana-mana sahaja.
Alhamdulillah, selepas tular jualan turut meningkat. Selain itu, perkara yang amat membanggakan ialah baru-baru ini kami mendapat panggilan dari pihak produksi The Flash bertanyakan jika kami berminat untuk menaja jam tangan untuk dipakai Grant dalam siri The Flash secara rasminya. Pastinya kami rasa sangat teruja dan bangga jenama kecil dari Malaysia mendapat peluang ditampilkan dalam siri antarabangsa yang di tonton berjuta orang pada setiap minggu. Kami amat berterima kasih kepada Grant Gustin dan isteri beliau kerana membantu mempromosi secara tidak langsung.
GLAM Lelaki: Apakah agaknya keistimewaan jam tangan NAYAN pada pendapat anda berbanding jam tangan lain?
FAHAD NASIR: Keistimewaan NAYAN, pertama sudah semestinya ia buatan dan rekaan sepenuhnya dari Malaysia, menggunakan material yang bagus dan juga berpatutan. Rekaan jam tangan NAYAN ini diinspirasi dari “pilot watch” dari jenama terkemuka seperti Zenith, IWC dan Bell & Ross. Identiti rekaan ini ialah ringkas dan mudah digayakan sama ada kasual ataupun formal. Dari segi buatan, kami telah terbang ke expo jam di Hong Kong pada tahun 2017 untuk mencari kilang yang sesuai untuk membuat jam tangan ini. Saya bertanggungjawab dari segi kombinasi kombinasi warna dan pemilihan material manakala rakan saya Fadzyinie memfokuskan kepada perancangan perniagaan syarikat.
GLAM Lelaki: Apa pandangan peribadi anda tentang keadaan di masa sekarang di mana jam tangan sudah kurang dipakai memandang era zaman teknologi masa kini orang lebih suka melihat masa di telefon pintar?
FAHAD NASIR: Bagi saya penggunaan jam tangan ini adala subjektif. Saya juga melihat jam tangan sebagai fashion statement ataupun aksesori penting biarpun sesetengah orang tidak melihatnya begitu. Ia juga memberi satu kepuasan untuk melihat diri sendiri memakai rekaan yang menarik. Lagipun jam tangan sangat mudah untuk digayakan. Bak kata orang – boys look at their smartphones to check time – men look at a watch. Memang benar telefon pintar mempunyai jam tapi ia tidak mempunyai simplicity seperti jam di mana jam tangan menggunakan bateri di mana ia perlu di tukar dalam tempoh 2-3 tahun sekali dan jam tangan automatik langsung tidak perlu tukar apa-apa. Seperti yang saya katakan ianya terpulang pada pemakai.
GLAM Lelaki: Apakah misi dan visi yang dibawa oleh NAYAN dan anda sendiri?
FAHAD NASIR: Untuk jangka masa panjang mungkin kami akan menambah beberapa produk lain seperti baju, kacamata dan gelang. Namun, buat masa sekarang kami akan menumpukan pada jam tangan dahulu di mana kami akan melancarkan beberapa rekaan terbaru dalam tahun ini.
GLAM Lelaki: Dimana anda melihat jam tangan NAYAN untuk 5 tahun akan datang?
FAHAD NASIR: Sudah semsestinya kami ingin berjaya dan sekurang-kurang sebaris dengan jenama jam tangan lain seperti Daniel Wellington, Swatch, Timex & Fossil dan seterusnya membuka kedai retail di Malaysia dan luar negara.
PROMOSI!
NAYAN, jenama jam tangan hasil buatan anak tempatan berjaya memecah stigma dan cabaran bidang keusahawanan apabila menjadi jam rekaan Malaysia pertama dipakai dalam siri tv Hollywood, The Flash. Jom menangi seutan jam tangan NAYAN menawan dari @nayan_co yang bernilai antara RM350. Apa yang perlu anda lakukan adalah : .
- Like, follow dan subscribe Facebook, Instagram dan YouTube @glamlelaki,
- Follow Instagram @nayan_co
- Sertakan hashtag #GLAMLelakiXNAYAN
- Repost gambar ini dan tag 3 rakan untuk menyertai .
Pastikan akaun anda di mod public ya. Tarikh tutup penyertaan 25 Februari 2019. Layari glamlelaki.my untuk perincian dan kisah di sebalik jenama ini. All the best! #GLAMLelaki #GLAMLelakiXNAYAN
Oleh Wan Mohd Firdaus, 11 Februari 2019
Tags
Artikel Yang Berkaitan
5 KOLEKSI JAM TANGAN MEWAH BAMBAM GOT7 BUAT ANDA TERGAMAM
Sebagai seorang penggemar fesyen dalam industri muzik, koleksi jam tangan mewah BamBam mempunyai keunikkan tersendiri.
KEMPEN TERBAHARU OMEGA SPEEDMASTER 38MM
Jenama jam tangan mewah OMEGA memperkenalkan kempen media sosial terbaru untuk produk mereka, Speedmaster 38mm.
KEMBARA KECERGASAN LUMINOX BERSAMA GL GANG, IYZDHAM ANGKIMHWA
Luminox meraikan ulang tahun ke-35 dengan memperkenalkan tiga jam tangan Luminox 35th Anniversary Heritage Collection yang penuh legasi dan fungsi kecergasan terbaik.
TIGA EKSPRESI MASA JAM TANGAN FRANCK MULLER LONG ISLAND EVOLUTION TERBAHARU
Jenama horologi Switzerland, Franck Muller memperkenalkan jam tangan Franck Muller Long Island Evolution dengan tiga model yang eksklusif di rantau Asia Pasifik.
MISI HOROLOGI ANGKASA JAM TANGAN OMEGA SPEEDMASTER
OMEGA terus mengorbitkan misi Apollo 8 yang ikonik dengan memperkenalkan jam tangan Dark Side of the Moon terbaharu dalam misi horologi ke langit angkasa.
FAKTA MENARIK MENGENAI PEMANGKU SULTAN JOHOR TUNKU MAHKOTA ISMAIL
Baru-baru ini, TMJ telah dilantik sebagai Pemangku Sultan Johor. Dengan berikutan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim kini memulakan tugas sebagai Yang di-Pertuan Agong Ke-17. Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail mempunyai keperibadian yang berjiwa rakyat, praktikal dan berwawasan. Baginda juga yang menjadi kebanggaan Bangsa Johor dari segenap…