Skip to content

Perkenalan Perdana Hôtel des Horlogers 08

Perkenalan Perdana Hôtel des Horlogers

Kongsikan artikel ini

Audemars Piguet membuka hotel mewah pertamanya Hôtel des Horlogers di perkampungan Vallée de Joux, Switzerland.

Pembikin jam tangan mewah Switzerland, Audemars Piguet menceburi lapangan hospitaliti dengan memperkenalkan reka bentuk hotel yang mengagumkan pada Jun lalu. Hôtel des Horlogers yang mengambil lokasi di perkampungan Le Brassus, di mana merupakan ‘kampung’ buat rumah arloji itu.

Perkenalan Perdana Hôtel des Horlogers 02

Mengambil inspirasi dari Vallée de Joux, Hôtel des Horlogers baharu ini direka oleh arkitek Denmark Bjarke Ingels. Di mana, merupakan figura di sebalik loji insinerator yang terkenal di dunia yang memiliki cerun landasan ski yang berfungsi di Copenhagen. Tersembunyi jauh dari jalananan, ia bersebelahan dengan Musee Atelier Audemars Piguet berbentuk spiral, atau Muzium AP, yang juga merupakan ciptaan Ingels.

Perkenalan Perdana Hôtel des Horlogers 03

Seni bina avant-garde bangunan Hôtel des Horlogers ini membayangi topografi Vallée de Joux bergaya zigzag yang menuruni ke arah padang rumput. Diperakui Minergie-ECO®, hotel butik bertaraf 4 bintang yang unggul ini telah melaksanakan pendekatan mampan holistik daripada pembinaan bangunannya. Terpalit sama buat operasi hariannya bagi mengurangkan kesan negatif buat alam sekitar di sekelilingnya.

Perkenalan Perdana Hôtel des Horlogers 04

Tambahan pula, reka bentuk dalaman hotel telah diolahkan oleh AUM sebagai penghormatan kepada landskap sekeliling, manakala restoran yang diamanahkan kepada Chef Emmanuel Renaut berbintang Michelin mengolahkan gastronomi menggunakan bahan bermusim yang disumberkan dari perkampungan itu.

Perkenalan Perdana Hôtel des Horlogers 05

Ditujukan sebagai titik pertemuan untuk pembuatan jam tangan tempatan dan antarabangsa, seni bina dan pencinta alam semula jadi, ia mengalu-alukan pembangunan pelancongan di Vallée de Joux. Secara tidak langsung mempromosikan kepakaran dan warisan di sekitarnya.

Pautan berkaitan: Pertembungan Panthère de Cartier nan Liar

 

Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

Pertembungan Panthère de Cartier nan Liar 08

Pertembungan Panthère de Cartier nan Liar

Bacaan Lanjut
Lasak, Mantap Lagi Mendebarkan 01

The Gray Man : Lasak, Mantap Lagi Mendebarkan

Bacaan Lanjut
Menelusuri Batasan Belantara Mahupun Lautan 02

Menelusuri Batasan Belantara Mahupun Lautan

Bacaan Lanjut
TAG Heuer Connected Calibre E4 01

TAG Heuer Connected Calibre E4: Prestasi Lebih Perkasa, Kini Tersedia Dalam Dua Saiz

Bacaan Lanjut

OMEGA DE VILLE TRÉSOR SMALL SECONDS SUDAH TIBA DI BUTIK

Bacaan Lanjut
Satu Butik, Pampangan Semesta Rolex 01

Satu Butik, Pampangan Semesta Rolex

Bacaan Lanjut