‘SLAM DUNK’ SNIKER PUMA x MCM EDISI TERHAD
Bola keranjang bukan sekadar sukan, ia adalah gaya hidup. Musim ini, rumah fesyen Jerman, MCM bekerjasama dengan jenama sukan terkemuka, PUMA untuk membawakan slam dunk ke fesyen mewah dengan sniker edisi terhad dan memberikan keadilan sepenuhnya kepada permainan bola keranjang seluruh Amerika Syarikat.
Dalam gaya showboating yang sebenar, kolaborasi eksklusif PUMA x MCM meraikan sisi glamor sporty yang ditawarkan melalui sukan bola keranjang, dengan menampilkan kasut edisi terhad PUMA Slipstream Lo.
Kedua-dua gergasi fesyen ini meneruskan debaran peminat sniker, setelah bekerjasama pada 2018 untuk mengeluarkan edisi khas Suede ikonik PUMA. Kali ini, mereka lebih bercita-cita tinggi dengan rangkaian PUMA x MCM yang menangkap karisma dan keseronokan dalam sukan bola keranjang. Lebih istimewa, superstar bola keranjang, Mikey Williams telah direkrut sebagai triple-double untuk kempen global mereka.
“Hubungan cinta antara kemewahan dan sukan jelas dalam kerjasama yang kami cipta dengan MCM, perincian klasik kedua-dua jenama Jerman boleh dilihat dalam reka bentuk dan penghasilannya,” kata Heiko Desens, Pengarah Kreatif Global PUMA. “Kali pertama kami bekerjasama menghasilkan kejayaan segera, saya pasti ia akan berlaku sekali lagi dan peminat pasti akan teruja dengan apa yang bakal mendatang.”
“Kerjasama antara MCM dan PUMA bukan sahaja menceritakan kisah hebat tentang warisan kedua-dua jenama, tetapi juga betapa pentingnya budaya untuk MCM dan kaitan dengan semua topik yang berkaitan untuk pengguna kami, daripada sukan, muzik, hinggalah pengaruh budaya jalanan untuk jenama mewah.” Dirk Schönberger, Pegawai Jenama Global MCM.
Baca artikel berkaitan: TARUHAN SEGAR LV TRAINER
Tags
Artikel Yang Berkaitan
BUKAN SEKADAR LASAK: SUKAN EKSTREM PILIHAN LELAKI HARI INI
Lelaki hari ini bukan lagi hanya melepak di gim atau bersenam seminggu sekali. Dalam dunia serba sibuk, ramai yang mula mencari aktiviti yang boleh buat tubuh cergas dan jiwa rasa hidup semula. Masuklah dunia sukan ekstrem, aktiviti yang bukan saja cabar fizikal, tapi juga beri kepuasan luar biasa. Bayangkan: anda tergantung di dinding batu setinggi…
HYROX: PERLUMBAAN FITNESS PALING ‘NEXT LEVEL’ UNTUK LELAKI MASKULIN
Kenali Hyrox, trend kecergasan global kini tiba di Malaysia. Ketahui cara sertai, latihan, dan sebab lelaki maskulin wajib cuba.
PUMA SPEEDCAT BALLET PERKENAL SILUET MARY JANE
Bersedia untuk pengalaman penuh gaya, feminiti serta kelajuan bersama PUMA Speedcat Ballet yang menjadi kehangatan balletcore!
HEADPHONES WORKOUT TERBAIK PILIHAN GLAM LELAKI
Berita baik, kini terdapat pelbagai pilihan fon kepala terbaik di pasaran yang direka khusus untuk menyokong gaya hidup aktif anda.
PANDUAN 101 SUKAN RAKET ANDA MESTI KUASAI
Tennis! Pickleball! Padel! Badminton! Ping Pong! Squash! GLAM Lelaki senarai tips 101 sukan tahap kesukaran, manfaat, dan #vibes yang berbeza.
PUMA SPEEDCAT KEMBALI DENGAN 2 WARNA BARU
PUMA Speedcat kembali dengan SPEEDCAT ARCHIVE, ke permukaan jalan dengan dua warna baharu yang diinspirasikan dari arkib. SPEEDCAT ARCHIVE mewakili pendekatan segar pada kasut SPEEDCAT yang ikonik. Kasut ini menjadi teras trend kasut berprofil rendah untuk tahun 2024. Koleksi ini membawa vibe vintaj dengan menggunakan bahan ultra-suede pada bahagian atas, logo sulaman di sisi, dan…