Skip to content

KING CHARLES III, RAJA BAHARU UNITED KINGDOM

Kongsikan artikel ini

Kemangkatan Queen Elizabeth II menandakan permulaan era pemerintahan King Charles III selaku ketua negara kepada United Kingdom serta negara-negara Komanwel di seluruh dunia.

United Kingdom serta seluruh dunia dikejutkan dengan berita kemangkatan Queen Elizabeth II di Istana Balmoral, Scotland. Ketua negara Britain yang telah mencipta sejarah selaku raja yang paling lama memerintah selepas menduduki takhta selama 70 tahun itu berusia 96 tahun. Anakandanya, Putera Charles kini bergelar King Charles III bermula hari ini.

(Photo by Pool/Max Mumby/Getty Images)

Sebelum bergelar King Charles III, Prince of Wales perlu membuat keputusan pertama sebagai seorang raja baharu dengan memilih nama rasmi. Baginda boleh memilih salah satu daripada empat namanya iaitu Charles Philip Arthur George. Seperti spekulasi sebelum ini, baginda kekal memilih nama Charles apabila menaiki takhta Britain.

Camilla, Duchess of Cornwall yang merupakan isteri kepada King Charles III pula akan menggunakan gelaran Queen Consort. Terma Consort digunakan untuk gelaran permaisuri kepada semua isteri raja United Kingdom. Ia bertujuan untuk membezakan gelaran Queen yang digunakan untuk Ratu yang memerintah. Sehingga Ratu Elizabeth II, United Kingdom mempunyai lapan raja wanita atau Queen termasuklah Queen Elizabeth I, Queen Victoria dan Queen Anne.

 (Photo by Chris Jackson/Getty Images)

Dengan kemahkotaan King Charles III, anak pertamanya, Prince William tidak akan mendapatkan gelaran bapanya, Prince of Wales secara automatik. Gelaran rasmi kepada putera mahkota ini harus dianugerahkan oleh raja sendiri. Walau bagaimanapun, Prince William selaku pewaris takhta akan mewarisi gelaran milik bapanya iaitu Duke of Cornwall. Puetra Willian dan isterinya, Kate akan digelar Duke dan Duchess of Cornwall and Cambridge.

King Charles III akan dinobatkan secara rasmi pada hari Sabtu di St James’s Palace di kota London. Majlis akan diadakan dihadapan Accession Council yang dianggotai oleh Privy Council, Lord Mayor of London, pagawai kerajaan dan Pesuruhanjaya Tinggi Komanwel.

Prince Charles, Prince William & Queen Elizabeth II (Photo by Anwar Hussein/Getty Images)

 

Upacara kemahkotaan berkemungkinan besar akan diadakan pada tahun hadapan di Westminster Abbey. Queen Elizabeth II yang menaiki takhta selepas kemangkatan bapanya pada Februari 1952, telah dimahkotakan pada Jun 1953.

 

Foto: Getty Images

Baca lebih lanjut: APPLE PERKENAL 4 VARIASI IPHONE 14, APPLE WATCH ULTRA & AIRPODS PRO BAHARU

By Muzammin Muzlan
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

Hussein bin Abdullah Putera Mahkota Jordan

5 PERKARA ANDA MUNGKIN TIDAK TAHU MENGENAI PUTERA MAHKOTA JORDAN, AL-HUSSEIN BIN ABDULLAH

Bacaan Lanjut
PERMAISURI CAMILLA LANGGAR TRADISI DIRAJA BERUSIA 600 TAHUN

PERMAISURI CAMILLA LANGGAR TRADISI DIRAJA BERUSIA 600 TAHUN

Bacaan Lanjut
10 PERKARA ANDA MUNGKIN TIDAK TAHU TENTANG RAJA CHARLES III

10 PERKARA ANDA MUNGKIN TIDAK TAHU TENTANG RAJA CHARLES III

Bacaan Lanjut
KEK PERKAHWINAN RAJA CHARLES III & PUTERI DIANA BERUSIA 41 TAHUN DILELONG  

KEK PERKAHWINAN RAJA CHARLES III & PUTERI DIANA BERUSIA 41 TAHUN DILELONG  

Bacaan Lanjut
5 KERABAT DIRAJA TERKAYA PADA 2022

5 KERABAT DIRAJA TERKAYA PADA 2022

Bacaan Lanjut
HARAPAN PEMINAT UNTUK MELIHAT PUTERA WILLIAM & PUTERA HARRY BERDAMAI KINI MUSNAH?

ALASAN MENGAPA PUTERA WILLIAM ENGGAN MEMAAFKAN PUTERA HARRY

Bacaan Lanjut