Skip to content

APPLE PERKENAL 4 VARIASI IPHONE 14, APPLE WATCH ULTRA & AIRPODS PRO BAHARU

Kongsikan artikel ini
1 of 2

CEO Apple, Tim Cook memperkenalkan rangkaian peranti terbaharu seperti iPhone 14 dan Apple Watch Ultra ketika acara pelancaran yang dinanti-nantikan peminat di Apple Park, California.

Seperti yang dinanti-nantikan peminat, Apple mengumumkan iPhone 14 dan iPhone 14 Plus yang mengekalkan desain asal iPhone 13 edisi terdahulu. Masih menggunakan chipset A15 Bionic generasi lalu, kali ini variasi iPhone 14 hanya tampil dengan desain besar tanpa saiz Mini.

Menuruti trend teknologi semasa, telefon pintar terbaharu Apple ini tidak lagi mempunyai ruang kad SIM fizikal. Pengguna kini boleh menggunakan eSIM yang lebih mudah, tanpa perlu menukar kad SIM baharu apabila menukar servis telekomunikasi. Kedua-dua model peranti iPhone 14 dan 14 Plus kini menyokong Emergency SOS yang menggunakan sistem satelit untuk menghantar isyarat kecemasan.

iPhone 14 mengekalkan saiz skrim seluas 6.1 inci manankala 14 Plus pula lebih besar seluar 6.7 inci. Peranti 14 Plus ini dikatakan mempunyai ketahanan bateri yang terbaik berbanding model-model lain. Fungsi kamera juga ditambah baik, dengan fungsi untrawide bersama kamera utama 12-magepixel terbaharu. Menurut Apple, kamera kali ini 49 peratus lebih baik pada kualiti pencahayaan rendah dan Night Mode yang dua kali lebih pantas.

iPhone 14 dan 14 Plus hadir dalam beberapa warna menarik dan boleh didapati bermula pada harga RM4,199.

 

1 of 2

By Muzammin Muzlan
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

BUNYI MENAKJUBKAN DENGAN FON PUTIK HUAWEI FREEBUDS 5I TERBAHARU

Bacaan Lanjut

PEMBESAR SUARA MUDAH ALIH PILIHAN GLAM LELAKI

Bacaan Lanjut

HADIAH AKHIR TAHUN TERBAIK BUAT LELAKI YANG SUKAKAN GAJET

Bacaan Lanjut
10 PERKARA ANDA PERLU TAHU TENTANG iOS 16

10 PERKARA ANDA PERLU TAHU TENTANG iOS 16

Bacaan Lanjut
PERANTI PINTAR SAMSUNG PELENGKAP GAYA SEHARIAN

PRE-ORDER PERANTI SAMSUNG HARI INI

Bacaan Lanjut

HUAWEI P50 & WATCH GT 3 PRO: MENDEFINISI ESTETIKA TEKNOLOGI MASA HADAPAN

Bacaan Lanjut