NICOLAS CAGE UMUM KELAHIRAN DAN NAMA ANAK PEREMPUAN
Lebih setahun berumah tangga, kehidupan Nicolas Cage dan Riko Shibata diserikan lagi dengan kelahiran puteri sulung.
Menurut portal People, isteri Nicolas yang merupakan seorang pelukis dan aktres selamat melahirkan cahaya mata pertama mereka yang diberi nama August Francesca Coppola pada 7 September lalu.
“Nicolas dan Riko dengan rasa sukacita ingin mengumumkan kelahiran anak perempuan mereka. Kedua-dua ibu dan bayi berada dalam keadaan baik,” jelas jurucakap pasangan itu.
Ini merupakan anak pertama Riko manakala yang ketiga buat bintang National Treasure itu. Nicolas memiliki dua lagi anak lelaki, Weston, 31 dan Kal-El, 16, hasil perhubungan terdahulu.

Foto: Grosby Group
Tags
Artikel Yang Berkaitan
CHRIS EVANS AKHIRNYA BERGELAR SUAMI KEPADA AKTRES PORTUGAL
Bintang Captain America, Chris Evans dilaporkan telah pun menamatkan zaman bujangnya dengan mengahwini teman wanita, Alba Baptista.
PERKAHWINAN JOE JONAS DAN SOPHIE TURNER DILANDA BADAI?
Siapa sangka pasangan selebriti pujaan ramai, Joe Jonas dan Sophie Turner terkena tempias ‘trend perceraian’ yang kini sedang merebak di Hollywood.
9 CARA MUDAH UNTUK MENYEMARAKKAN HUBUNGAN SUAMI ISTERI
Bagi mengeratkan lagi hubungan suami isteri, penting untuk anda dan si dia mencuba sesuatu baharu untuk di kamar.
KENAPA PEREMPUAN MERAJUK DAN CARA TERBAIK PUJUK PEREMPUAN
Memahami perempuan merajuk melibatkan kerumitan emosi dan komunikasi dalam hubungan. Perempuan yang merajuk sering dilihat sebagai cara meluahkan rasa tidak senang atau tidak puas hati, boleh dilihat secara berbeza oleh lelaki berdasarkan pengalaman dan sudut pandangan masing-masing.
NOH SALLEH KEMBALI BERGELAR SUAMI SEPTEMBER INI
Noh Salleh bakal membuka lembaran baru dan menempuh kehidupan berumah tangga dengan wanita pilihan hatinya, Fatin Athira Mustapa.
NATALIE PORTMAN BERCERAI DENGAN PEREKA TARI BLACK SWAN, BENJAMIN MILLEPIED
Rumah tangga Natalie Portman dan Benjamin Millepied yang dibina sejak 11 tahun lalu musnah sekelip mata disebabkan orang ketiga.