PESONA BAHARU: TUDOR ROYAL BIRU MENGGODA PANDANGAN
TUDOR Royal Blue adalah lambang keseimbangan, keanggunan, dan versatiliti sebenar. Dengan gelang logam bersepadu yang mengalir sempurna tanpa putus dari case, TUDOR Royal memancarkan kelancaran reka bentuk dan gaya yang tidak dapat disangkal.
Dial Biru & Berlian: TUDOR Royal Blue Terbaharu yang Menggoda Pandangan
Kini, rangkaian TUDOR Royal menerima kemasukan model eksklusif baharu dengan dial dalam rona biru yang memukau dan penuh karakter. Rona ini bukan sekadar warna ia menjadi simbol keyakinan, kemewahan, dan daya tarikan yang timeless. Dial biru ini direka khusus untuk model 28mm Royal dengan bezel bertatahkan berlian, menjadikan setiap pantulan cahaya bagaikan kilauan mahkota, memperkukuh lagi aura mewah yang sudah sinonim dengan koleksi ini.

Menariknya, edisi ini hadir dalam dua konfigurasi: stainless steel sepenuhnya atau gabungan Steel & Gold (S&G) yang memberikan sentuhan keanggunan klasik. Dengan gabungan reka bentuk bersepadu, kemasan halus, dan perincian bertaraf diraja, model baharu ini bukan sekadar jam tangan, tetapi sebuah pernyataan gaya yang memancarkan status.
Tiada yang subtil tentang gabungan dial biru dan bertatahkan berlian. Sememangnya Tudor Royal tidak dicipta untuk berselindung, sebaliknya untuk tampil penuh pesona dan memukau. Menggabungkan prestasi teknikal kelas pertama dengan estetika yang halus dan eksklusif, koleksi ini berada di persimpangan antara jam tangan klasik dan sporty.

Nama Royal mula digunakan oleh TUDOR pada era 1950-an sebagai simbol kualiti unggul. Reka bentuk Tudor Royal Blue yang memikat, sebuah legasi yang kekal utuh hingga hari ini. Kini, model ini tampil lebih agung dan mempesona berbanding sebelumnya. Sebuah mahakarya horologi yang meraikan keanggunan, kemewahan, dan warisan tanpa kompromi.
Artikel Berkaitan: RICHARD MILLE RM 43-01 FERRARI 2025: JAM TANGAN PALING MEWAH KOLABORASI SUPERCAR & TEKNOLOGI SWISS
Penulis bermata pereka, mengubah trend dan momen harian menjadi cerita bergaya;— dan juga mungkin menyerlahkan pesona.
Tags
Artikel Yang Berkaitan
LVMH WATCH WEEK 2026: SOROTAN KOLEKSI TAG HEUER YANG MEMUKAU
LVMH Watch Week 2026 memperkenalkan inovasi dan reka bentuk terbaru dalam dunia jam tangan mewah, termasuk koleksi istimewa dari TAG Heuer.
RADO TRUE SQUARE SKELETON: MEKANIKAL KOMPLEKS DALAM BINGKAI SERAMIK
Rado memperkenalkan True Square Skeleton dengan rekaan seramik hitam, pergerakan skeleton R808 dan berlian baguette.
5 DUTA JAM TANGAN TERKINI DARI KOREA SELATAN
Korea Selatan turut menguasai dunia jam tangan sebagai duta jenama dan menjadi bukti impak mereka kepada dunia.
GL PICKS: 9 JAM TANGAN LELAKI PALING ‘ON-TOP’ TAHUN INI
Sembilan jam tangan lelaki paling ‘on-top’ tahun ini. Gabungan gaya dan ketepatan masa untuk lelaki moden yang tahu nilai setiap detik.
BR-X3 NIGHT VISION DARI BELL & ROSS: KECANGGIHAN DI WAKTU MALAM
Evolusi baharu dalam dunia horologi, BR-X3 Night Vision menggabungkan reka bentuk avant-garde dengan ketepatan teknikal bertaraf profesional.
BLACK BAY ILHAM TUDOR: IKON JAM TANGAN PENYELAM DENGAN EVOLUSI TERKINI
TUDOR membuktikan kehebatannya dalam dunia horologi dengan memperkenalkan evolusi terbaharu jam tangan penyelam ikonik mereka, Black Bay.














